.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Showing posts with label Bank Negara. Show all posts
Showing posts with label Bank Negara. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

KDNK suku ketiga 2010 : 5.3%



Ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2010 menyusut kepada 5.3 % disebabkan permintaan dalam negeri dan luar negara yang semakin lembap.

Pertumbuhan pada suku ketiga dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi sekali gus mendorong permintaan domestik untuk berkembang .

Semua sektor ekonomi kecuali perlombongan mencatatkan pertumbuhan positif.Sektor perlombongan menguncup 1 % disebabkan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah.Sektor perkilangan mencatatkan pertumbuhan sederhana 7.5 %, mencerminkan pertumbuhan eksport yang lebih perlahan.

Kadar inflasi keseluruhan seperti yang diukur menerusi perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat kepada 1.9 % disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan minuman tanpa alkohol.

Nilai ringgit telah meningkat 5.5 % berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan prospek ekonomi yang berbeza antara Asia dengan ekonomi maju yang telah merangsang sentimen pelabur terhadap ekonomi dan pasaran kewangan serantau.

Malaysia hanya perlu mencatatkan pertumbuhan 3.7 % pada suku keempat 2010 untuk membolehkannya mencapai unjuran rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7 %.




Tuesday, September 14, 2010

Gelembung Hartanah :Pinjam 80% Deposit 20%





Bank Negara Malaysia diberitakan sedang berbincang dengan institusi perbankan untuk membendung spekulasi dalam sektor hartanah bagi mengelak berlakunya gelembung hartanah.


Antara langkah yang sedang dikaji adalah cadangan agar nisbah pinjaman gadai janji berbanding nilai dikurangkan dari 90% kepada 80%.

Memetik berita yang disiarkan [ di sini ] OSK Research Sdn.Bhd. menjangkakan sektor hartanah negara bakal menyaksikan peningkatan harga tertinggi dalam tempoh 10 tahun menjelang 2012 dan 2013.

Biar pun sehingga kini belum ada tanda - tanda jelas berlakunya gelembung aset ataupun kenaikan melampau harga hartanah , namun sejarah telah membuktikan krisis ekonomi boleh berlaku akibat masalah yang dihadapi dalam sektor hartanah , sebagai contoh:


2. Jepun .



Kita harus ingat bahawa , kos pinjaman yang rendah serta pinjaman bank yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya transaksi pelaburan yang melampau sehingga mewujudkan spekulasi keterlaluan atau pun gelembung yang menyaksikan harga hartanah pada tahap yang tinggi.

Ketika gelembung ini pecah , bank akan gagal mendapat balik wang yang dipinjamkannya atau dengan kata lain NPL (non- performing loans) akan meningkat . Jika ini berlaku pasti wujud pengurangan pembiayaan oleh pihak bank terhadap pelbagai aktiviti ekonomi lainnya.

Kesannya amat parah , pengguna akan kurang berbelanja kerana masalah pembiayaan dan pinjaman yang ketat . Aktiviti ekonomi akan semakin perlahan , malah boleh runtuh.

Biar pun cadangan ini dilihat baik untuk ekonomi keseluruhannya , namun ada beberapa pertimbangan dan kelonggaran harus dibuat terutama terhadap pemilikan rumah kos rendah serta pemilikan rumah pertama.



Wednesday, August 18, 2010

KDNK Suku Kedua 2010




Bank Negara hari ini mengumumkan KDNK negara bagi suku kedua 2010 berada pada 8.9 %.Ini mencerminkan ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan tinggi melebihi 6 % bagi keseluruhan tahun 2010.

Berdasarkan pertumbuhan yang kukuh pada separuh pertama tahun 2010 Bank Negara Malaysia yakin ekonomi akan terus berkembang pada separuh kedua meskipun persekitaran yang mencabar dengan pertumbuhan ekonomi di negara maju, yang merupakan rakan dagang Malaysia semakin perlahan .

Lain - lain informasi : [ di sini ] dan [ di sini ]



Thursday, July 8, 2010

Pernyataan Dasar Monetari BNM 8 Julai


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Kadar terendah dan tertinggi koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.50 peratus dan 3.00 peratus.

Ekonomi global terus mencatat pemulihan pada suku kedua, disokong oleh pertumbuhan yang teguh dan menyeluruh dalam kebanyakan ekonomi yang sedang pesat membangun, khususnya di Asia, dan pemulihan yang sederhana dalam ekonomi-ekonomi maju.

Walau bagaimanapun, ketidaktentuan dalam pasaran kewangan antarabangsa telah meningkat berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang Kerajaan yang berterusan dalam beberapa ekonomi maju. Perkembangan ini telah meningkatkan ketidakpastian mengenai kesan yang mungkin timbul pada sistem kewangan antarabangsa dan aktiviti ekonomi global.

Melangkah ke hadapan, meskipun penilaian yang dibuat menunjukkan pemulihan global akan berterusan, namun, terdapat peningkatan risiko bahawa momentum pertumbuhan global mungkin menjadi sederhana.

Bagi ekonomi dalam negeri, trend terkini dalam pengeluaran perindustrian, kegiatan pembiayaan, keadaan pasaran pekerja dan perdagangan luar menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi terus kukuh pada suku kedua.

Meskipun perkembangan di luar negeri mungkin menyebabkan kadar pertumbuhan menjadi sederhana sedikit, namun ekonomi dalam negeri dijangka kekal kukuh dengan penggunaan dan pelaburan swasta yang terus bertambah baik, serta disokong oleh perbelanjaan pelaburan awam.

Inflasi dalam negeri meningkat sedikit pada bulan April dan Mei disebabkan oleh faktor-faktor penawaran.

Paras harga dijangka meningkat secara beransur-ansur pada bulan-bulan hadapan, sejajar dengan keadaan ekonomi dalam negeri yang terus bertambah baik, serta mengambil kira pelarasan yang mungkin dibuat terhadap harga ditadbir.

Walau bagaimanapun, inflasi secara keseluruhan dijangka kekal sederhana hingga tahun 2011.

MPC berpendapat bahawa paras baharu OPR ini adalah wajar dan konsisten dengan penilaian terkini prospek pertumbuhan dan inflasi. Pendirian dasar monetari akan terus akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.




Thursday, March 4, 2010

OPR Naik 25 Mata Asas



Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 %.

Pernyataan Dasar monetori [ di sini ]

Untuk itu BLR dan BFR juga dijangka meningkat .

OPR dijangka terus naik tahun ini [ di sini ]


Wednesday, May 27, 2009

Negatif 6.2%



                                            Sumber graf : Jabatan Perangkaan Negara


1.Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2009 adalah  negatif 6.2 %.

2.Ini berpunca daripada kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri akibat kemelesetan yang meruncing dalam ekonomi-ekonomi maju.

3.Suku kedua dijangka sama dengan suku pertama.

4.Perubahan akan dapat disaksikan dalam suku ketiga 2009 dan pertumbuhan positif pada tahap yang lebih tinggi pada suku keempat.

5.Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah.

6.Kesemua sektor ekonomi termasuk perkilangan , industri elektrik dan elektronik , pertanian dan  perlombongan mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan.

7.Inflasi pada Bulan April berada 3 % dengan jangkaan untuk dua suku berikut dengan kadar inflasi di bawah 2 %.


Laporan penuh : Bernama      Bank Negara Malaysia


Monday, April 27, 2009

Liberalisasi Sektor Kewangan


Antara pakej liberalisasi sektor kewangan konvensional dan Islam yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini adalah penawaran 2 lesen perbankan Islam baru kepada pelabur asing  yang memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. Di samping itu, had pegangan ekuiti asing dalam bank pelaburan, perbankan Islam dan syarikat insurans dilonggarkan sehingga 70 % daripada 49% , manakala had pegangan ekuiti asing dalam bank perdagangan domestik kekal.








Sunday, March 1, 2009

4.6% untuk tahun 2008


Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.6% bagi keseluruhan tahun 2008 , pertumbuhan terendah dalam tempoh 7 tahun.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Keempat 2008 berkata  pada suku keempat ekonomi Malaysia hanya berkembang 0.1% merosot ekoran permintaan luaran yang lemah menyebabkan eksport sebenar bersih barangan dan perkhidmatan menyusut sehingga 40.1%.

Namun begitu ,permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan awam dengan pengembangan sebanyak 3.1%.Pertumbuhan penggunaan swasta menyederhana kepada 5.3% pada suku keempat manakala penggunaan awam melonjak sebanyak 13.8%.

Sepanjang tempoh kajian semua sektor ekonomi mencatatkan penurunan. 




Tuesday, February 24, 2009

Turun lagi : OPR 2% , SRR 1%


Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari(MPC) hari ini memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2%.Keperluan Rizab Berkanun(SRR) juga diturunkan daripada 2% kepada 1% berkuat kuasa 1 Mac 2009.


Kenyataan Bank Negara mengenai Dasar Monetarinya :

Persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa menjadi bertambah buruk pada suku tahun baru-baru ini. Ekonomi negara perindustrian utama sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk, manakala pertumbuhan ekonomi negara serantau pula menjadi perlahan dengan ketara. Aktiviti perdagangan, pengeluaran dan pelaburan di rantau Asia telah terjejas dengan ketara akibat kemerosotan mendadak permintaan global. Kemelut pasaran kewangan antarabangsa juga semakin berlarutan. Walaupun banyak negara telah melaksanakan langkah-langkah rangsangan untuk menangani kelembapan ekonomi, hasil yang diharapkan masih belum dicapai. Risiko terhadap prospek ekonomi global yang lebih rendah juga semakin meningkat.


Ekonomi Malaysia telah terjejas dengan ketara oleh perkembangan global ini. Eksport dan pengeluaran perindustrian negara telah menguncup dengan nyata, sementara aktiviti pelaburan swasta menjadi semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila perusahaan perniagaan bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. Sentimen pengguna turut terjejas oleh keadaan pasaran pekerja yang semakin lemah. Oleh itu, keadaan ekonomi dalam negeri dijangka terus mencabar dalam suku-suku yang akan datang atas sebab kemelesetan ekonomi global dijangka berlarutan. Sungguhpun perkembangan ini telah meningkatkan risiko kemerosotan ekonomi negara pada tahun ini, prospek pemulihan ekonomi kekal teguh apabila keadaan global menjadi stabil, memandangkan ekonomi negara tidak menanggung beban hutang yang tinggi, di samping mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan kedudukan luaran yang memuaskan.


Dengan trend inflasi yang menurun, dasar makroekonomi akan dijuruskan ke arah menyokong permintaan dalam negeri sehingga ekonomi global menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Langkah-langkah tambahan akan diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan akses kepada pembiayaan akan berterusan dan kesan kelembapan ekonomi terhadap golongan tertentu yang terjejas akan dapat dikurangkan.

 

sumber : Bank Negara Malaysia

Tuesday, February 10, 2009

BSA Malaysia-China





People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia mengumumkan pewujudan pengaturan swap mata wang dua hala. Pengaturan ini bertujuan menggalakkan perdagangan dua hala dan pelaburan bagi pembangunan ekonomi kedua-dua buah negara.

Pengaturan ini akan memperuntukkan sejumlah RMB80 bilion atau RM40 bilion selama 3 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.


sumber:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1764〈=bm


Pengaturan swap atau Bilateral Swap Arrangement(BSA) merupakan satu kemudahan bantuan kecairan serantau yang melibatkan 13 bank pusat negara anggota ASEAN+3 di bawah Inisiatif Chiang Mai, yang membolehkan negara-negara anggota mendapatkan bantuan swap jangka pendek dengan serta-merta sekiranya menghadapi masalah kecairan sementara atau masalah imbangan pembayaran.





Tuesday, November 25, 2008

OPR & SRR dikurangkan

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus buat pertama kali sejak April 2006 daripada paras 3.50 peratus sebelumnya.

OPR adalah penanda aras yang digunakan bank di negara ini untuk menetapkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing dan penurunan itu bakal mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar peminjam.

BNM berkata: ''Penurunan ini turut dibuat selepas mengambil kira risiko pertumbuhan yang lebih rendah semakin nyata dan tekanan inflasi yang semakin berkurangan.''

Sambil menyatakan inflasi global telah mula menurun dan aliran itu akan berterusan, Bank Pusat berkata, perkembangan ini mendorong pihak berkuasa menyediakan sokongan kecairan secara besar-besaran kepada pasaran kewangan dan mengambil langkah penyelesaian sektor kewangan, rangsangan fiskal dan kelonggaran dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Katanya, meskipun permintaan dalam negara kekal mapan, terdapat tanda-tanda aktiviti sektor swasta akan menjadi lebih rendah dalam keadaan pasaran pekerja yang tidak menggalakkan dan suasana perniagaan semakin mencabar.

Jawatankuasa Dasar Monetori Bank Negara juga mengurangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) bank daripada empat peratus kepada 3.5 peratus berkuat kuasa 1 Disember ini. 

Langkah itu akan meningkatkan lagi kemampuan bank tempatan menyalurkan pinjaman kerana ia bakal mengurangkan jumlah dana (daripada peratusan jumlah depositnya) yang perlu disimpan oleh bank di negara ini di Bank Negara.





rujukan