.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Wednesday, May 18, 2011

Kecanduan Subsidi?






Seorang ahli politik berpendapat :


Untuk tahun 2011 kerajaan pimpinan Najib Razak mensasarkan defisit fiskal berada pada kadar 5.4 % ( RM45.5 billion ) , turun sedikit peratusannya berbanding 5.6 % ( RM43.3 biilion ) tahun 2010 , sebenarnya meningkat RM2.2 billion.

Biarpun jumlah defisit semakin meningkat , penurunan peratusan adalah disebabkan jangkaan peningkatan KDNK nominal.

Mengharapkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan mungkin mustahil kerana komitmen terhadap Rancangan Malaysia ke - 10 dan segala macam agenda dalam Model Ekonomi Baru termasuklah Program transformasi Ekonomi serta Program transformasi Kerajaan .

Namun harapan terakhir warga adalah kerajaan mengamalkan dasar perbelanjaan berhemah yang meletakkan nilai untuk wang serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memastikan dasar tiada ketirisan dalam menguruskan wang negara .

Menganggap pengurangan subsidi kepada rakyat adalah satu satunya jalan untuk mengurangkan peningkatan defisit menggambarkan kerajaan kekontangan idea.Manusia yang waras sememangnya sangat memahami bahawa subsidi adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan di dalam usaha bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan yang kurang berkemampuan. Namun begitu , kelemahan sistem subsidi yang diguna pakai di Malaysia menyebabkan subsidi juga dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi serta warga asing yang bekerja di Malaysia.

Oleh itu , segeralah berfikir mencari mekanisme baru pemberian subsidi. Kerajaan tidak seharusnya melihat subsidi kepada rakyat sebagai bebanan yang seharusnya dimansuhkan .


3 comments:

mae said...

Setelah rakyat memilih pemimpin, maka pemimpin itu mengata rakyat makan candu ! Sebenarnya pemimpin itu yang bodoh tak tahu nak cari duit untuk tolong rakyat. masa belum dipilih, cakap bukan main nak tolong rakyat. Lepas dipilih, hentam balik rakyat.

Malaysia Largest Car Classified said...

great post!

wan said...

Jangan sesuke hati mengatakan seorang pemimpin yang cuba untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat sebgai seorang bodoh kerane sekirenye anda berade di tempat beliau, anda belum tentu boleh mengubah ape2. Hanye orang yang x tahu bersyukur sajaha yang mudah mengatakan bahawa rakyat x pernah ditolong atau dibantu. Bersyukurlah sbb hari ni kite boleh hidup aman, makan minum cukup, kerje bersepah-sepah, anak-anak boleh dpt pendidikan, bantuan sane-sini xpnah cukup ke, bantuan rakyat 1 malaysia, duit pencen, biasiswa, yuran pengajian di sekolah x yah byr, buku teks xyah beli,subsidi minyak lg ade, bantuan kebajikan masyarakat, kalo nak senarai, x muat kat sini la jawabnye. Jangan sampai negara da jadi teruk mcm kat timur leste, zimbabwe, tunisia, mesir, nak hidup pun susah,nak mkn sush, nak kua umah pun xleh, br nak sedar n br nak bersyukur. x gune da time tu.

rujukan