Ford Model T : Kereta Pertama Yang dipasarkan secara komersial
Sejak Model T mula meninggalkan kilang dan menjalar di jalan - jalan sekitar Amerika Syarikat pada 27 September 1908 , industri automotif mula berkembang . Sehingga tahun 2008 dianggarkan lebih 70 juta kenderaan bermotor termasuk kereta dan kenderaan komersial telah dihasilkan seluruh dunia.
Di Malaysia sahaja lebih setengah juta kenderaan bermotor baru didaftarkan setiap tahun . Sehingga suku pertama 2011 jumlah keseluruhan kenderaan yang menjalar di jalanraya Malaysia telah mencecah 20.5 juta buah dengan 9.2 juta daripadanya adalah kereta .
Peningkatan taraf hidup dikatakan menjadi punca meningkatnya jumlah kenderaan di jalanraya . Ini diburukkan lagi dengan ketidakupayaan pengangkutan awam memenuhi tuntutan semasa warga .
Cabaran menguruskan kenderaan yang terlalu banyak sangat besar .Manusia harus sedar , hampir semua kenderaan masa kini menggunakan bahan api fosil iaitu petrol dan diesel yang hasil pembakarannya akan membebaskan gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang ternyata mengancam alam sekitar .
Jakarta : Warga paling sengsara di dunia akibat kesesakan lalu lintas.Ahli perniagaan serta politikus sering menaiki helikopter untuk menghadiri mesyuarat penting.
Kuala Lumpur
Satu lagi masalah besar di kawasan tumpuan dan berpenduduk padat adalah kesesakan jalanraya . Jika semua kenderaan keluar pada masa yang sama semakin perlahan dan lambatlah tiba ke destinasi .Sesetengah orang terpaksa keluar awal-awal pagi dan pulang lewat petang atau malam .Semuanya gara-gara kesesakan teruk.Banyak masa terbuang di jalanraya .Masa yang terbuang akan mengurangkan produktiviti dan ini merugikan ekonomi .
Secara amnya , kesesakan jalanraya adalah hasil dari kelemahan sistem pengangkutan awam serta kegagalan pemerintah merancang .
Sudah tiba masanya kereta dihapuskan sedikit demi sedikit .
No comments:
Post a Comment