Antara pakej liberalisasi sektor kewangan konvensional dan Islam yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini adalah penawaran 2 lesen perbankan Islam baru kepada pelabur asing yang memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. Di samping itu, had pegangan ekuiti asing dalam bank pelaburan, perbankan Islam dan syarikat insurans dilonggarkan sehingga 70 % daripada 49% , manakala had pegangan ekuiti asing dalam bank perdagangan domestik kekal.
Showing posts with label kewangan Islam. Show all posts
Showing posts with label kewangan Islam. Show all posts
Monday, April 27, 2009
Thursday, April 2, 2009
Bai’ Bithaman Ajil(BBA) Sah
Semalam 5 hakim Mahkamah Rayuan sepakat memutuskan bahawa transaksi-transaksi berasaskan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah.
Untuk kepastian boleh lah rujuk Berita Harian atau Bernama
Tiada laporan penuh , juga hujah penghakiman didapati sekitar persada maya.Kalau pasal politk banyak la.
Monday, February 9, 2009
Berzakat mengikut tahun Hijrah atau tahun Masihi?
Tahun 1429 H telah sebulan berlalu.Baru minggu lepas aku berkesempatan ke pejabat Pusat Pungutan Zakat kelolaan Majlis Agama Islam Johor .Ini adalah kali pertama aku ke pejabat tersebut.Sebelum ini , setiap tahun aku akan menunaikan tanggungjawab berzakat di Bank Islam yang berhampiran.
Seperti biasa pegawai di Pusat Pungutan Zakat tersebut akan mendapatkan sedikit maklumat tentang diri pembayar zakat,jumlah bayaran dan tahun kiraan haul.
Berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pegawai tersebut,tahun hijrah atau masihi masing-masing boleh digunakan untuk kiraan haul.Terpulanglah kepada pembayar.
Sedikit kemusykilan timbul.Setahun hijrah dan setahun masihi bilangan harinya berbeza.Setahun hijrah 354 hari dan setahun masihi pula 365 hari , iaitu tahun hijrah lebih pendek 11 hari.Jika zakat dikira mengikut tahun masihi dalam masa 31 tahun , setahun hijrah akan diabaikan,tiada zakat yang dibayar.Bagaimana pusat zakat boleh membenarkan perbezaan ini??Tiada jawapan diberikan oleh pegawai tersebut pada aku,hanya senyuman(kelat je..).
Friday, December 5, 2008
Al-Bai Bithaman ajil dan Musyarakah Mutanaqisah
Pembiayaan perumahan secara Islamik di malaysia menggunakan kaedah Al bai bithaman ajil(BBA).Kontrovesi mengenai konsep pinjaman ini sudah lama diperkatakan sehingga ke mahkamah.Mari kita cuba memahami apa sebenarnya BBA dan apakah alternatif lain bagi menggantikan konsep BBA ini.Untuk memperkatakan tentang BBA ni , kurang arif la sikit aku ni.Jadi aku pun google lah BBA . Posting terbaru nie adalah kombinasi 8 artikel yang aku ambil kat cyberspace.
Pembiayaan Al bai bithaman ajil adalah konsep pembiayaan perumahan atau jualan dengan bayaran tertunda.BBA ini popular dan digunakan oleh bank-bank Islam di negara-negara di nusantara.
Kaedah pembiayaan ini dikatakan kombinasi 2 konsep bai al-inah (jual-beli semula) dan bai muajjal(jualan dengan bayaran tertangguh dan bayaran ansuran).
Bagaimana yang disebut bai-alinah. Penjual menjual barang jualannya kepada pembeli dengan harga yang sudah diketahui , bayaran secara ansuran sehingga tempoh tertentu.Kemudian si penjual membeli semula barangan tersebut dari pembeli tadi dengan harga yang lebih murah.
Perbahasan agama mengenai bai al-inah boleh dibaca disini.
Bai muajjal salah satu dari kaedah pembayaran dalam ghairu naqdan.Barangan diserah secara berperingkat sama ada barangan diperolehi setelah wang dibayar ataupun bayaran secara ansuran sehingga cukup jumlah kemudian baru barangan diserahkan.
Namun begitu konsep BBA ini Ditolak oleh Pakar Syariah dari timur tengah atas alasan manipulasi riba.Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan Musyarakah mutanaqisah (MM).
Apa yang menjadi masalah dalam amalan BBA adalah pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dan membayar 10% wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan bank.
Persoalannya, jika rumah itu masih dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh bank dan apa dijualnya kembali kepada pelanggan?
Dalam Islam, sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual ketika akad dilakukan.
Jika barang yang diakad tidak wujud ketika akad, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan mengenai kemampuan penjual menyerahkan aset itu kepada pembeli.
Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat.
Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan.
Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.
Musyarakah Mutanaqisah pula terdapat 2 bahagian ,pertama bank dan pembeli akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki bank, manakala pelanggan menjadi pemilik minoriti.
Contohnya, bank 90% manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki bank ke atas rumah tersebut melalui bayaran ansuran bulanan untuk memiliki saham bank dan pada akhir tempoh kontrak, rumah itu akan menjadi milik penuh pelanggan.
Disamping itu pada bahagian ke dua ,bank melalui konsep ijarah(pajakan),memajak saham pemilikan rumahnya berasaskan nisbah pemilikan saham.Dibawah konsep pajakan ini,pelanggan akan membayar sewa kepada bank bersama-sama bayaran ansuran pemilikan saham rumah tadi.Bayaran sewa semakin berkurang kerana nisbah saham pemilikan bank dibeli oleh pelanggan.
Jadi,ini ajelah posting terbaru aku mengenai al-bai bithaman ajil & musyarakah mutanqisah.Sokonglahlah produk kewangan Islam yang bebas riba'.Pasal BBA tu ,kita tunggu keputusan mahkamahlah,sah ke tak sah,islamik ke tidak.Apakah bank-bank Islam serta perundangan di Malaysia ini bersedia menggantikan BBA dengan MM..??Kita tunggu dan lihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)