.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, December 5, 2008

Al-Bai Bithaman ajil dan Musyarakah Mutanaqisah


Pembiayaan perumahan secara Islamik di malaysia menggunakan kaedah Al bai bithaman ajil(BBA).Kontrovesi mengenai konsep pinjaman ini sudah lama diperkatakan sehingga ke mahkamah.Mari kita cuba memahami apa sebenarnya BBA dan apakah alternatif lain bagi menggantikan konsep BBA ini.Untuk memperkatakan tentang BBA ni , kurang arif la sikit aku ni.Jadi aku pun google lah BBA . Posting terbaru nie adalah kombinasi 8 artikel yang aku ambil kat cyberspace.

Pembiayaan Al bai bithaman ajil adalah konsep pembiayaan perumahan atau jualan dengan bayaran tertunda.BBA ini popular dan digunakan oleh bank-bank Islam di negara-negara di nusantara.

Kaedah pembiayaan ini dikatakan kombinasi 2 konsep bai al-inah (jual-beli semula) dan bai muajjal(jualan dengan bayaran tertangguh dan bayaran ansuran).

Bagaimana yang disebut bai-alinah. Penjual menjual barang jualannya kepada pembeli dengan harga yang sudah diketahui , bayaran secara ansuran sehingga tempoh tertentu.Kemudian si penjual membeli semula barangan tersebut dari pembeli tadi dengan harga yang lebih murah.

Perbahasan agama mengenai bai al-inah boleh dibaca disini.

Bai muajjal salah satu dari kaedah pembayaran dalam ghairu naqdan.Barangan diserah secara berperingkat sama ada barangan diperolehi setelah wang dibayar ataupun bayaran secara ansuran sehingga cukup jumlah kemudian baru barangan diserahkan.

Namun begitu konsep BBA ini  Ditolak oleh Pakar Syariah dari timur tengah atas alasan manipulasi riba.Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan Musyarakah mutanaqisah (MM).

Apa yang menjadi masalah dalam amalan BBA adalah pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dan membayar 10% wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan bank.

Kemudian bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh termasuk kadar keuntungan.

Persoalannya, jika rumah itu masih dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh bank dan apa dijualnya kembali kepada pelanggan?

Dalam Islam, sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual ketika akad dilakukan. 

Jika barang yang diakad tidak wujud ketika akad, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan mengenai kemampuan penjual menyerahkan aset itu kepada pembeli. 

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat. 

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan. 

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musyarakah Mutanaqisah pula terdapat 2 bahagian ,pertama bank dan pembeli akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki bank, manakala pelanggan menjadi pemilik minoriti.

Contohnya, bank 90%  manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki bank ke atas rumah tersebut melalui bayaran ansuran bulanan untuk memiliki saham bank dan pada akhir tempoh kontrak, rumah itu akan menjadi milik penuh pelanggan.

Disamping itu pada bahagian ke dua ,bank melalui konsep ijarah(pajakan),memajak saham pemilikan rumahnya berasaskan nisbah pemilikan saham.Dibawah konsep pajakan ini,pelanggan akan membayar sewa kepada bank bersama-sama bayaran ansuran pemilikan saham rumah tadi.Bayaran sewa semakin berkurang kerana nisbah saham pemilikan bank dibeli oleh pelanggan.

Jadi,ini ajelah posting terbaru aku mengenai al-bai bithaman ajil & musyarakah mutanqisah.Sokonglahlah produk kewangan Islam yang bebas riba'.Pasal BBA tu ,kita tunggu keputusan mahkamahlah,sah ke tak sah,islamik ke tidak.Apakah bank-bank Islam serta perundangan di Malaysia ini bersedia menggantikan BBA dengan MM..??Kita tunggu dan lihat. 
 
    
(dikemaskini 2 April 2009) Bai'Bithaman Ajil Sah



10 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya haji

azhar said...

berkorban apa saja

Zamz said...

kalau tak silap rhb islamic dah start tukar kan

azhar said...

yang dah start tukar alhamdulillah...yang belum dan masih promosi BBA pun ada lagi..

Unknown said...

ade tak fatwa yang menyokong musyarakah kt malay????

azhar said...

tidak pasti..

Anonymous said...

http://mukhlisahfillah.blogspot.com/2010/12/konsep-musyarakah-perkongsian.html
tak pasti sama ada betul or tidak.sekadar berkongsi pengetahuan. =)

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.. macamane kalau pelaburan bba yg dibuat wujud brangnya? kira valid la ye konsep bba?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

majoriti ulama' kata harus, dan Cara ni lebih Baik drpd BBA, bebas drpd helah riba.. lebih selamat berbanding bba.. jadi, gunalah MM Sebagai Alternatif bba..

rujukan