
Bercakap tentang inflasi dan kesan kepada nilai matawang pada masa depan , tidak sah kalau kita tidak bercerita tentang Rules Of 72.
Menggunakan Rules Of 72,kita dapat menganggarkan nilai matawang dalam tempoh masa tertentu.
Contoh:
Inflasi purata bagi tahun 2008 dianggarkan berada pada paras 7%.
Dengan menggunakan Rules Of 72
72/7 = 10.3. (jawapan dalam nilai tahun)
Daripada pengiraan diatas kita dapat membuat kesimpulan bahawa:
1.RM1 pada tahun 2008, kuasa beli dalam 10 tahun akan datang iaitu tahun 2018 akan menjadi RM0.50.
2.Pada tahun 2008 harga sekilo ayam RM7.50 , suka atau tidak , 10 tahun lagi iaitu pada tahun 2018 , harga sekilo ayam adalah RM 15.
3.Harga barang-barang lain juga akan menjadi 2 kali ganda 10 tahun akan datang.
Kesimpulan yang agak menakutkan.Bagaimanakah kita harus menghadapinya?
1.Pastikan pendapatan kita tahun ini meningkat melebihi 7%.Kalau kurang tu paham-paham jea la..Cari kerja lain atau pun buat kerja part time.
2.Simpan dan laburkan wang di Institusi kewangan atau institusi pelaburan yang memberi pulangan melebihi 7%.
No comments:
Post a Comment