.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Showing posts with label wang fiat. Show all posts
Showing posts with label wang fiat. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Dari Mana Datang Wang Yang Banyak Itu?


Sebuah video sederhana dan berkesan yang membawa isu proses penciptaan wang pada zaman moden kini dan latar belakang sejarahnya . Paul Grignon selama lebih 40 minit videonya menarik perhatian bagaimana pinjaman menghasilkan wang - wang baru di dalam pasaran sehingga menghasilkan hutang yang tidak berpenghujung dan akhirnya akan memiskinkan umat manusia keseluruhannya.




Sunday, June 21, 2009

Emas


Kertas dicetak menjadi wang.Kertas ini juga dikenali sebagai Wang Fiat. Ia adalah satu nota jaminan bahawa kertas ini memang mempunyai nilai jika nilainya dituntut.

Kelemahan terbesar kertas yang dicetak ini atau wang fiat adalah kehilangan nilai akibat inflasi.Inflasi akan menyebabkan sesuatu barangan atau perkhidmatan menjadi mahal.Secara mudahnya , harga gula sekilo tidak mampu kekal pada harga sekarang untuk masa-masa akan datang.Harganya akan meningkat selagi mana wang fiat digunakan.Begitu juga barangan lain.Wang fiat baru dicipta setiap kali bank memberi hutang kepada pelanggannya berasaskan wang yang didepositkan ke bank tersebut.Sistem Fractional Reserve Banking atau di Malaysia ia dikenali sebagai Statutory Reserve Requirement ( Keperluan Rizab Berkanun ) menggandakan wang atau mencipta wang baru.

Apabila semakin banyak wang dicipta , nilainya akan turun .Semua barangan atau perkhidmatan bertambah mahal kerana wang di dalam pasaran semakin banyak dari hari ke hari.Oleh kerana itu , ada yang mula melindungi nilai sebenar kekayaan mereka . Emas dilihat sebagai komodi yang stabil dan melambangkan kekayaan.



Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 5 tahun kebelakang

Harga emas meningkat lebih kurang 125% dalam tempoh 5 tahun iaitu purata 25% setahun




Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 10
tahun kebelakang

Harga emas meningkat lebih kurang 200% dalam tempoh 10 tahun iaitu purata 20% setahun



Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 1
tahun kebelakang

Daripada sejarah harga emas yang ditunjukkan di dalam carta di atas bolehlah diandaikan bahawa emas adalah satu alternatif simpanan ataupun pelaburan untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Bagaimana menukarkan wang anda kepada emas ???Beberapa produk emas disenaraikan di bawah ini :











rujukan