.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, January 23, 2009

2009:Pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 0.5% sehingga 5.1%


Beberapa jangkaan penganalisis mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia:

1.Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 3.5%tahun 2009 jika ekonomi mendapat rangsangan segera daripada pakej rangsangan bernilai RM7 bilion itu, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

"Adalah penting untuk kita menyegerakan pakej rangsangan berkenaan," kata ketua pengarahnya Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

"Jika kesannya perlahan, saya rasa paling tinggi kita boleh capai ialah 2.5%. Kita mesti pastikan yang pakej rangsangan itu dilaksanakan dengan cekap.


2.Citigroup Global Market

Citigroup Global Market menaraf turun unjurannya untuk KDNK 2009 Malaysia kepada 0.5% daripada 3.1% sebelumnya di celah-celah kelembapan aktiviti ekonomi.


3.Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER)

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia telah menyemak secara menurun unjurannya bagi pertumbuhan KDNK tahun ini kepada 1.3% dan menyelaraskan anggaran pertumbuhan untuk tahun ini kepada 5.1% daripada 5.5% terdahulu.

4.Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) 

Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.0% tahun 2009.


5.Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia menyemak semula angka tersebut kepada 3.5%.





2 comments:

Zamz said...

byk sungguh forecast ek..tapi kalau tgk electric consumption growth dah negative dah..taktaula 2nd half boleh naik balikkan

azhar said...

SRR dah banyak turun..kecairan kredit dlm sistem kewangan dah bertambah RM8 billion-RM10 billion,Bank nak ke beri pinjaman??Pakej ransangan ekonomi RM7billion najib tu pun lambat agihannya,pakej ransangan fiskal ekonomi ke-2 kerajaan tengah pikir lagi,Skim bantuan pekerjaan banyak yang untuk siswazah,yang tak siswazah yang dah kena berhentikan macam mana??Sistem SPUR kerajaan Singapura patut jadi contoh..Kerajaan malaysia lambat banyak nie..dah tertinggal keretapi dah...uduh..!!!sedihnyee

rujukan