.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, September 23, 2008

Jenis-jenis kadar faedah dan perbezaannya

Bank , Institusi kapitalis talam dua muka.Kebergantungan manusia hari ini kepada institusi ini menjadikan sistem riba wujud dalam pelbagai jenis dan dalam bentuk-bentuk yang diluar pemikiran kita .Bila kita berbicara dalam skop Malaysia , saban tahun , bank-bank di Malaysia mengaut keuntungan berbillion Ringgit hasil dari sistem kapitalis riba ini .

Sistem kiraan faedah ataupun riba ini pada amnya terbahagi kepada beberapa jenis kiraan.


Contoh 1: Kadar Faedah tetap(fixed rate) .Kadar dikira berdasarkan tahun bayaran balik dan kadar faedah semasa. Biasa digunakan oleh pihak bank dalam urusan pinjaman kenderaan.

Membeli kenderaan berharga RM50,000 , kadar faedah 5% , pembayaran balik selama 9 tahun

Jumlah keseluruhan hutang dikira : (RM50,000 x  5% x 9 tahun ) + RM50,000

Hutang keseluruhan : RM72,000

Ansuran bulanan selama 9 tahun : RM672 sebulan

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM22,500 (45% dari jumlah pinjaman)


contoh 2 : Kadar faedah tahunan ( yearly basis ). Kadar faedah dikira berdasarkan baki akhir setiap tahun.Biasa digunakan dalam pinjaman sewa beli barangan pengguna.

Jika kita mengambil contoh 1 sebagai perbandingan iaitu pinjaman RM50,000 , kadar faedah 5% , dan bayaran bulanan RM672 ,

Jumlah bulanan habis bayar : 7 tahun 8 bulan

Hutang keseluruhan : RM61,414

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM11,414 (22% dari jumlah pinjaman)


contoh 3: Kadar faedah bulanan (monthly basis ). kadar faedah dikenakan pada baki keseluruhan setiap bulan.Biasa digunakan untuk pinjaman perumahan.

Masih menggunakan asas pengiraan dalam contoh 1 , pinjaman RM50,000 ,kadar faedah 5% ,bayaran bulanan RM672

Jumlah bulanan selesai bayar : 7 tahun 4 bulan

Hutang keseluruhan : RM59,136

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM9,136 (18% dari keseluruhan pinjaman)


contoh 4 : kadar faedah harian ( daily basis ).Kadar faedah dikira berdasarkan baki keseluruhan secara harian.Kadar ini adalah yang paling menguntungkan peminjam.Biasa digunakan bagi kemudahan Over Draf.

Bagi kadar faedah bulanan (mothly basis ) , pembahagi yang digunakan adalah 12 ,manakala kadar faedah harian pula adalah 365.

RM50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 (monthly basis )

RM50,000 x 5% x 30/365 = RM205.48 (daily basis )


Kenali sifat-sifatnya dapat mengelakkan kita dari membayar lebih .Jangan menyokong Sistem kapitalis riba walau dalam apa bentuk sekalipun.







Friday, September 19, 2008

KLCI susut bawah 1,000 mata


Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) semalam ditutup pada 991.66 mata, jatuh sebanyak 11.33 mata atau 1.13 peratus. Paras tersebut merupakan paras terendah dalam tempoh dua tahun.

Ramai berpendapat kejatuhan IKKL hari ini didorong oleh kebimbangan kesan berterusan terhadap kejatuhan pasaran dunia disebabkan oleh krisis ekonomi yang berlaku di AS.

Pasaran saham tempatan menjejaki bursa saham utama Asia lain yang mengalami kejatuhan besar pada pagi susulan kejatuhan teruk di Wall Street sebelum pulih sedikit pada petang.

Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 4.06 peratus atau 449.36 mata kepada 10,609.66 mata pada Rabu apabila pelabur menjangkakan lebih banyak syarikat kewangan utama Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan masalah kewangan selepas kerajaannya mengumumkan pelan menyelamat American International Group Inc (AIG) bernilai AS$85 bilion. 

Bagaimanapun, keputusan bank pusat utama dunia termasuk European Central Bank (ECB), Bank of England, Bank of Japan, Swiss National Bank dan Bank of Canada untuk membantu Rizab Persekutuan AS merangsang kecairan menerusi suntikan dolar AS dalam pasaran kewangan global, membantu memulihkan pasaran pada sesi petang. 

Dianggarkan bank pusat berkenaan menyuntik lebih AS$300 bilion ke dalam pasaran kewangan semalam, iaitu paling besar dalam sejarah bagi mengelak berlakunya krisis kewangan global.

Rizab Persekutuan AS sendiri menyuntik tambahan AS$180 bilion ke dalam pasaran selepas mengumumkan pelan menyelamat AIG. 

KLCI yang jatuh 39.7 mata kepada 963.29 mata pada pagi kembali pulih pada sesi petang untuk ditutup pada 991.66 mata, susut 1.13 peratus atau 11.33 mata. 

Indeks Hang Seng, Hong Kong yang mendahului kejatuhan pasaran serantau apabila susut 1,272.86 mata atau 7.22 peratus kepada 16,364.33 mata pada pagi turut pulih pada sesi petang untuk ditutup pada 17,632.46 mata, susut 4.73 mata atau 0.03 peratus. 

Indeks Nikkei 225, Jepun yang merekodkan kejatuhan 445.67 mata, atau 3.79 peratus kepada 11,304.12 mata pada pagi juga pulih untuk ditutup pada 11,489.30 mata, susut 260.49 mata atau 2.22 peratus.

Di bursa utama Asia lain, Indeks Kospi Korea susut 32.84 mata atau 2.3 peratus kepada 1,392.42 mata; Indeks TSEC, Taiwan susut 158.92 mata atau 2.74 peratus kepada 5,641.95 mata dan Indek Komposit Shanghai, China Shanghai susut 33.21 mata atau 1.72 peratus kepada 1,895.84 mata.

Penganalisis MIMB Investment Bank, Shahril Anas berkata, kejatuhan IKKL hari ini didorong oleh kebimbangan kesan berterusan terhadap kejatuhan pasaran dunia disebabkan oleh krisis ekonomi yang berlaku di AS.

''Ia bermula dengan masalah gadai janji dan sub prima dan kini diikuti pula oleh masalah kewangan yang melanda syarikat-syarikat gergasi negara itu seperti Lehman Brothers dan American International Group (AIG).

''Para pelabur menjangkakan kesan buruk mungkin akan terus berlaku dan ia sekali gus menyebabkan kebimbangan dalam pasaran di Malaysia mahu pun pasaran global lain,'' katanya.

Turut memburukkan keadaan apabila pemegang insurans syarikat AIG tidak yakin dengan pengumuman Rizab Persekutuan AS untuk memberikan pinjaman kecemasan AS$85 bilion (RM272 bilion) kepada AIG bagi menyelamatkannya daripada keruntuhan telah menarik keluar pegangan polisi insurans mereka.

Impak daripada langkah yang diambil bank tersebut telah mengakibatkan pasaran saham global mengalami gelombang kejatuhan.


sumber : utusan & berita harian 

Krisis subprima

model pinjaman subprima

Pinjaman gadai janji subprima adalah skim pinjaman gadai janji perumahan kepada golongan yang dijangkakan mungkin gagal menjelaskan hutang pinjaman.Peminjam ini diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan berpendapatan rendah.

Dengan segala insentif yang disediakan oleh pemberi pinjaman dan situasi pasaran hartanah yang meningkat menggalakkan pasaran pinjaman gadai janji sub prima.

Namun pada tahun 2006 hingga penghujung 2007 ,pasaran hartanah di Amerika Syarikat mula menurun secara sederhana , manakala kadar faedah perumahan mula meningkat dan menyaksikan pinjaman tidak berbayar meningkat sekitar US$200-US$300 billion.

Masalah ini menyebabkan pemberi pinjaman mula memindahkan risiko kredit kepada pihak ke-3 melalui mortgage- backed securities(MBS) dan collateralized debt obligation (COD).Pelabur-pelabur yang yang memegang MBS dan COD akan mengalami kerugian kerana nilai aset pasaran hartanah mula merosot.

Berikutan risiko kekurangan kredit menyebabkan pemberi pinjaman mula mengurangkan pemberian pinjaman dan mula menaikkan kadar faedah pinjaman.

Kesan daripada masalah kredit ke atas sistem gadai janji subprima menyaksikan bank pelaburan ke-4 terbesar di Amerika Syarikat iaitu Lehman Brothers yang  menanggung hutang AS$613 billion terpaksa mendapatkan perlindungan bagi status muflis 3 hari lepas.

Keputusan ini dibuat kerana rundingan pengambilalihan Lehman oleh dua bank lain iaitu Barclays dan Bank of America menemui jalan buntu.

Barclays menarik balik usahanya kerana ia tidak mendapat jaminan daripada kerajaan serta firma Wall Street lain bagi melindunginya daripada kerugian aset Lehman.

Bank of America pula yang pada mulanya berminat dengan Lehman menarik diri dan berkata ia akan mengambil alih Merrill Lynch pada harga AS$50billion.

John Thain, Pengerusi dan CEO Merrill Lynch, berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Bank Of America bagi mewujudkan 'institusi kewangan terkemuka di dunia'.

Dibawah pengambilalihan ini , Bank Of America akan menukar 0.8595 daripada sahamnya bagi setiap saham biasa Merrill Lynch.Urus niaga itu telah diluluskan oleh para pengarah kedua- dua syarikat itu tetapi masih memerlukan kelulusan pemegang saham dan juga pihak berkuasa. Ia dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Dengan pembelian Merrill Lynch itu, Bank Of America akan mempunyai firma broker terbesar di dunia dengan lebih 20,000 penasihat kewangan dan AS$2.5 trilion aset pelanggan.

Ia juga akan memberikan bank itu 50 peratus taruhan dalam firma kewangan BlackRock, yang dimiliki Merrill, dengan aset pengurusan yang mencapai AS$1.4 trilion.

Simpanan Persekutuan Amerika syarikat menyatakan kelmarin, ia akan memberikan bantuan pinjaman sebanyak AS$85 bilion bagi menyelamatkan American International Group Inc. 

Tindakan itu dilakukan bagi mengelak AIG daripada mengalami nasib sama seperti Firma Lehman Brothers Inc., yang memiliki bank pelaburan Lehman Brothers pada Isnin lalu.

Sebelum ini, pada 7 September lalu, kerajaan AS bertindak menyelamatkan dua lagi syarikat gergasi gadai janji, Fannie Mae dan Freddie Mac.


Thursday, September 18, 2008

Anwar Ibrahim ,satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara...???

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini  berkata, ketua pembangkang ,Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. 


sumber : utusan malaysia , 17 september 2008

Tuesday, September 16, 2008

Infrastruktur kelas pertama, upah dunia ke-3

Wednesday, September 10, 2008

Rules of 72


Bercakap tentang inflasi dan kesan kepada nilai matawang pada masa depan , tidak sah kalau kita tidak bercerita tentang Rules Of 72.

Menggunakan
Rules Of 72,kita dapat menganggarkan nilai matawang dalam tempoh masa  tertentu.

Contoh:

Inflasi purata bagi tahun 2008 dianggarkan berada pada paras 7%. 

Dengan menggunakan Rules Of 72 

                           72/7 = 10.3. (jawapan dalam  nilai tahun)

Daripada pengiraan diatas kita dapat membuat kesimpulan bahawa:

1.RM1 pada tahun 2008, kuasa beli dalam 10 tahun akan datang iaitu tahun 2018 akan menjadi RM0.50.
2.Pada tahun 2008 harga sekilo ayam RM7.50 , suka atau tidak , 10 tahun lagi iaitu pada tahun 2018 , harga sekilo ayam adalah RM 15.
3.Harga barang-barang lain juga akan menjadi 2 kali ganda 10 tahun akan datang.

Kesimpulan yang agak menakutkan.Bagaimanakah kita harus menghadapinya?
1.Pastikan pendapatan kita tahun ini meningkat melebihi 7%.Kalau kurang tu paham-paham jea la..Cari kerja lain atau pun buat kerja part time.
2.Simpan dan laburkan wang di Institusi kewangan atau institusi pelaburan yang memberi pulangan melebihi 7%. 


Wednesday, September 3, 2008

Bajet 2009 dan Polisi Ekonomi oleh Datuk Seri anwar Ibrahim

Ketua umum keADILan , Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Pakatan Rakyat menganggap model pembangunan sosio ekonomi yang dijalankan oleh Barisan Nasional telah lapuk dan tidak mampu mengangkat penguasaan ekonomi seterusnya menjamin keadilan kepada masyarakat di negara ini dan beliau mengesyorkan model pembangunan ekonomi yang mampu berdaya saing dengan negara-negara yang lebih maju khususnya di rantau asia.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam satu sidang media di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square, Tropikana di Petaling Jaya pagi tadi.

Ujur beliau , antara agenda dan kepentingan pada masa kini adalah keperluan menarik pelabur tempatan dan asing. Tanpa pelaburan besar, malaysia tidak mampu mengangkat pertumbuhan ekonominya.” Tanpa pertumbuhan ekonomi, inflasi yang meningkat, habuan kepada rakyat tidak seperti yang digambarkan. Kenyataan nya ialah jurang pendapatan yang lebih parah, harga barang yang meningkat, kemiskinan bandar dan desa yang tidak ditangani, rasuah yang parah dan kos perniagaan yang meningkat” ujarnya.

Beliau menambah, perbelanjaan pengurusan yang meningkat sebanyak RM154 bilion dan kenaikan 20% dalam tempoh 1 tahun menggambarkan cara pengurusan Abdullah yang tidak bertanggungjawab.” Perbelanjaan mengurus umpamanya meningkat 200% sejak tahun 2000. Jumlah pelaburan berkurangan sejak tahun 2004 dan ini tidak menggambarkan keupayaan Malaysia untuk mengangkat kedudukan ekonomi termasuk dana domestik yang mengalir keluar” ujarnya.

Menurutnya lagi , berbanding prestasi pertumbuhan yang dicatatkan pada tahun lalu, dijangka pertumbuhan ekonomi lebih rendah pada tahun ini iaitu 5.7 dan 5.4 pada 2009.Inflasi yang dicatatkan paling buruk dalam tempoh 27 tahun akibat pengurusan lemah dan kesilapan besar kerajaan BN dalam menaikkan harga minyak.Anwar menambah, keadaan ini akan menjadi lebih parah apabila kenaikan harga barangan makanan naik sebanyak 11.2% dan kos pengangkutan meningkat 22.7%.Anwar berkata, defisit kewangan meningkat 4.8% dan menurutnya adalah kurang tepat apabila Abdullah menyebut kadar tersebut dicatatkan sejak 12 tahun lalu dan tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang tenat pada masa kini.”

Ada beberapa inisiatif belanjawan yang dituntut oleh rakyat termasuk soal pengangkutan di Kuala Lumpur dan Penang. Jumlah yang diperuntukkan RM35 bilion semua di bawa kepada suruhanjaya pengangkutan awam di bawah Jabatan Perdana menteri dan membimbangkan adalah satu2 nya syarikat yang dikenalpasti untuk menjalankan projek besar ini adalah Scomi” katanya.

Menurutnya lagi, indeks kemiskinan masih terlalu rendah dan tidak menggambarkan kemiskinan sebenar yang dialami oleh rakyat di negara ini.Anwar turut mengulas mengenai sistem tender terbuka, cadangan untuk mengurangkan harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat, inisiatif pengangkutan yang lebih berkesan dan pembatalan projek-projek mega yang membawa kerugian kepada negara

sumber : Suara keADILan online , 2 september 2008

rujukan