.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, May 5, 2009

Anuiti KWSP


Skim pencen mungkin diwujudkan bagi pekerja sektor swasta kerana kajian mendapati mereka menghadapi kesulitan kewangan selepas bersara sebab jumlah caruman terhad dan pada masa sama, jangka hayat menjangkau sehingga 20 tahun selepas bersara. 

"Kita melihat satu keadaan yang tidak menjamin pendapatan pekerja. Mereka memerlukan perlindungan untuk 15 hingga 20 tahun lagi selepas bersara kerana jangka hayat rakyat Malaysia kini antara 73 hingga 76 tahun. Kita kena mencari jalan bagaimana pembayaran boleh dilakukan berdasarkan anuiti atau bulanan. Dengan ini kita dapat menjamin perlindungan kepada pekerja. Sekarang kita sedang rundingkan (penambahbaikan)," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pada sidang Dewan Rakyat, Mac lalu, berkata kajian mengenai cadangan penubuhan Skim Pencen Kebangsaan kepada pekerja swasta melalui KWSP akan siap dalam empat bulan.


Sebahagian petikan berita bertajuk Pencen Swasta Dikaji, Berita Harian Online 4 Mei 2009.



Keprihatinan kerajaan terhadap nasib pekerja-pekerja di sektor swasta selepas bersara atau selepas berumur 55 tahun amat di alu-alukan.Purata caruman KWSP pencarum adalah sekitar RM114,000.

Jika kita mengambil purata jangka hayat warga Malaysia wanita 76 tahun dan lelaki 72 tahun , ini bermakna pesara perlu mempunyai wang untuk menyara kehidupannya 17 hingga 21 tahun lagi.Dengan jumlah Rm114,000 wang KWSP ,saraan bulanan adalah RM452 - RM559.Persoalannya sekarang , adakah jumlah saraan bulanan ini mencukupi?

Walaupun bentuk "Skim Pencen Kebangsaan kepada pekerja swasta melalui KWSP" masih belum diumumkan oleh  pihak kerajaan diharapkan ia bukanlah jumlah terkumpul caruman KWSP yang diberi secara bulanan , tetapi skim pencen yang akan diperkenalkan ini adalah satu dana baru ataupun tambahan kepada skim KWSP sendiri.

Mungkin skim anuiti KWSP yang ditamatkan pada tahun 2001 wajar dihidupkan semula dengan sedikit perubahan berbanding dahulu.

Skim Anuiti adalah pelanggan membeli sejumlah unit anuiti dengan harapan syarikat anuiti akan membayar kita pulangan secara berperingkat-peringkat selepas kita bersara.

Biar apa pun bentuk skim yang bakal diperkenalkan , namun sekiranya anda adalah pekerja biasa-biasa , yang bergaji biasa-biasa , beringatlah :

1.Sediakan tabungan persaraan sekarang juga dan jangan hanya bergantung 100% kepada simpanan KWSP sebagai tabung persaraan anda.

2.Bayaran pinjaman perumahan seharusnya diselesaikan sendiri , gunakan wang KWSP hanya jika dividen dari simpanan KWSP lebih rendah dari kadar faedah pinjaman perumahan anda.




1 comment:

Pyanhabib said...

selamat tengah hari! :)
(macam biasa, gua tak reti kira-kira. blog kepala azhar ini penuh bisnis!

rujukan