.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, April 27, 2009

Liberalisasi Sektor Kewangan


Antara pakej liberalisasi sektor kewangan konvensional dan Islam yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini adalah penawaran 2 lesen perbankan Islam baru kepada pelabur asing  yang memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. Di samping itu, had pegangan ekuiti asing dalam bank pelaburan, perbankan Islam dan syarikat insurans dilonggarkan sehingga 70 % daripada 49% , manakala had pegangan ekuiti asing dalam bank perdagangan domestik kekal.








Thursday, April 23, 2009

Liberalisasi : 30% Kuota Bumiputera Mansuh.


27 sektor kecil perkhidmatan diliberalisasikan dengan syarat pegangan ekuiti 30% bumiputera dimansuhkan dan ini  dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.

Dengan langkah ini kerajaan menjangkakan lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding hanya 11% daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion pada tahun 2008.

27 subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan,pelancongan, kesihatan dan sosial, pengangkutan, sukan dan rekreasi, perniagaan, sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Untuk rekod sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 % merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.Sektor ini juga mewakili 57% dari jumlah pekerjaan di Malaysia.Dari segi eksport pada 2008, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion manakala import berjumlah RM99.8 bilion.


sumber : The Star Online

              Utusan Online



Monday, April 6, 2009

G-20 : Biasa-Biasa Saja






Apakah pertemuan 20 komuniti ekonomi terbesar dunia atau G-20 di London yang berakhir 2 April lalu dapat merangsang dan memberi hala tuju kearah pemulihan ekonomi  dunia ? Jawapan yang tidak jelas.G-20 perlu memiliki tekad politik untuk mengotakan janji. Hanya dengan kerjasama erat , ekonomi dunia dapat dipulihkan semula.

Pemimpin G-20 bersetuju  untuk cuba memulihkan keyakinan,meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan, membetulkan sistem kewangan dan mengembalikan pinjaman, memperkukuhkan peraturan kewangan , memberikan dana dan reformasi institusi kewangan antarabangsa bagi mengatasi krisis serta mengelakkan daripada ia berulang, mempromosi dagangan global dan pelaburan dan menolak perlindungan kewangan.

Disebalik Kemelesetan ekonomi dunia anggota G-20 hanya sanggup menyediakan sekitar AS$1.1 trilion yang akan disalurkan melalui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk membantu negara-negara yang teruk dilanda kemelesetan.

Di dalam usaha untuk menyelesaikan masalah krisis ekonomi dunia kini,beberapa negara jelas menunjukkan perbezaan,Perancis dan Jerman inginkan peraturan dan pengawalan kewangan yang lebih ketat sementara Amerika Syarikat dan United Kingdom inginkan lebih banyak suntikan wang dalam ekonomi.

Apa yang menarik perhatian adalah janji dan komitmen China untuk bekerjasama mengatasi krisis ekonomi global. China komited untuk terus membeli bon perbendaharaan Amerika  (surat hutang) .Kini China merupakan pemegang utama bon tersebut  diikuti Jepun.

Sebagai balasan, Presiden Amerika Syarikat ,Obama menjanjikan China  suara lebih besar di dalam  IMF. Langkah ini dilihat akan memecah dominasi Amerika dalam badan tersebut.Ini secara tidak langsung menunjukan Amerika mula akur bahawa kuasa besar mereka dalam ekonomi mula pudar. Antara negara G20 yang dilihat mempunyai potensi ekonomi yang sedang berkembang adalah  China, India, Brazil, Russia, Afrika Selatan, Turki, Arab Saudi dan Indonesia.



Thursday, April 2, 2009

Bai’ Bithaman Ajil(BBA) Sah


Semalam 5 hakim Mahkamah Rayuan sepakat memutuskan bahawa transaksi-transaksi berasaskan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah.

Untuk kepastian  boleh lah rujuk Berita Harian atau Bernama

Tiada laporan penuh , juga hujah penghakiman didapati sekitar persada maya.Kalau pasal politk banyak la.

Sumber-sumber dari blog lain : 






rujukan