.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Showing posts with label Greece. Show all posts
Showing posts with label Greece. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Greece : Demokrasi Memilih Kapitalisme




Greece kini membentuk kerajaan sementara yang akan membawa negara itu kepada pilihan raya kedua yang dijangka 17 Jun ini.


keputusan pilihanraya greece


Pilihan raya pada 6 Mei lalu , Parti Pasok dan Pasti Demokrasi Baru (ND) yang telah lama memerintah Greece gagal mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

Greece yang berada di dalam kemelesetan ekonomi sejak 5 tahun lalu, kadar pengangguran yang tinggi dijangka mengangkat parti sayap kiri berpendirian radikal dalam pilihan raya kedua nanti berikutan majoriti warga Greece tidak menyokong langkah penjimatan tegar yang perlu dilaksanakan selepas Kerajaan Greece mendapatkan pinjaman menyelamat dari IMF.

Jika ini berlaku ,Greece mungkin menghadapi masalah untuk membayar hutangnya dan mungkin akan terkeluar dari Kesatuan Eropah.

Gabenor Bank Greece, George Provopoulos, memberitahu bahawa Warga Greece telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 700 juta euro kerana khuatir kejatuhan mata wang sekiranya Greece meninggalkan Kesatuan Eropah. George Provopoulos menegaskan bahawa 'keadaan bank sekarang amat sukar dan sistem perbankan sangat lemah'.


Wednesday, January 25, 2012

Perang Harga Minyak




Mungkinkah Iran menutup Selat Hormuz selepas Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan import minyak Iran dalam usaha menyekat kononnya dana bagi kegiatan nuklearnya.
Penutupan Selat Hormuz walaupun untuk jangka masa singkat, sudah pasti akan menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak dunia.

Kesatuan Eropah serta-merta melarang pengimportan minyak mentah Iran dan pemberhentian kontrak sedia ada secara perlahan-lahan yang bertarikh 23 Januari hingga 1 Julai ini.


Purata eksport minyak mentah dari negara- negara Teluk dan eksport barangan yang berkaitan dengan petroleum adalah sekitar 17.7 juta tong sehari dan dianggarkan 16 juta tong daripadanya melalui Selat Hormuz. Bakinya adalah eksport minyak Iraq menerusi Turki dan eksport minyak Arab Saudi menerusi Yanbu di Laut Merah.

Selain itu, Kesatuan Eropah turut bersetuju mengenakan sekatan ke atas bank pusat Iran dan melarang perdagangan bahan petrokimia, emas, logam berharga, berlian, wang kertas serta duit syiling.

Kini , Iran mengeksport kira-kira 20 % minyak mentahnya ke Kesatuan Eropah, Greece, Sepanyol dan Italy adalah pembeli utama.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji sekatan baru yang diperkenalkan Kesatuan Eropah, sambil berkata Amerika akan turut mengenakan sekatan tambahan. Amerika Syarikat kini mengenakan sekatan ke atas Bank Tejerat, yang merupakan bank ketiga terbesar di Iran.Sekatan ini akan menyekat akses Iran kepada sistem perbankan antarabangsa yang diperlukan bagi menerima bayaran bagi eksport minyaknya.

Pakar tentera sebelum ini telah mempersoalkan sama ada angkatan laut Iran mempunyai keupayaan bagi melaksanakan sekatan ke atas Selat Hormuz.Amerika dan sekutunya bagaimanapun berkata mereka akan mengambil tindakan segera jika selat selebar 50 kilometer itu disekat.


Kapal Amerika, USS Abraham Lincoln dan USS John C Stennis telah memasuki perairan teluk itu sejak Ahad lalu.


Sumber:

Kapal Perang Amerika Melalui Selat Hormuz

India Bayar Emas Untuk Minyak

Tentera Amerika Di Teluk Masih perlu

Eropah haram beli Minyak Iran

Perang Mungkin Tidak Dpat Dielakkan


Thursday, April 29, 2010

Cerita Dari Greece



Greece di ambang keruntuhan kredit namun ramai bimbang krisis kredit bakal menular ke seluruh Eropah.

Standard & Poor’s menurunkan taraf hutang luar Greece kepada sampah (junk) atau BB+daripada BBB- yang bermakna hutang tersebut tidak membawa galakan pelaburan.Agensi ini juga memberi amaran kepada pembeli hutang Greece bahawa mereka hanya mempunyai peluang antara 30 hingga 50 % untuk mendapat balik wang mereka sekiranya berlaku penstrukturan semula hutang atau pengingkaran.Standard & Poor's juga menurunkan penarafan kredit bagi Portugal.


Sudah timbul kebimbangan Portugal dan Sepanyol akan mengikut jejak Greece dan memerlukan bantuan.Sebelum ini bank-bank utama Romania , Kazakhstan, Hungary serta Iceland runtuh .

Minggu lalu Greece memohon pinjaman kecemasan berjumlah 45 Bilion Euro daripada Kesatuan Eropah dan IMF.Bantuan pertama akan dibayar pada 19 Mei ini dan Greece perlu menyusun semula pembiayaan bon 8.5 Bilion Euro yang akan matang.

Bagi mengelakkan krisis ini berjangkit ke seluruh Eropah , Kesatuan Eropah dan pihak IMF telah meluluskan dana sebanyak 110 Billion Euro kepada Greece setelah mendengar jaminan Kerajaan Greece bahawa ia akan mengurangkan bajet kerajaan dan menaikkan kadar cukai.

Dalam situasi terkini di mana banyak negara sedang di dalam fasa pemulihan dengan pelbagai pakej rangsangan oleh pihak kerajaan , Greece pula dilihat sebaliknya .Mampukah Greece keluar dari belenggu krisis yang dihadapinya?


rujukan