.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, August 2, 2011

Obama : Usaha Meningkatkan Siling Hutang Amerika





Perbincangan hangat selama 11 jam menyaksikan anggota Demokrat dan Republikan mencapai kata sepakat untuk mengurangkan defisit serta kelewatan membayar hutang.

Persefahaman mengenai perjanjian bersama ini akan menyaksikan Amerika akan mengurangkan defisit negaranya sekitar USD$2.5 trillion dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Menjelang Disember ini , Sebuah jawatankuasa kongres khas akan mengusulkan pelan penjimatan USD$1.5 trillion . Belanjawan juga akan dikurangkan sebanyak USD$1 trillion untuk 10 tahun.

Had hutang Negara Amerika Syarikat sekitar USD$14.3 trillion dijangka ditambah USD$2.1 trillion lagi .

Kelulusan Kongres masih diperlukan untuk semua langkah- langkah ini.

Sunday, July 10, 2011

Jalan Terus Sesak , Udara Kian Tercemar


Ford Model T : Kereta Pertama Yang dipasarkan secara komersial


Sejak Model T mula meninggalkan kilang dan menjalar di jalan - jalan sekitar Amerika Syarikat pada 27 September 1908 , industri automotif mula berkembang . Sehingga tahun 2008 dianggarkan lebih 70 juta kenderaan bermotor termasuk kereta dan kenderaan komersial telah dihasilkan seluruh dunia.




Di Malaysia sahaja lebih setengah juta kenderaan bermotor baru didaftarkan setiap tahun . Sehingga suku pertama 2011 jumlah keseluruhan kenderaan yang menjalar di jalanraya Malaysia telah mencecah 20.5 juta buah dengan 9.2 juta daripadanya adalah kereta .

Peningkatan taraf hidup dikatakan menjadi punca meningkatnya jumlah kenderaan di jalanraya . Ini diburukkan lagi dengan ketidakupayaan pengangkutan awam memenuhi tuntutan semasa warga .

Cabaran menguruskan kenderaan yang terlalu banyak sangat besar .Manusia harus sedar , hampir semua kenderaan masa kini menggunakan bahan api fosil iaitu petrol dan diesel yang hasil pembakarannya akan membebaskan gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang ternyata mengancam alam sekitar .




Jakarta : Warga paling sengsara di dunia akibat kesesakan lalu lintas.Ahli perniagaan serta politikus sering menaiki helikopter untuk menghadiri mesyuarat penting.




Kuala Lumpur


Satu lagi masalah besar di kawasan tumpuan dan berpenduduk padat adalah kesesakan jalanraya . Jika semua kenderaan keluar pada masa yang sama semakin perlahan dan lambatlah tiba ke destinasi .Sesetengah orang terpaksa keluar awal-awal pagi dan pulang lewat petang atau malam .Semuanya gara-gara kesesakan teruk.Banyak masa terbuang di jalanraya .Masa yang terbuang akan mengurangkan produktiviti dan ini merugikan ekonomi .

Secara amnya , kesesakan jalanraya adalah hasil dari kelemahan sistem pengangkutan awam serta kegagalan pemerintah merancang .



Sudah tiba masanya kereta dihapuskan sedikit demi sedikit .



Wednesday, May 18, 2011

Kecanduan Subsidi?






Seorang ahli politik berpendapat :


Untuk tahun 2011 kerajaan pimpinan Najib Razak mensasarkan defisit fiskal berada pada kadar 5.4 % ( RM45.5 billion ) , turun sedikit peratusannya berbanding 5.6 % ( RM43.3 biilion ) tahun 2010 , sebenarnya meningkat RM2.2 billion.

Biarpun jumlah defisit semakin meningkat , penurunan peratusan adalah disebabkan jangkaan peningkatan KDNK nominal.

Mengharapkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan mungkin mustahil kerana komitmen terhadap Rancangan Malaysia ke - 10 dan segala macam agenda dalam Model Ekonomi Baru termasuklah Program transformasi Ekonomi serta Program transformasi Kerajaan .

Namun harapan terakhir warga adalah kerajaan mengamalkan dasar perbelanjaan berhemah yang meletakkan nilai untuk wang serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memastikan dasar tiada ketirisan dalam menguruskan wang negara .

Menganggap pengurangan subsidi kepada rakyat adalah satu satunya jalan untuk mengurangkan peningkatan defisit menggambarkan kerajaan kekontangan idea.Manusia yang waras sememangnya sangat memahami bahawa subsidi adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan di dalam usaha bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan yang kurang berkemampuan. Namun begitu , kelemahan sistem subsidi yang diguna pakai di Malaysia menyebabkan subsidi juga dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi serta warga asing yang bekerja di Malaysia.

Oleh itu , segeralah berfikir mencari mekanisme baru pemberian subsidi. Kerajaan tidak seharusnya melihat subsidi kepada rakyat sebagai bebanan yang seharusnya dimansuhkan .


Sunday, April 24, 2011

Mahalnya Gaji Ahli politik..!!


Ada sesetengah parti politik di dunia memilih calon-calon yang kaya untuk diketengahkan sebagai pemimpin bagi dipilih oleh rakyat.Terdapat juga sesetengah negara membayar pemimpin nombor satu mereka gaji yang sangat mahal untuk mengurangkan risiko pemimpin itu mencuri wang rakyat.

Senarai di bawah adalah sebagai maklumat am.



Perdana Menteri Singapura , Lee Hsian Loong dikhabarkan sebagai ahli politik yang bergaji paling tinggi di dunia . Pendapatan tahunan beliau adalah US$2.8 juta iaitu lebih 40 kali ganda KDNK perkapita negaranya.



Orang nombor 1 Hong Kong,Donald Tsang,berpendapatan US$513,000 setahun , lebih 10 kali ganda KDNK perkapita Hong kong .




Ahli politik Kenya , Raila Amollo Odinga yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri dibayar US$427,000 setahun untuk khidmatnya.Jumlah bayaran ini bersamaan 240 kali ganda KDNK perkapita negaranya.





Presiden Amerika ke 44 , Barack Hussein Obama , dibayar gaji US$400,000 setahun .Jumlah ini adalah 8 kali ganda KDNK perkapita warga Amerika.






Perdana Menteri Australia , Julia Gillard , bergaji US$286,000 setahun iaitu 7 kali ganda KDNK perkapita warganya.




Perdana Menteri Malaysia dibayar gaji bulanan RM22,826.65 . Setahun , Perdana Menteri Malaysia dibayar RM273,919.80 iaitu sekitar US$ 91,100 . Jumlah ini adalah 6 kali ganda KDNK perkapita Warga Malaysia.


Saturday, March 12, 2011

Kisah Billionair Dunia



Carlos Slim Helu , usia 71 tahun , jutawan nombor 1 dunia dalam senarai Forbes , memiliki kekayaan bernilai USD$ 74 Billion.Beliau terlibat di dalam industri telekomunikasi , menguasai syarikat Telmex, Telcel dan syarikat América Móvil .Syarikat - syarikat ini menguasai pasaran telekomunikasi di negara Mexico dan sebahagian besar Amerika Latin.




Teman sebilik Mark Zuckerberg semasa di Universiti Harvard,Dustin Moskovits juga merupakan salah seorang dari 3 orang rakan Zuckerberg yang bersama- sama mengasaskan Facebook .Diiktiraf sebagai billionair termuda dalam senarai forbes , kini berusia 26 tahun. Beliau Meninggalkan Facebook pada tahun Oktober 2008 untuk memulakan ASANA . Dustin Moskovits dikatakan mempunyai kekayaan sekitar USD$2.6 billion.




Walter Haefner kini berusia 100 tahun .Pemegang saham individu terbesar di dalam syarikat perisian CA (Computer Associates ). Diiktiraf sebagai jutawan paling tua dalam senarai Forbes . Memiliki kekayaan dianggarkan bernilai USD$4 billion.Haefner juga memiliki syarikat pengimport kereta Volkswagen, Seat, Skoda dan Audi ke Switzerland iaitu Automobil-und Motoren AG (AMAG).



Billionair India ini , Lakshmi Mittal , diletakkan sebagai orang nombor 6 terkaya di dunia dalam senarai Forbes memiliki kekayaan sebanyak USD$31.1 billion . Beliau menerajui ArcelorMittal yang terlibat di dalam industri besi dan keluli .



Christy Walton , 56 tahun , wanita terkaya dunia dan berada dalam kedudukan ke-10 dalam senarai Forbes . Memiliki kekayaan bernilai USD$ 26.5 billion . Kekayaan ini diperolehi selepas suaminya , John T.Walton yang juga anak kepada pengasas Wal-Mart meninggal dunia.

Klik logo untuk senarai penuh billionair Forbes.


Friday, February 25, 2011

Revolusi di Libya menyebabkan kenaikan harga minyak dunia


Harga minyak terus melonjak, dengan harga minyak mentah Brent naik USD$7 untuk mencecah USD$119.79 setong semalam , paras tertinggi sejak Ogos 2008.


Harga minyak melambung kerana revolusi di Libya dengan jangkaan bekalan minyak akan terjejas . Pedagang juga bimbang ketidakstabilan politik di Libya mungkin merebak ke negara-negara Timur Tengah lain yang merupakan pengeluar minyak .Harga minyak Brent meningkat 15 % sejak 4 hari lalu.

Muammar Gaddafi diasak untuk meletak jawatan oleh rakyatnya yang kini memenuhi jalan - jalan di timur Libya dan sedang menuju Tripoli.



Muammar Gaddafi mula mengarahkan Tentera Udara Libya mengebom beberapa bandar di negaranya sendiri yang kononnya dikuasai pembangkang . Dilaporkan bahawa 2 juruterbang angkatan udaranya terjun dari pesawat dengan menggunakan payung terjun dan membiarkan pesawat itu merempuh padang pasir kerana enggan mengikut arahan Gaddafi.

Revolusi rakyat di Libya menjejaskan eksport minyak mentah dari Libya kira - kira 1.6 juta setong sehari. Libya juga mempunyai simpanan minyak terbesar di Afrika.

Syarikat pengeluar minyak terbesar di Libya, Eni (Italy), dan dua lagi syarikat minyak - Repsol-YPF (Sepanyol) dan OMV (Austria) mula menggantung operasi mereka.

Pemerhati menjangkakan ketidaktentuan di Libya akan meningkatkan harga minyak sekurang - kurangnya USD$15 lagi dan harga itu akan berkurangan jika Gaddafi meletakkan jawatan.

Para pelabur juga bimbang revolusi di Tunisia, Mesir, Bahrain, Maghribi dan Oman boleh mempengaruhi negara-negara seperti Arab Saudi, Iran dan Nigeria yang merupakan pengeluar minyak yang besar.

Ramai yakin krisis di Libya tidak akan berakhir dengan cepat , oleh itu ramai mula melabur dalam emas.

Harga emas juga meningkat sebanyak 0.1 peratus mencapai USD$1,412.90 satu auns.

Deutsche Bank dalam laporannya semalam menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia akan terjejas jika harga minyak melebihi USDS$120 setong.


Friday, February 18, 2011

Ekonomi Malaysia tumbuh 7.2%

Ekonomi Malaysia tumbuh 7.2% pada tahun 2010, lebih tinggi dari jangkaan yang dibuat kerajaan iaitu sebanyak 6%.

Pada suku ke 4 tahun 2010 ,KDNK Malaysia kekal kukuh pada 4.8 % berbanding 5.3 % pada suku sebelumnya.

Graf oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

Thursday, February 3, 2011

Pemimpin , Gaji Dan Harta Mereka



Presiden Indonesia , Susilo Bambang Yudhoyono mengeluh kerana tidak menikmati kenaikan gaji sejak 7 tahun lalu.Gaji Tuan Presiden dikatakan mencecah Rp 62 Juta ( USD$6,873) sebulan.Mungkin Tuan Presiden sangat - sangat memerlukan bantuan.



Warga prihatin menderma untuk kebahagiaan Tuan Presiden.


Di Paraguay ,Presidennya, Fernando Lugo menolak untuk menerima gaji . Fernando Lugo diangkat menjadi Presiden Paraguay hasil sokongan golongan miskin , petani tanpa tanah serta golongan buruh.Lebih daripada 30% penduduk Paraguay hidup dalam kemiskinan.

Di Iran lain pula kisahnya , Presidennya sangat sederhana.





Mahmoud Ahmadinejad ,Isteri ,kereta dan rumahnya




rujukan