.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, March 30, 2009

ASB Ni Pelaburan Apa ??!!


ASB ni pelaburan apa ? Minta pihak Permodalan Nasional Berhad tolong jawab sendiri.Jangan asyik suruh orang lain terangkan.

Berdasarkan Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 disember 2008 (muka surat 23:Di bawah perkara 9.Pelaburan disebut harga & tidak disebut harga), disenaraikan 20 pelaburan terbesar berdasarkan peratus Nilai Aset Bersih  dengan Sime Darby & Malayan Banking Berhad masing-masing melebihi 20%.

Lain-lain pelaburan adalah dibawah 5% setiap satu dari NAB ASB. Antaranya adalah :

Tenaga nasional Berhad
UMW Holding Berhad
MISC Berhad
TM International Berhad
British American Tobacco(Malaysia)Berhad
Telecom Malaysia Berhad 
PLUS Expressway Berhad
Fraser & Neave Holding Berhad
SP Setia Berhad
Petronas Gas Berhad
MMC Corporation Berhad
NCB Holding Berhad
Carsem (M) Sdn Berhad
CCM Duopharma Biotech Berhad
Bumiputera-Commerce holding Berhad
Kuala Lumpur Kepong Berhad 
Titan Chemicals Corporation Berhad
YTL Corporation Berhad


Daripada senarai ini ada beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan yang tidak patuh syariah.Boleh lah korang agak-agak atau pun boleh semak dengan Senarai Sekuriti Patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. 

Biarpun aku bukanlah pelabur skim ASB nie , Namun aku mengharap sesiapa yang menjadi pelabur fikir-fikirkanlah.Takkan nak tunggu orang lain buat keputusan untuk kita kot?



Sunday, March 22, 2009

Tukar Cakap Jadi Perbuatan

Oleh : Datuk Seri Najib Tun Razak
artikel asal bertajuk The Malaysia Model dari Wall Street Journal 18/03/2009
Terjemahan oleh Utusan Malaysia


KETIKA pemimpin Kumpulan 20 (G-20) bersiap sedia untuk pertemuan di London awal bulan depan, mereka sebenarnya berdepan dengan cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ekonomi global diramal mengecut tahun ini untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua. Bank Dunia meramalkan dagangan dunia merekodkan penurunan terburuk dalam tempoh 80 tahun dengan kesan paling ketara di Asia Timur.

Negara saya, Malaysia, adalah sebuah daripada negara yang ekonominya berasaskan dagangan. Nisbah dagangan luar kami berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 200 peratus, tertinggi berbanding ekonomi lain kecuali Hong Kong dan Singapura.

Kami makmur kerana berjaya mengenal pasti kuasa dagangan dan nilai pasaran. Namun semua ini memerlukan langkah pragmatik dan bukannya sekadar ideologi sahaja. Dan ia menjadi lengkap dengan wujudnya kesedaran bahawa kerajaan juga mempunyai peranan kritikal untuk menjayakannya.

Krisis ekonomi global membuktikan bahawa kebergantungan terhadap tingkah laku pasaran sahaja tidak mencukupi untuk mempromosikan kestabilan dan pembangunan ekonomi jangka panjang. Kita mempunyai pilihan apabila dilanda krisis ekonomi. Kita boleh memilih untuk berdiri sendiri atau menggunakan duit awam bagi menggantikan modal swasta yang hilang, atau melabur dalam modal insan.

Bagi jangka pendek, tindakan ini menyediakan pekerjaan dan peluang lain. Dalam jangka panjang pula, ia menyediakan asas-asas untuk pemulihan.

Pakej rangsangan bukannya untuk mewujudkan polisi-polisi popular atau mengagihkan tunai. Dan ia juga tidak seharusnya menumpukan kepada satu kumpulan atau kawasan tetapi memberi faedah kepada seluruh negara. Ia mengenai usaha mencapai impak maksimum.

Dengan krisis ekonomi global yang masih belum terurai, kami memfokuskan kepada usaha menyemarakkan pelaburan dan aliran kredit selain menyediakan jaminan kerajaan dan pengembangan infrastruktur.

Pelaburan asing di Malaysia diramal jatuh sebanyak 50 peratus kepada RM26 bilion (AS$7.22 bilion) pada tahun ini. Ini bermakna, kami mesti sama ada memberi respons secara domestik, atau membenarkan negara kami kehilangan tahun-tahun berharga ini di saat kami sepatutnya bekerja keras untuk membina sebuah masyarakat yang lebih baik.

Maka itulah pada 4 November lalu, saya mengumumkan pakej rangsangan pertama sebanyak RM7 bilion. Dan ia juga menjawab kenapa pada 10 Mac lalu, saya mengumumkan pakej rangsangan kedua sebanyak RM60 bilion. Mengambil kira sembilan peratus KDNK Malaysia, RM60 bilion itu sendiri merupakan pakej rangsangan terbesar dalam sejarah negara kami.

Sesetengah pihak berkata, jumlah itu terlalu tinggi. Namun dengan kadar hutang luar kami yang rendah, simpanan antarabangsa yang besar dan kecairan sektor perbankan yang besar, kami mempunyai keupayaan untuk membiayainya. Mengambil kira magnitud krisis ekonomi global semasa, saya berasa sangat yakin risiko bukanlah sesuatu yang kami perlu hadapi tetapi ialah peluang yang kami tidak manfaatkan sepenuhnya.

Kami tahu akhirnya krisis ini akan pulih dan paras dagangan normal akan diteruskan. Apabila itu berlaku, kami mahu Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk mengambil peluang ke atas proses pemulihan itu. Dan kerana itulah kami memutuskan untuk mengimbangi keperluan jangka pendek dengan berusaha membangun untuk masa depan. Suku daripada dana Bajet Mini tersebut merupakan peruntukan untuk memenuhi keperluan segera rakyat sementara baki 75 peratus ialah untuk jangka sederhana dan panjang bagi matlamat pembangunan.

Adalah penting kepada negara-negara untuk terus bersifat kompetitif. Cukai korporat Malaysia sebanyak 25 peratus setanding dengan negara lain di rantau ini. Bagaimanapun mengambil kira pelbagai insentif yang ditawarkan kepada pelabur, kadar cukai efektif negara ini ialah antara 3 hingga 7 peratus.

Keberkesanan pelaksanaan adalah penting dalam setiap kejayaan pakej rangsangan di mana-mana negara. Kami telah pun menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk memantau pelaksanaan tersebut. Ia akan memantau dan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Saya kemudiannya akan melaporkan semua perkembangan itu kepada pihak yang menjadi penerima manfaat utama daripada pakej tersebut iaitu rakyat Malaysia. Merekalah hakim sebenar untuk menilai kejayaan Bajet Mini tersebut.

Di Malaysia, kami mempelajari asas fundamental daripada krisis kewangan 1997. Hasilnya kami memperoleh kesepakatan dan kerjasama sektor kewangan dan perbadanan.

Kami bernasib baik hari ini kerana mempunyai infrastruktur yang baik, kemahiran teknologi, kepelbagaian ekonomi dan sumber tenaga berkualiti. Secara keseluruhan, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk menghadapi iklim baru ekonomi pasca 1997.

Kini kami memerlukan transformasi ekonomi untuk jangka panjang. Kami akan menggunakan situasi semasa ini untuk menempa model ekonomi baru yang meletakkan pengetahuan sebagai elemen utama. Kami akan melabur dalam teknologi dan pendidikan, memperkukuhkan keupayaan Malaysia untuk menerajui teknologi maklumat, memperbaharui tenaga dan pelbagai sektor ekonomi baru.

Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan bakat, tenaga dan semangat rakyat. Kami akan membantu dengan keupayaan yang kami ada untuk menyediakan kemakmuran berpanjangan dengan berusaha menyebarkan toleransi dan hormat di antara gender, budaya, kaum, agama dan bangsa. Kami akan memperjuangkan permuafakatan kerana ia bukan hanya sekadar asas untuk kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi tetapi kerana kami percaya ia merupakan elemen terpenting.

Dalam situasi mencabar dengan jutaan penduduk bergantung kepada pembangunan dan kemajuan, Malaysia terus bergerak ke depan. Kami akan membina Malaysia sekali lagi.

Apabila pemimpin G-20 bertemu bulan depan, saya berharap semua negara juga akan mengambil posisi yang sama. Inilah masanya untuk menukar percakapan kepada perbuatan. Pemulihan ekonomi dunia akan bergantung kepada usaha-usaha bersepadu daripada semua negara dan kami di Malaysia juga akan memainkan peranan kami.



Wednesday, March 11, 2009

Pakej bertahan RM60 billion(2)





Jumlah RM 60 billion :

1. RM15 bilion suntikan fiskal 
    -RM10 billion untuk 2009 dan RM 5 billion 2010

2. RM25 bilion ringgit Dana Jaminan
     -UntukIndustri Kecil dan sederhana,Syarikat swasta
     -Pembiayaan pasaran bon berjumlah RM15 billion

3. RM10 bilion ringgit pelaburan ekuiti
     -Tambahan kepada Khazanah Nasional Berhad

4. RM7bilion ringgit inisiatif pembiayaan swasta (PFI)
     -Antara projek ialah Iskandar Malaysia dan KL Sentral

5. RM3bilion ringgit insentif cukai


Pakej ini mungkin menyebabkan hutang kerajaan berada sekitar 45% daripada KDNK .

Defisit Bajet Kerajaan Persekutuan 7.6%.Sebahagian petikan ucapan Menteri Kewangan,"Kerajaan yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri, memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan". 

Mungkin kerajaan perlu mengumumkan sumber pembiayaan bagi bajet ini.


Tuesday, March 10, 2009

Pakej bertahan RM60 billion



Pakej rangsangan ekonomi kedua(pakej bertahan mungkin??) yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini di parlimen bernilai RM60 bilion(cukup ke??) bermatlamat untuk mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.RM60 billion bersamaan 9% daripada KNDK negara.Pakej ini adalah dalam tempoh 2 tahun.Kerajaan mempertimbangkan 4 perkara berikut  kepada asas pembentukan bajet mini ini iaitu :

1.Nilai eksport negara pada bulan Januari 2009 telah jatuh sebanyak 27.8%

2.Eksport komoditi, terutamanya minyak dan gas serta kelapa sawit, telah mengalami penurunan harga.

3.Berikutan kegawatan ekonomi dunia, kemasukan pelaburan asing juga akan berkurangan. FDI pada tahun 2009 dijangka RM26 bilion berbanding dengan jumlah FDI pada tahun 2008, iaitu RM51 bilion.

4.Kejatuhan mendadak pasaran saham global telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia. Ini memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmatan yang biasanya berkembang pada kadar yang tinggi serta mempengaruhi sentimen pelabur dan pengguna.


KDNK negara diunjurkan berada di dalam lingkungan negatif 1% hingga positif 1% bagi tahun 2009 dan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan naik kepada 7.6%. 


Sasaran bajet mini ini :

1.Mengurangkan Pengangguran Dan Menambah Peluang Pekerjaan
   a.Menyediakan Latihan Dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan
   b.Kebajikan Pekerja Yang Telah Diberhentikan Kerja
   c.Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Di Sektor Awam
   d.Peluang Siswazah Untuk Melanjutkan Pelajaran
   e.Skim PROSPER Siswazah
   f.Usaha Mengurangkan Pekerja Asing
   
2.Meringankan Beban Rakyat, Terutamanya Golongan Mudah Terjejas
   a.Meningkatkan Pemilikan Rumah
   b.Menambah Baik Infrastruktur Awam
   c.Bon Simpanan Kerajaan
   d.Pembangunan Pendidikan
   e.Kemudahan Asas Di Luar Bandar
   f.Program Di Sabah dan Sarawak
   g.Program Mikro Kredit
   h.Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
   i.Menjaga Kebajikan Pekerja Yang Diberhentikan
   j.Galakan Kepada Bank Untuk Menangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan
   
3.Membantu Sektor Swasta Menghadapi Krisis
  a.Skim Jaminan Modal Kerja
  b.Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri
  c.Memudahkan Akses Ke Pasaran Modal
  d.Menarik Individu High-Net-Worth dan Berkemahiran
  e.Mengurangkan Kos Kendalian Perniagaan
  f.Menggalakkan Sektor Automotif
  g.Industri Penerbangan
  h.Elaun Modal Dipercepatkan
  i.Carry Back Losses
  j.Levi Keuntungan Atas Kelapa Sawit
  k.Mempergiatkan Aktiviti Pelancongan
  
4.Membina Keupayaan Masa Depan
   a.Pelaburan Oleh Khazanah Nasional Berhad
   b.Projek Off-Budget
   c.Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)
   d.Liberalisasi Sektor Perkhidmatan
   e.Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)
   f.Pembangunan Industri Seni Kreatif
   g.Pengurusan Berkesan Sumber Kewangan Kerajaan
   




Sunday, March 8, 2009

Ekonomi Malaysia di ambang kemelesetan



Di dalam istilah ekonomi , kemelesetan teknikal atau technical recession merujuk kepada keadaan di mana pertumbuhan KDNK yang negatif bagi dua suku tahun secara berturut-turut.


Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2008

Suku 1 : 7.4%
Suku 2 : 6.7%
Suku 3 : 4.7%
Suku 4 : 0.1%

Sepanjang tahun 2008 : 4.6%



Daripada data ini,mungkin benar apa yang dikatakan Menteri Kewangan Kedua , Tan Sri Nor Mohamed Yakcop."Kita tidak mengalami kemelesetan".


Namun begitu , National Bureau of Economic Research (NBER) lebih kritikal mengenai definasi kemelesetan ekonomi atau economic recession.NBER mendefinasikan kemelesetan ekonomi atau economic recession sebagai kelemahan aktiviti ekonomi selama beberapa bulan yang merebak ke seluruh negara.Keadaan ini biasanya dijelmakan melalui angka KDNK Benar , pendapatan benar , keadaan pekerjaan , pengeluaran industri , perniagaan runcit .


Berdasarkan takrifan NBER , cuba kita lihat kembali senario yang telah berlaku di Malaysia kini :

1.Indeks pengeluaran perindustrian (IPI) yang merosot pada tahun 2008 -2.8%(oktober), -8.2%(november) dan -15.5%(disember).

2.Jumlah pemberhentian pekerja yang direkodkan bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 10,277 dan mereka yang terlibat di bawah skim pemberhentian sukarela (VSS) adalah seramai 4,207.Jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000pada akhir Januari 2009  kepada 19,000 orang dalam bulan Februari 2009 .

Merujuk kepada Ketua RHB Research Lim Chee Sing , "Depending on the definition you use, Malaysia is already in recession, or perhaps, is entering a recession,"



 

Sunday, March 1, 2009

4.6% untuk tahun 2008


Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.6% bagi keseluruhan tahun 2008 , pertumbuhan terendah dalam tempoh 7 tahun.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Keempat 2008 berkata  pada suku keempat ekonomi Malaysia hanya berkembang 0.1% merosot ekoran permintaan luaran yang lemah menyebabkan eksport sebenar bersih barangan dan perkhidmatan menyusut sehingga 40.1%.

Namun begitu ,permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan awam dengan pengembangan sebanyak 3.1%.Pertumbuhan penggunaan swasta menyederhana kepada 5.3% pada suku keempat manakala penggunaan awam melonjak sebanyak 13.8%.

Sepanjang tempoh kajian semua sektor ekonomi mencatatkan penurunan. 




rujukan