.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, January 31, 2009

VSS dan Penstrukturan Semula Organisasi


Krisis kelembapan ekonomi yang melanda dunia menyaksikan permintaan yang perlahan terhadap barangan dan perkhidmatan dalam semua sektor industri .Ini menyebabkan banyak majikan mula memikirkan langkah-langkah bagi mengurangkan kos operasi di tengah-tengah pendapatan hasil perniagaan yang berkurangan.

Antara langkah yang diambil adalah mengurangkan waktu kerja, memendekkan minggu bekerja, memanjangkan cuti umum sempena perayaan, mengurangkan kerja lebih masa dan giliran kerja, membekukan pengambilan pekerja baru, mengurangkan pekerja kontrak,mengurangkan elaun dan langkah terakhir dan dilihat agak kompleks adalah menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela atau pun voluntary separation scheme (VSS).

Kepada majikan dan pekerja yang terlibat dengan VSS Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menyediakan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan :


Semua langkah-langkah ini dilihat sebagai langkah sementara bagi membolehkan syarikat terus bernyawa .Namun disebalik segala apa yang berlaku,Syarikat yang berdaya maju seharusnya mengambil peluang ini untuk pengstrukturan semula organisasi syarikat.Pengstrukturan semula organisasi perlu dibuat dari pekerja di peringkat bawahan sehinggalah pekerja di peringkat yang paling tinggi.Penggabungan bahagian-bahagian sokongan syarikat adalah perlu bagi mengoptimumkan tenaga kerja yang ada.

Konsep empowerment,seharusnya mula diperkenalkan.Melalui konsep ini , separation of power ataupun pemisahan kuasa seharusnya lebih jelas.Empowerment menuntut kesediaan pihak decision maker(pembuat dasar) dalam organisasi syarikat memberi kebenaran kepada pekerja di peringkat bawahan atau pelaksana(executor) berfikir , bertindak dan membuat keputusan secara bebas , di dalam lingkungan visi dan misi serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pembuat dasar(executor) ini tadi.Melalui konsep ini , pemimpin di peringkat atasan dilihat tidak terlalu mengongkong dan proses kerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan lancar.Langkah ini sesuai bagi bahagian pengeluaran(production) di mana pergantungan yang keterlaluan terhadap supervisor(penyelia) seharusnya dikurangkan ataupun ditiadakan.

Salah satu lagi aspek yang perlu juga dilihat adalah hierarki organisasi dan bagaimana setiap jawatan itu berperanan.Semakin banyak tingkat hierarki ataupun tingkat jawatan menjadikan sesuatu keputusan ataupun tindakan yang diambil kurang berkesan.Hierarki dari pekerja di peringkat bawahan sehingga ke peringkat paling tinggi seharusnya dipendekkan seoptimum mungkin.Hierarki yang lebih pendek menggalakkan kerja berpasukan dan integrasi yang lebih pantas.

Rancangan pewarisan(succession planning) seharusnya menjadi keutamaan mana-mana syarikat pada bila-bila masa sekali pun.Pekerja datang dan pergi.Pergantungan syarikat hanya kepada individu tertentu dalam membuat sesuatu pekerjaan adalah satu langkah kebelakang.Succession planning seharusnya pantas dan peluang untuk semua pekerja seharusnya sama rata dan sama taraf.Kelewatan atau pilih kasih dalam melaksanakan program ini akan menyebabkan ketidakupayaan atau pun kurangnya kakitangan berpengalaman mengendalikan sesuatu pekerjaan setelah pekerjaan asal ditinggalkan oleh penjawatnya.Harus diingat,tanpa plan yang baik,pengganti ekspres atau pun bidan terjun tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efisyen.

Kesemua langkah-langkah ini mungkin melibatkan penstrukturan semula organisasi.Yang nyata penstrukturan semula organisasi syarikat mungkin menyebabkan pemberhentian pekerja.Adakah ini yang diperlukan oleh organisasi syarikat anda?? 

  

Friday, January 30, 2009

S&P Turunkan Penarafan Kredit Titan


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Standard & Poor's Ratings Services (S&P) menurunkan penarafan kredit korporatnya ke atas Titan Chemicals Corp Bhd kepada "BB-" daripada "BB".

Penarafan itu kekal pada CreditWatch dengan implikasi negatif, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Titan ialah pengeluar bersepadu olefina dan poliolefina dengan kemudahan pengeluaran di Malaysia dan Indonesia.

"Penurunan penarafan itu mencerminkan kelemahan selanjutnya Titan dalam prestasi operasi kepada lima peratus bagi tiga bulan hingga 30 Sept, 2008, apabila kelembapan ekonomi serantau mulai menjejaskan permintaan untuk mendapatkan petrokimia," kata penganalisis kredit S&P Andrew Wong.

S&P tidak mempunyai butiran terperinci mengenai kemudahan bank yang didapati Titan kini.

Kecairan Titan tidak mencukupi, setakat 30 Sept, 2008, wang tunai dan persamaan tunai Titan sebanyak RM87 juta dan RM166 juta dalam pelaburan jangka pendek tidak mencukupi untuk meliputi kematangan hutang jangka pendeknya sebanyak RM901 juta, di mana sebahagian yang besar merupakan kemudahan kredit modal kerja yang tidak diperuntukkan, katanya.

"Kami percaya bahawa kejatuhan yang lebih mendadak dan lebih berpanjangan bagi pasaran petrokimia mungkin menjejaskan keupayaan Titan untuk menggulung matang kemudahan modal kerjanya. Sebarang pembaharuan kemudahan ini berkemungkinan menghasilkan kos pembiayaan lebih tinggi dan syarat pinjaman lebih ketat," katanya.

Friday, January 23, 2009

2009:Pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 0.5% sehingga 5.1%


Beberapa jangkaan penganalisis mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia:

1.Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 3.5%tahun 2009 jika ekonomi mendapat rangsangan segera daripada pakej rangsangan bernilai RM7 bilion itu, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

"Adalah penting untuk kita menyegerakan pakej rangsangan berkenaan," kata ketua pengarahnya Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

"Jika kesannya perlahan, saya rasa paling tinggi kita boleh capai ialah 2.5%. Kita mesti pastikan yang pakej rangsangan itu dilaksanakan dengan cekap.


2.Citigroup Global Market

Citigroup Global Market menaraf turun unjurannya untuk KDNK 2009 Malaysia kepada 0.5% daripada 3.1% sebelumnya di celah-celah kelembapan aktiviti ekonomi.


3.Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER)

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia telah menyemak secara menurun unjurannya bagi pertumbuhan KDNK tahun ini kepada 1.3% dan menyelaraskan anggaran pertumbuhan untuk tahun ini kepada 5.1% daripada 5.5% terdahulu.

4.Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) 

Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.0% tahun 2009.


5.Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia menyemak semula angka tersebut kepada 3.5%.





Singapura : Kemelesetan Ekonomi Terburuk


Kerajaan Singapura menurunkan lagi ramalan pertumbuhan ekonomi negara berkenaan kepada negatif 5% hingga  negatif 2% bagi tahun 2009.Atas sebab itu,Kerajaan singapura membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara tersebut bernilai  $20.5 bilion.

"Pakej Daya Tahan" menurut Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam adalah bagi menyelamatkan pekerjaan ke tahap maksimum dan membantu syarikat terus bertahan dan yang lebih penting lagi adalah bagi membantu Singapura menjadi lebih kukuh apabila persekitaran ekonomi dunia pulih.

Pertama kali dalam sejarah juga, Kerajaan Singapura akan menggunakan rizab negara sebanyak $4.9 bilion bagi membiayai 2 inisiatif 'luar biasa' yang terdapat di dalam Pakej Daya Tahan bernilai $20.5 bilion itu.

Pakej Daya Tahan ini akan menyebabkan Singapura menghadapi defisit belanjawan besar bagi tahun fiskal tahun 2008 dan 2009.

Belanjawan ini ,yang akan dilaksanakan pada Mac 2009 akan menyebabkan keseluruhan kedudukan belanjawan bagi tahun fiskal 2008 kini menunjukkan defisit sebanyak $2.2 bilion atau 0.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

Bagi tahun fiskal tahun 2009, defisit asas mencecah 6% daripada KDNK.

Secara keseluruhan, Singapura akan menghadapi defisit belanjawan sebanyak $8.7 bilion atau 3.5% daripada KDNK bagi tahun fiskal 2009.








Thursday, January 22, 2009

Penanda aras indeks Malaysia KLCI akan menggunapakai standart global FTSE


Bermula 6 Julai 2009,penanda aras utama Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) akan digantikan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, "Penanda aras yang diperbaharui itu, akan membolehkan pasaran tempatan mempunyai piawaian setanding dengan standard antarabangsa yang mengutamakan tiga kriteria penting iaitu mudah niaga, mudah labur dan telus.Ketiga-tiga ini adalah kriteria yang digunakan secara meluas oleh pelabur untuk menilai daya tarikan pasaran.Penambahbaikan ini penting bagi memastikan indeks berkenaan memberikan gambaran urus niaga sebenar pasaran, sekali gus membina reputasi sebagai pasaran berkualiti dan relevan di peringkat global,''.

Penanda aras semasa mengandungi 100 kaunter dari Papan Utama berasaskan modal dalam pasaran.

FTSE Bursa Malaysia KLCI pula mengandungi hanya 30 kaunter yang kukuh dari Papan Utama berdasarkan modal dalam  pasaran dengan mengambil kira faktor "mudah labur" dan "mudah dagang". 

Jelas Datuk Yusli Mohamed Yusoff lagi ,“Faktor mudah labur adalah penapisan berasaskan keperluan minimum apungan bebas sebanyak 15 peratus dan mudah dagang adalah memenuhi 10 peratus ujian kecairan berdasarkan pendapatan tahunan saham apungan bebas,”.

FBM 30 akan dimansuhkan setelah  dipindah ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI .  

Indeks baru itu juga akan mengira pergerakan setiap 15 saat, lebih cepat berbanding pengiraan KLCI semasa yang dibuat pada kadar setiap 60 saat.

Untuk rekod ,Penanda aras utama Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL)  digunapakai sejak 4 April 1986

OPR & SRR turun lagi


Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah tempatan sebanyak 0.75 peratus dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara. 

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara dalam mesyuaratnya hari ini memutuskan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bank pusat itu kepada 2.5 peratus daripada 3.25 peratus. Keperluan Rizab Berkanun (SRR) bank juga dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada 2 peratus berkuat kuasa 1 Februari ini.

Wednesday, January 21, 2009

Barack Obama Presiden Amerika ke-44



Barack Obama menempa sejarah apabila dilantik sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Obama, 47 tahun, yang bapanya berasal dari Kenya dan ibunya seorang kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-44 Amerika di bangunan Capitol di sini.Ikrar yang dilafazkan ".. akan menjalankan tugas sebagai presiden dan sedaya upaya memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan Amerika Syarikat".

Sebelum itu,Obama dan isteri beliau Michelle, telah menemui Presiden George W. Bush, dan isterinya, Laura Bush, di Rumah Putih.

Dalam pilihan raya presiden pada November 2008, Obama, daripada Parti Demokrat, mengalahkan Senator John McCain daripada Parti Republikan.

Majlis mengangkat sumpah yang bermula sekitar 10 pagi waktu tempatan dihadiri hampir 2 juta rakyat Amerika, yang terpaksa berdiri berjam-jam dalam keadaan cuaca sejuk.Kawalan keselamatan ketat diberikan sepanjang acara ini dengan puluhan ribu polis dan askar mengawal semua lokasi sekitar Washington.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negara Amerika dan pihak berkuasa lain berkata mereka tidak melihat wujud ancaman serangan yang kukuh tetapi mereka bersedia menghadapi potensi malapetaka lebih luas, termasuk serangan senjata kimia dan cuaca sejuk keterlaluan.

Ia adalah majlis pengangkatan presiden baru pertama sejak serangan 11 September 2001, yang menimbulkan kebimbangan memuncak mengenai serangan dalam negara di kalangan rakyat Amerika.

Kos majlis mengangkat sumpah itu dilaporkan mencecah AS$150 juta  dan adalah yang tertinggi dalam sejarah negara itu.

Obama mengambil alih pentadbiran 8 tahun Bush.Selain masalah dasar luar Amerika, Obama akan mewarisi defisit belanjawan Amerika yang mencecahi USD1.2 triliun.


Obama sebelum ini berkata akan memberi dana tambahan bagi sektor perbankan dan automotif. Menurut Congressional Budget Office (CBO), dana ini adalah sebanyak USD775 billion untuk tempoh 2 tahun.CBO juga meramalkan defisit Amerika akan berkurangan hingga USD703 billion menjelang 2010

Obama kini membawa harapan dan impian generasi lama golongan kulit hitam di Amerika, yang sebelum ini menderita sebagai hamba abdi dan terpaksa menerima dasar pengasingan kaum yang menjadikan mereka rakyat kelas kedua.

Pelantikan Obama merupakan kemuncak dalam perjalanan politik seorang anggota Parti Demokrat yang  pandai berpidato.

Dalam tempoh kurang 5 tahun, Obama daripada seorang Senator di Illinois,kini seorang pemimpin negara kuasa dunia.

Dalam satu kenyataan sempena memperingati wira kulit hitam Dr Martin Luther King Jr kelmarin, Obama berkata,"Esok kita akan bersama sebagai satu bangsa di atas landasan sama yang menjadi impian Dr King. Kita mengiktiraf bahawa di Amerika matlamat kita sama.Kita membina keazaman bahawa jika kita berjalan, kita akan berjalan bersama dan ketika kita bergerak maju kita akan maju bersama.Kita akan memperbaharui janji kepada negara ini, marilah kita bersama mengingati apa yang diajar Dr King bahawa impian kita yang berbeza sebenarnya adalah satu".

rujukan