.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, July 12, 2009

100 HARI , 11 HADIAH , 1 MALAYSIA





Semalam Perdana menteri , Datuk Seri Najib Razak dalam majlis sambutan "100 Hari Najib Bersama Rakyat"di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mengumumkan 11 perkara . Rujuk di sini utuk laporan penuh<Najib Buat 11 Pengumuman Mesra Rakyat Sempena 100 Hari Jadi PM>

Antara yang "menarik" adalah penubuhan satu tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit.Saham amanah ini akan diuruskan oleh PNB.

Untuk rekod ketika ini ada lebih 6 bilion unit pelbagai dana yang belum terjual di bawah amanah saham Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan masih ada untuk dibeli oleh pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera.Antara dana yang masih ada untuk pelabur Bumiputera termasuk Amanah Saham Wawasan (1.7 bilion), Amanah Saham Didik (1.6 bilion), Amanah Saham Nasional (921 million), Amanah Saham Nasional 2 (2.2 bilion) dan Amanah Saham Malaysia (3.3 bilion).Pelabur bukan Bumiputera juga masih mempunyai peluang untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional 3 dan Amanah Saham Gemilang.

Satu perkara lagi yang diumumkan Perdana Menteri ialah pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go layak menerima diskaun 20% dengan syarat membayar tol 80 kali atau lebih sebulan.




4 comments:

cube said...

askum...azhar..jom blogging di blogstarz...dapat bonus tiap dua bulan dapat byk benefit lagi...leh jana pendapatan tau..saya juga bisnes jual barangan indipendent di blogstarz...sya edy..eh hubungi la saya ye 012 7679 694...macam2 blog boleh buat disana tak kira apa saja..bisnes..persendirian , famili..anything...but still dpt bonus tau..

L said...

salam. Jom sama2 join Club blogger Johor.

Basuh Baju said...

erm, 100 hari Najib aku rasa dia berjaya ubah persepsi orang ramai..

mgkn apa yg dilakukan beliau tu sekadar kosmetik tp dia berjaya mencipta persepsi yg baik utk dirinya..

kredit utknya

azhar said...

kosmetik??

hahaha..biasalah..kan ke Najib tu politician..

Kalau dia tak buat sesuatu nanti dia kena buang kerja..

Politician nie sambil menyelam minum air..

rujukan