27 sektor kecil perkhidmatan diliberalisasikan dengan syarat pegangan ekuiti 30% bumiputera dimansuhkan dan ini dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.
Dengan langkah ini kerajaan menjangkakan lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding hanya 11% daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion pada tahun 2008.
27 subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan,pelancongan, kesihatan dan sosial, pengangkutan, sukan dan rekreasi, perniagaan, sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.
Untuk rekod sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 % merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.Sektor ini juga mewakili 57% dari jumlah pekerjaan di Malaysia.Dari segi eksport pada 2008, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion manakala import berjumlah RM99.8 bilion.
sumber : The Star Online