.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Wednesday, August 13, 2008

Gold Investment Account - Public Bank







Ini aku cuba nak promosikan kepada korang salah satu produk simpanan & pelaburan yang berada di pasaran iaitu Gold Investment Account(GIA) diperkenalkan oleh Public Bank.



Produk ini memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan Public Bank membuat simpanan bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk emas.Tiada sebarang dividen atau bonus diberikan kepada pemegang akaun,tetapi segala harga dan keuntungan adalah berasaskan naik turun harga emas semasa.Emas yg dijual adalah Emas 999 ,24Karat.



Kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke Public Bank yang berhampiran dan buka akaun GIA ini.Pelaburan awal adalah dengan membeli 20 gram emas berdasarkan harga semasa.Semasa artikel ini ditulis,harga semasa 1 gram emas adalah :



Harga Jual : RM88.84 (Harga bank jual kepada anda )

Harga Beli : RM85.84(Harga bank beli daripada anda)


Berdasarkan harga di atas sebagai permulaan modal yang diperlukan untuk membuka akaun GIA :


20 gram X RM88.84=RM1776.80


Di dalam buku akaun GIA nanti akan dicatatkan jumlah emas yang telah dibeli(dalam gram) .Pelaburan tambahan minimum adalah 5 gram.Korang juga boleh menjual emas yang telah dibeli pada bila-bila masa berdasarkan harga semasa seperti di atas.


Emas secara fizikal juga boleh dituntut jika mahu dalam nominasi 100 gram , 5oo gram dan 1000 gram.


Secara amnya, Biar pun banyak lagi produk-produk pelaburan berasaskan emas lain , aku melihat GIA ini satu produk yang sangat praktikal & murah .Sesiapa sahaja boleh menyimpan melaluinya.Jadi,mulakan langkah pertama melawan inflasi dengan memiliki akaun pelaburan emas GIA Public Bank hari ini.


2 comments:

Unknown said...

Azhar,

Artikel yang bagus mengenai wang fiat dan juga emas. Semenjak artikel itu ditulis, harga emas naik melebihi 40% (RM 128 hari ini). Jadi, kalau sesiapa yang ambik action apa yang telah dinasihatkan oleh sahabat kita ni, dah berkembang nilai asetnya. Semoga sukses selalu...

rar

www.nubex.com.my

azhar said...

semoga anda juga sukses..

rujukan