.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, January 20, 2009

Menjelang Belanjawan Singapura 2009/2010


RAMALAN pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun 2009, yang diunjurkan diantara  negatif 2 dan 1% dijangka disemak lagi menjadi lebih rendah dalam belanjawan Singapura yang akan dibentangkan 22 Januari ini oleh Menteri Kewangan Singapura,Tharman Shanmugaratnam.

Empat sesi dialog telah diadakan pada 7, 13, 14 dan 15 Januari lalu yang melibatkan beberapa menteri Singapura, Menteri Kewangan,Tharman Shanmugaratnam; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Lim Hng Kiang; dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Lim Swee Say yang bertujuan mendapatkan maklum balas, keprihatinan dan pandangan pemimpin perniagaan dan kesatuan sekerja  menjelang pembentangan belanjawan.

Kerajaan Singapura menjangkakan belanjawan akan mengalani defisit tahun ini dan kemungkinan besar belanjawan akan dibiayai oleh lebihan belanjawan tahun lalu atau rizab negara.Pada Oktober 2008 lalu, Kerajaan Singapura telah membuat permohonan kepada Presiden Singapura  agar meluluskan $150 bilion daripada rizab negara untuk menjamin semua deposit pelanggan korporat dan individu dalam institusi kewangan yang mempunyai lesen dengan Monetory Authority of Singapore (MAS).Jika rancangan menggunakan rizab itu berjaya, ia kali kedua Presiden Nathan menggunakan kuasanya memelihara rizab negara sejak institusi Presiden dipilih dan dibentuk 18 tahun lalu.

Perdana Menteri Singapura ,Lee Hsien Loong berkata bahawa belanjawan yang akan dibentangkan nanti adalah bagi memastikan syarikat-syarikat yang beroperasi di Singapura boleh kekal dalam perniagaan dan fokus akan diberi dalam membantu majikan menggajikan pekerja mereka  agar pekerja boleh terus mempunyai pekerjaan.

Kini di Singapura ,jumlah pekerja yang  bekerja pada waktu yang lebih singkat telah melonjak kepada 18,000 orang. Antaranya yang terbaru adalah pekerja-pekerja syarikat MediaCorp.

Sebelum itu pada 1 Disember 2008 ,Kerajaan Singapura telah memperkenalkan Program Kemahiran bagi Peningkatan dan Ketahanan ,SPUR.

SPUR dibiayai Kerajaan Singapura sebanyak $600 juta, dilancarkan dengan tujuan membantu syarikat-syarikat menangani kemelesetan ekonomi dengan syarikat boleh menuntut elaun untuk setiap pekerja yang dihantar menyertai latihan ini.

Di bawah program SPUR, majikan boleh menuntut elaun $6 sejam bagi pekerja di bawah umur 40 tahun, sementara untuk pekerja 40 tahun ke atas dan memiliki Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' ke bawah, had elaunnya ialah $6.80 sejam.

Dengan menyertai SPUR, majikan diharap dapat menangani masalah tenaga kerja berlebihan tanpa perlu memberhentikan pekerja dan pekerja dapat meningkatkan kemahiran supaya lebih bersedia apabila ekonomi pulih.

Bagi tahun 2009 ini pula,gaji menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam Singapura akan dipotong antara 12% hingga 20 %, sejajar dengan kemelesetan ekonomi.Berbanding tahun 2008, jumlah sebenar gaji bagi Menteri Gred 4 (MR4) tahun ini akan berkurangan sebanyak 20%kepada $1.54 juta setahun, sementara gaji permulaan pegawai tinggi pemerintah Singapura(SR9) pula akan berkurangan 12% kepada $351,000 setahun.




No comments:

rujukan