.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Showing posts with label hong kong. Show all posts
Showing posts with label hong kong. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Mahalnya Gaji Ahli politik..!!


Ada sesetengah parti politik di dunia memilih calon-calon yang kaya untuk diketengahkan sebagai pemimpin bagi dipilih oleh rakyat.Terdapat juga sesetengah negara membayar pemimpin nombor satu mereka gaji yang sangat mahal untuk mengurangkan risiko pemimpin itu mencuri wang rakyat.

Senarai di bawah adalah sebagai maklumat am.



Perdana Menteri Singapura , Lee Hsian Loong dikhabarkan sebagai ahli politik yang bergaji paling tinggi di dunia . Pendapatan tahunan beliau adalah US$2.8 juta iaitu lebih 40 kali ganda KDNK perkapita negaranya.



Orang nombor 1 Hong Kong,Donald Tsang,berpendapatan US$513,000 setahun , lebih 10 kali ganda KDNK perkapita Hong kong .




Ahli politik Kenya , Raila Amollo Odinga yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri dibayar US$427,000 setahun untuk khidmatnya.Jumlah bayaran ini bersamaan 240 kali ganda KDNK perkapita negaranya.





Presiden Amerika ke 44 , Barack Hussein Obama , dibayar gaji US$400,000 setahun .Jumlah ini adalah 8 kali ganda KDNK perkapita warga Amerika.






Perdana Menteri Australia , Julia Gillard , bergaji US$286,000 setahun iaitu 7 kali ganda KDNK perkapita warganya.




Perdana Menteri Malaysia dibayar gaji bulanan RM22,826.65 . Setahun , Perdana Menteri Malaysia dibayar RM273,919.80 iaitu sekitar US$ 91,100 . Jumlah ini adalah 6 kali ganda KDNK perkapita Warga Malaysia.


Tuesday, October 12, 2010

Pelan Transformasi Ekonomi Malaysia



Takrifan Negara Berpendapatan Tinggi menurut Bank Dunia adalah negara dengan pendapatan perkapita sekurang-kurangnya USD$12,196.[rujuk di sini]

Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak bercita - cita menolak naik pendapatan perkapita rakyat dari nilai semasa sekitar USD$7 000 kepada USD$15 000 menjelang tahun 2020.

Jika kita meneliti matlamat 7 % pertumbuhan KDNK setahun di dalam cabaran Wawasan 2020 , pada kiraan semasa , menjelang 2020 , pendapatan perkapita warga Malaysia seharusnya sekitar USD$21 000 . Mungkin Malaysia boleh mengucapkan selamat tinggal kepada cabaran Wawasan 2020. Untuk itu Model Ekonomi Baru dijadikan sandaran .

Cabaran memenuhi matlamat Model Ekonomi Baru juga besar . Malaysia perlukan pertumbuhan KDNK sekurang - kurangnya 6 % setahun bagi tahun - tahun mendatang. Menurut MIER matlamat ini sukar dicapai . [ rujuk di sini ] .

Ini bukanlah kali pertama satu pelan transformasi ekonomi negara diusulkan.Kita pernah ada Agenda Ekonomi Malaysia karya Parti keADILan Rakyat, juga punya misi hampir serupa .

Pelan transformasi ekonomi untuk Malaysia , Biar apa pun namanya sama ada Agenda Ekonomi Malaysia atau Model Ekonomi Baru , ia bergerak di atas beberapa faktor .

1.Singapura , Hong Kong ,Korea Selatan dan Taiwan pada tahun 70-an dan awal 80-an adalah setanding Malaysia . Kini Malaysia jauh tertinggal.

2.Persaingan menarik pelabur kian sengit . Vietnam yang dahulunya tidak menarik , kini menerima jumlah pelaburan yang hampir sama dengan Malaysia iaitu sekitar USD$8 Billion pada tahun 2008.

3.Bagi mengekalkan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi , sesuatu harus dilakukan terhadap lebih 2 juta buruh asing yang kebanyakkan mereka terlibat di dalam sektor pembuatan , perladangan , pembantu rumah dan pembinaan . Kebergantungan terhadap buruh asing yang keterlaluan akan menyebabkan tangga gaji bagi pekerja kurang mahir warga tempatan akan kekal rendah.

Risiko terperangkap di dalam ekonomi berpendapatan sederhana akan menyebabkan negara hilang momentum untuk terus bersaing dengan negara - negara berpendapatan tinggi .Di bawah RMK-10(2011-2015) , 12 NKEA dikenalpasti untuk dimajukan dan diberi tumpuan.

Kita pernah ada pelbagai projek serta koridor oleh pemimpin terdahulu , namun ianya enak didengar tetapi tiada kesan mendalam terhadap kehidupan warga . Ketua Eksekutif PEMANDU , Idris Jala berkata RM1.4 Trillion pelaburan swasta diperlukan dalam tempoh sepuluh tahun mendatang jika Malaysia bercita- cita menjadi negara berpendapatan tinggi sedangkan sepuluh tahun kebelakangan ini Malaysia hanya mencatatkan pelaburan swasta sekitar RM500 billion sahaja.

Rakyat melihat cabaran Model Ekonomi Baru sangat besar terhadap segala dasar yang bakal digubal oleh kerajaan . Disebalik meraih semula sokongan rakyat terhadap parti politik pemerintah , kegagalan melaksanakan segala yang dijanjikan bakal menjadi mimpi ngeri buat kerajaan pimpinan Najib Razak.


rujukan