.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, January 22, 2009

Penanda aras indeks Malaysia KLCI akan menggunapakai standart global FTSE


Bermula 6 Julai 2009,penanda aras utama Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) akan digantikan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, "Penanda aras yang diperbaharui itu, akan membolehkan pasaran tempatan mempunyai piawaian setanding dengan standard antarabangsa yang mengutamakan tiga kriteria penting iaitu mudah niaga, mudah labur dan telus.Ketiga-tiga ini adalah kriteria yang digunakan secara meluas oleh pelabur untuk menilai daya tarikan pasaran.Penambahbaikan ini penting bagi memastikan indeks berkenaan memberikan gambaran urus niaga sebenar pasaran, sekali gus membina reputasi sebagai pasaran berkualiti dan relevan di peringkat global,''.

Penanda aras semasa mengandungi 100 kaunter dari Papan Utama berasaskan modal dalam pasaran.

FTSE Bursa Malaysia KLCI pula mengandungi hanya 30 kaunter yang kukuh dari Papan Utama berdasarkan modal dalam  pasaran dengan mengambil kira faktor "mudah labur" dan "mudah dagang". 

Jelas Datuk Yusli Mohamed Yusoff lagi ,“Faktor mudah labur adalah penapisan berasaskan keperluan minimum apungan bebas sebanyak 15 peratus dan mudah dagang adalah memenuhi 10 peratus ujian kecairan berdasarkan pendapatan tahunan saham apungan bebas,”.

FBM 30 akan dimansuhkan setelah  dipindah ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI .  

Indeks baru itu juga akan mengira pergerakan setiap 15 saat, lebih cepat berbanding pengiraan KLCI semasa yang dibuat pada kadar setiap 60 saat.

Untuk rekod ,Penanda aras utama Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL)  digunapakai sejak 4 April 1986

No comments:

rujukan