Madoff merupakan pengasas firma pelaburan Bernard L.Madoff Investment Securities LLC di mana dia menguruskan berbilion-bilion dolar dalam satu dana.Firma pelaburan madoff adalah antara firma pelaburan paling berjaya di Wall Street.Akhirnya tembelangnya pecah akibat tidak lagi mampu membayar keuntungan kepada pelabur lama,yang mana keuntungannya datang dari pelabur baru berpunca dari krisis kewangan global yang melanda Amerika sekarang ini.
Sementara itu pada 19 Disember lalu , Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertindak terhadap 3 koperasi yang dipercayai menjalankan perniagaan bercirikan skim piramid atau skim cepat kaya dengan berselindung di sebalik pengiktirafan kerajaan, mereka bertindak mengabui mata masyarakat dengan mengumpul dana termasuk melalui skim pinjaman bercorak Islam, Al-Mudharabah.
Koperasi berkenaan dalam promosinya menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 12 % atau dividen setiap bulan.Lebih 5,000 pelanggan menjadi mangsa dengan kerugian pelaburan berjumlah RM80 juta.
Klik di bawah untuk mengetahui perbezaan mengenai kedua-dua skim ini :
No comments:
Post a Comment