People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia mengumumkan pewujudan pengaturan swap mata wang dua hala. Pengaturan ini bertujuan menggalakkan perdagangan dua hala dan pelaburan bagi pembangunan ekonomi kedua-dua buah negara.
Pengaturan ini akan memperuntukkan sejumlah RMB80 bilion atau RM40 bilion selama 3 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
sumber:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1764〈=bm
Pengaturan swap atau Bilateral Swap Arrangement(BSA) merupakan satu kemudahan bantuan kecairan serantau yang melibatkan 13 bank pusat negara anggota ASEAN+3 di bawah Inisiatif Chiang Mai, yang membolehkan negara-negara anggota mendapatkan bantuan swap jangka pendek dengan serta-merta sekiranya menghadapi masalah kecairan sementara atau masalah imbangan pembayaran.
1 comment:
Pening kepala nak memahamkannya
Post a Comment