.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, September 23, 2008

Jenis-jenis kadar faedah dan perbezaannya

Bank , Institusi kapitalis talam dua muka.Kebergantungan manusia hari ini kepada institusi ini menjadikan sistem riba wujud dalam pelbagai jenis dan dalam bentuk-bentuk yang diluar pemikiran kita .Bila kita berbicara dalam skop Malaysia , saban tahun , bank-bank di Malaysia mengaut keuntungan berbillion Ringgit hasil dari sistem kapitalis riba ini .

Sistem kiraan faedah ataupun riba ini pada amnya terbahagi kepada beberapa jenis kiraan.


Contoh 1: Kadar Faedah tetap(fixed rate) .Kadar dikira berdasarkan tahun bayaran balik dan kadar faedah semasa. Biasa digunakan oleh pihak bank dalam urusan pinjaman kenderaan.

Membeli kenderaan berharga RM50,000 , kadar faedah 5% , pembayaran balik selama 9 tahun

Jumlah keseluruhan hutang dikira : (RM50,000 x  5% x 9 tahun ) + RM50,000

Hutang keseluruhan : RM72,000

Ansuran bulanan selama 9 tahun : RM672 sebulan

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM22,500 (45% dari jumlah pinjaman)


contoh 2 : Kadar faedah tahunan ( yearly basis ). Kadar faedah dikira berdasarkan baki akhir setiap tahun.Biasa digunakan dalam pinjaman sewa beli barangan pengguna.

Jika kita mengambil contoh 1 sebagai perbandingan iaitu pinjaman RM50,000 , kadar faedah 5% , dan bayaran bulanan RM672 ,

Jumlah bulanan habis bayar : 7 tahun 8 bulan

Hutang keseluruhan : RM61,414

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM11,414 (22% dari jumlah pinjaman)


contoh 3: Kadar faedah bulanan (monthly basis ). kadar faedah dikenakan pada baki keseluruhan setiap bulan.Biasa digunakan untuk pinjaman perumahan.

Masih menggunakan asas pengiraan dalam contoh 1 , pinjaman RM50,000 ,kadar faedah 5% ,bayaran bulanan RM672

Jumlah bulanan selesai bayar : 7 tahun 4 bulan

Hutang keseluruhan : RM59,136

Jumlah sebenar faedah yang dibayar : RM9,136 (18% dari keseluruhan pinjaman)


contoh 4 : kadar faedah harian ( daily basis ).Kadar faedah dikira berdasarkan baki keseluruhan secara harian.Kadar ini adalah yang paling menguntungkan peminjam.Biasa digunakan bagi kemudahan Over Draf.

Bagi kadar faedah bulanan (mothly basis ) , pembahagi yang digunakan adalah 12 ,manakala kadar faedah harian pula adalah 365.

RM50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 (monthly basis )

RM50,000 x 5% x 30/365 = RM205.48 (daily basis )


Kenali sifat-sifatnya dapat mengelakkan kita dari membayar lebih .Jangan menyokong Sistem kapitalis riba walau dalam apa bentuk sekalipun.







No comments:

rujukan