.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, December 25, 2008

Syarat Jualan Singkat mungkin dilonggarkan tahun 2009



BURSA Malaysia dijangka melonggar kegiatan jualan singkat dalam tempoh separuh pertama 2009 untuk menjadikan pasaran saham tempatan lebih menarik. 

Sebelum ini, Bursa Malaysia hanya membenarkan jualan singkat terkawal ke atas bursa saham tempatan bermula 3 Januari 2007 ,tertakluk kepada syarat serta kawalan seperti sekuriti yang dipinjam perlu menerima kelulusan Bursa Malaysia dan juga mempunyai modal pasaran harian yang berjumlah RM500 juta.

Sekuriti-sekuriti yang memenuhi syarat ini tertakluk juga kepada rangka kerja pengawalseliaan bagi aktiviti jualan singkat terkawal iaitu pengenalan "uptick rule" (peraturan jualan tinggi) di mana jualan singkat terkawal hanya boleh dilakukan pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran terkini dan aktiviti jualan singkat terkawal adalah dihadkan kepada 10 peratus modal berbayar.

Langkah lain yang diperkenalkan ialah had harian jualan singkat terkawal ditetapkan pada 3% modal berbayar dengan had keseluruhan jualan singkat terkawal ditetapkan pada 10 % modal berbayar.

Apa itu jualan singkat?? Ia melibatkan pinjaman sesuatu saham dan kemudian menjualnya dengan andaian saham itu boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya bagi mendapat keuntungan hasil perbezaan harga tadi.


Pelabur akan meminjam sejumlah saham melalui agensi pinjaman pusat yang dilantik SC dan menjualnya di pasaran. Agensi ini akan memberi tempoh had masa kepada pelabur untuk membeli dan memulangkan semula saham itu kepadanya.

Pelabur akan memperoleh keuntungan apabila harga saham itu jatuh.


Contohnya:

Pelabur menjual saham itu pada harga RM 3.00 kemudian apabila harganya turun , katakanlah RM 2.00,pelabur bertindak membelinya semula. Ini bermakna pelabur memperoleh keuntungan sebanyak RM 1.00. 





Saturday, December 20, 2008

Skim Ponzi dan Skim Piramid


Bekas Pengerusi NASDAQ , Bernard L Madoff ditangkap di rumahnya  pada 11 Disember lepas, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin USD$10 juta dan dikenakan tahanan rumah, kerana mengendalikan Skim piramid yang dipanggil Skim Ponzi .Skim Ponzi Madoff berjaya memperdaya bank-bank eropah, antaranya :

1. Bank Satender (Sepanyol)  - USD$3 billion . 
2.BNP Paribas (Perancis )  -USD$470 juta .
3.HSBC -USD$1.5 billion.
4.MAN Group-USD$360 juta.
5.BBVA(Sepanyol) - USD$404 juta.
6.ASCOT PARTNERS-USD$1.8 billion
7.ACCESS INTERNATIONAL ADVISORS-USD$1.4 billion
8.AXA SA - USD$200 juta.
9.UNION BANCAIRE PRIVEE(Switzerland)-YSD$850 juta
10.BARCLAYS(Britain)-Tidak diketahui
11.ROYAL BANK OF SCOTLAND GROUP-USD60 juta.
12.NATIXIS-USD$602 juta.
13.REICHMUTH & CO(switzerland)-USD$325 juta
14.NOMURA HOLDINGS - USD$303 juta.
15.UNICREDIT SpA-USD$101 juta.
16.SOCIETE GENERALE
17.MAXAM CAPITAL MANAGEMENT-USD$280 juta
18.EIM GROUP-USD$230 juta.
19.FAIRFIELD SENTRY LTD-USD$7.3 Billion
20.KINGATE GLOBAL FUND-USD$2.8 billion
21.BENEDICT HENTSCH(Switzerland)-USD$47 juta.

Madoff merupakan pengasas firma pelaburan Bernard L.Madoff Investment Securities LLC di mana dia menguruskan berbilion-bilion dolar dalam satu dana.Firma pelaburan madoff adalah antara firma pelaburan paling berjaya di Wall Street.Akhirnya tembelangnya pecah akibat tidak lagi mampu membayar keuntungan kepada pelabur lama,yang mana keuntungannya datang dari pelabur baru berpunca dari krisis kewangan global yang melanda Amerika sekarang ini.

Sementara itu pada 19 Disember lalu , Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertindak terhadap 3 koperasi yang dipercayai menjalankan perniagaan bercirikan skim piramid atau skim cepat kaya dengan berselindung di sebalik pengiktirafan kerajaan, mereka bertindak mengabui mata masyarakat dengan mengumpul dana termasuk melalui skim pinjaman bercorak Islam, Al-Mudharabah.

Koperasi berkenaan dalam promosinya menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 12 % atau dividen setiap bulan.Lebih 5,000 pelanggan menjadi mangsa dengan kerugian pelaburan berjumlah RM80 juta.

Klik di bawah untuk mengetahui perbezaan mengenai kedua-dua skim ini :

1.Skim Piramid

2.Skim Ponzi



Tuesday, December 9, 2008

Caruman KWSP 11% atau 8% ?


Mungkin ada yang masih dalam dilema . Mungkin ada yang telah buat keputusan tapi tidak tahu apa kesannya.

Kerajaan membuat keputusan potongan wajib caruman KWSP 8% adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat.Dengan mengandaikan kesemua pencarum aktif yang berjumlah kira-kira 5 juta orang mencarum wajib 8%,KWSP kehilangan caruman kira-kira RM4.8 billion.Jumlah sebesar ini dikembalikan kepada pencarum dengan harapan dibelanjakan bagi menggalakkan permintaan domestik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah krisis kewangan global sekarang ini.

Jika anda ingin membantu negara ,mencarumlah 8% , wang 3% dari pendapatan anda itu berbelanjalah secara berhemah.

Sebagai pekerja pula , pendapatan kita adalah tertakluk kepada Akta Percukaian 1967 , secara mudahnya wajib mencarum di KWSP . Pekerja juga tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 , wajib mencarum kepada PERKESO.

Jumlah caruman kedua-dua ini serta jadual potongannya boleh didapati dibawah ini :



Berdasarkan kedua-dua jadual di atas sedikit pengiraan telah dibuat untuk perbandingan bagi kiraan pendapatan berasaskan caruman 11% dan 8 %

1.Kategori Bujang,pendapatan tidak kena cukai adalah sehingga RM2550 sebulan bersih.

RM2550 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM280.50 - RM12.75  = RM2256.75

RM2550 - (potongan 8% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM204 - RM12.75 = RM2333.25

Pendapatan meningkat RM76.50(3.4%) jika memilih caruman KWSP 8%

2.Kategori bujang, gaji pokok pada RM2800 sebulan 

RM2800 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2800- RM308 - RM13.75 = RM2478.25(tiada potongan cukai) 

RM2800 - (potongan 8 % KWSP) - (PERKESO) 
RM2800 - RM224 - RM13.75 = RM2562.25-(PCB RM21)
= RM2541.25

Pendapatan meningkat RM63(2.5%) dan pendapatan LHDN juga bertambah RM21


2 pengiraan diatas menunjukkan bahawa mereka yang bujang dan bergaji pokok sehingga RM2799 boleh lah membuat pilihan untuk caruman samaada 11% atau 8%.Tepuk dada tanya selera .Jika membuat caruman 8% pendapatan anda bertambah 3.4% tetapi bagi mereka yang bujang memiliki gaji pokok RM2800 membuat pula caruman KWSP 8% pendapatan mereka hanya meningkat 2.5% dan terpaksa lagi membayar PCB sebanyak RM21.

Contoh pengiraan di atas jika buat kepada mereka yang sudah berkahwin , juga memberi kesan yang sama walaupun jumlah dan peratusannya berbeza.

Secara matematiknya , mereka yang bergaji besar jika membuat caruman 8% kepada KWSP meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan peratusan pendapatan boleh guna agak kurang biar pun jumlahnya agak lumayan.

Jadi , keputusan di tangan anda






China dijangka tambah peruntukan perbelanjaan kerajaan 2009




Menteri Kewangan China,Xie Xuren mencadangkan untuk menaikkan perbelanjaan kerajaan kepada 280 bilion Yuan (AS$40.7 bilion) tahun 2009 berbanding 180 bilion Yuan(AS$26.2 billion) sepanjang 2008.China bulan lalu mengumumkan pakej rangsangan bernilai 4 trilion Yuan bagi menggalakkankan perbelanjaan domestik akibat kejatuhan nilai eksport  di tengah-tengah krisis ekonomi global.

Pemimpin tertinggi China kini sedang membincangkan cadangan meningkatkan perbelanjaan pada persidangan ekonomi tahunan yang bermula Isnin dan dijangka berakhir Rabu ini. 

Pertumbuhan ekonomi China dijangka akan terus jatuh kepada paras terendahnya dalam tempoh 19 tahun pada 7.5% tahun 2009 daripada 11.9% tahun 2007.

  

Friday, December 5, 2008

Al-Bai Bithaman ajil dan Musyarakah Mutanaqisah


Pembiayaan perumahan secara Islamik di malaysia menggunakan kaedah Al bai bithaman ajil(BBA).Kontrovesi mengenai konsep pinjaman ini sudah lama diperkatakan sehingga ke mahkamah.Mari kita cuba memahami apa sebenarnya BBA dan apakah alternatif lain bagi menggantikan konsep BBA ini.Untuk memperkatakan tentang BBA ni , kurang arif la sikit aku ni.Jadi aku pun google lah BBA . Posting terbaru nie adalah kombinasi 8 artikel yang aku ambil kat cyberspace.

Pembiayaan Al bai bithaman ajil adalah konsep pembiayaan perumahan atau jualan dengan bayaran tertunda.BBA ini popular dan digunakan oleh bank-bank Islam di negara-negara di nusantara.

Kaedah pembiayaan ini dikatakan kombinasi 2 konsep bai al-inah (jual-beli semula) dan bai muajjal(jualan dengan bayaran tertangguh dan bayaran ansuran).

Bagaimana yang disebut bai-alinah. Penjual menjual barang jualannya kepada pembeli dengan harga yang sudah diketahui , bayaran secara ansuran sehingga tempoh tertentu.Kemudian si penjual membeli semula barangan tersebut dari pembeli tadi dengan harga yang lebih murah.

Perbahasan agama mengenai bai al-inah boleh dibaca disini.

Bai muajjal salah satu dari kaedah pembayaran dalam ghairu naqdan.Barangan diserah secara berperingkat sama ada barangan diperolehi setelah wang dibayar ataupun bayaran secara ansuran sehingga cukup jumlah kemudian baru barangan diserahkan.

Namun begitu konsep BBA ini  Ditolak oleh Pakar Syariah dari timur tengah atas alasan manipulasi riba.Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan Musyarakah mutanaqisah (MM).

Apa yang menjadi masalah dalam amalan BBA adalah pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dan membayar 10% wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan bank.

Kemudian bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh termasuk kadar keuntungan.

Persoalannya, jika rumah itu masih dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh bank dan apa dijualnya kembali kepada pelanggan?

Dalam Islam, sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual ketika akad dilakukan. 

Jika barang yang diakad tidak wujud ketika akad, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan mengenai kemampuan penjual menyerahkan aset itu kepada pembeli. 

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat. 

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan. 

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musyarakah Mutanaqisah pula terdapat 2 bahagian ,pertama bank dan pembeli akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki bank, manakala pelanggan menjadi pemilik minoriti.

Contohnya, bank 90%  manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki bank ke atas rumah tersebut melalui bayaran ansuran bulanan untuk memiliki saham bank dan pada akhir tempoh kontrak, rumah itu akan menjadi milik penuh pelanggan.

Disamping itu pada bahagian ke dua ,bank melalui konsep ijarah(pajakan),memajak saham pemilikan rumahnya berasaskan nisbah pemilikan saham.Dibawah konsep pajakan ini,pelanggan akan membayar sewa kepada bank bersama-sama bayaran ansuran pemilikan saham rumah tadi.Bayaran sewa semakin berkurang kerana nisbah saham pemilikan bank dibeli oleh pelanggan.

Jadi,ini ajelah posting terbaru aku mengenai al-bai bithaman ajil & musyarakah mutanqisah.Sokonglahlah produk kewangan Islam yang bebas riba'.Pasal BBA tu ,kita tunggu keputusan mahkamahlah,sah ke tak sah,islamik ke tidak.Apakah bank-bank Islam serta perundangan di Malaysia ini bersedia menggantikan BBA dengan MM..??Kita tunggu dan lihat. 
 
    
(dikemaskini 2 April 2009) Bai'Bithaman Ajil Sah



Tuesday, November 25, 2008

OPR & SRR dikurangkan

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus buat pertama kali sejak April 2006 daripada paras 3.50 peratus sebelumnya.

OPR adalah penanda aras yang digunakan bank di negara ini untuk menetapkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing dan penurunan itu bakal mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar peminjam.

BNM berkata: ''Penurunan ini turut dibuat selepas mengambil kira risiko pertumbuhan yang lebih rendah semakin nyata dan tekanan inflasi yang semakin berkurangan.''

Sambil menyatakan inflasi global telah mula menurun dan aliran itu akan berterusan, Bank Pusat berkata, perkembangan ini mendorong pihak berkuasa menyediakan sokongan kecairan secara besar-besaran kepada pasaran kewangan dan mengambil langkah penyelesaian sektor kewangan, rangsangan fiskal dan kelonggaran dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Katanya, meskipun permintaan dalam negara kekal mapan, terdapat tanda-tanda aktiviti sektor swasta akan menjadi lebih rendah dalam keadaan pasaran pekerja yang tidak menggalakkan dan suasana perniagaan semakin mencabar.

Jawatankuasa Dasar Monetori Bank Negara juga mengurangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) bank daripada empat peratus kepada 3.5 peratus berkuat kuasa 1 Disember ini. 

Langkah itu akan meningkatkan lagi kemampuan bank tempatan menyalurkan pinjaman kerana ia bakal mengurangkan jumlah dana (daripada peratusan jumlah depositnya) yang perlu disimpan oleh bank di negara ini di Bank Negara.





Sunday, November 23, 2008

Arkitektur Bank Dunia & IMF perlu berubah


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”

Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”

Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.

Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.


“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.

“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.

“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.


“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.


Beliau berkata, sewajarnya institusi dalam Bretton Woods seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia memainkan peranan menyediakan kecairan menerusi modal jangka pendek kepada negara tertentu yang berdepan masalah imbangan pembayaran. 

Oleh itu, agensi sedemikian perlu menetapkan jumlah suntikan yang diperlukan untuk merangsang aktiviti ekonomi di negara yang berdepan kemelesetan.


sumber: utusan & berita harian

Saturday, November 22, 2008

Bretton woods baru?

Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

"Sudah tentu Bretton Woods II harus digubal oleh masyarakat antarabangsa,"  Najib dipetik berkata semasa di Lima,Peru,semasa menghadiri Sidang Kemuncak ke-16 APEC.

Beliau menambah: "Sistem kewangan global yang baru harus dan perlu digubal secepat mungkin kerana banyak produk kewangan hari ini melibatkan urusan yang begitu besar jumlah dan nilainya serta tidak ada pengawasan dan peraturan (yang mencukupi)."

Sistem Bretton Woods yang menyusun, menyelia dan menetapkan kadar tukaran mata wang dan hubungan kewangan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua diperkenalkan hasil pertemuan bersejarah ahli-ahli ekonomi dan kewangan di Bretton Woods, New Hampshire, AS pada 1945.

Banyak pihak menganggap krisis kewangan global sekarang yang berlaku selepas skandal kredit di AS menjadi bukti kegagalan institusi-institusi Bretton Woods yang selama ini banyak dikawal oleh kepentingan AS dan negara-negara kaya.


Selepas Perang Dunia ke-2 ,iaitu pada tahun 1945 ,deligasi seramai 730 orang mewakili 44 buah negara bertemu di Bretton woods,New Hampshire,Amerika Syarikat dan telah menandatangani Perjanjian Bretton woods.


Melalui perjanjian ini,kesepakatan telah dicapai iaitu mengiktiraf Dollar Amerika sebagai matawang rizab dunia.Untuk itu,Kerajaan Amerika telah memberi jaminan bahawa matawang Dollar Amerika sememangnya telah disandarkan nilainya kepada emas.Nilainya pada masa itu adalah USD35 = 1 auns emas.Secara tidak langsung mana-mana negara yang memiliki ataupun menyimpan Dollar Amerika adalah sama seperti menyimpan emas.Memadai bagi bank pusat di semua negara dalam dunia untuk menjadikan Dollar Amerika sebagai sandaran bagi mencetak matawang negara masing-masing.IMF(International Monetary Fund) ditubuhkan dan diiktiraf bagi memantau sistem ini.Keanggotaan IMF adalah sama dengan keanggotaan Perjanjian Bretton woods.


Di dalam satu perenggan keanggotaan IMF,emas tidak lagi dibolehkan menjadi penyelesai bayaran antara anggota IMF.


Kerajaan Amerika juga menjamin penukaran Dollar dengan emas,iaitu jika bank pusat negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods tidak mahu menyimpan Dollar.


Namun janji hanya tinggal janji,Pada awal tahun 1960-an,Kerajaan Amerika mula mencetak matawang Dollar secara berlebihan bagi menampung perbelanjaan perangnya di Vietnam.Dollar tidak lagi seimbang dengan simpanan emas.


Perancis dan England mula menukar Dollar dengan emas,menyaksikan Amerika Syarikat menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion.Bermula pada tahun 1971,Presiden Amerika Syarikat pada masa itu , Richard Nixon,mengumumkan bahawa Dollar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada rizab emas.


Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods juga tidak perlu lagi menyandarkan matawang mereka dengan Dollar Amerika.


Malaysia menandatangani Perjanjian Bretton woods pada tahun 1948 .Jadi Malaysia tertakluk pada perjanjian tersebut dan pastinya Ringgit dicetak tanpa bersandarkan rizab emas.Bukan Ringgit sahaja,malah hampir semua matawang di dunia adalah kertas kosong yang tidak mempunyai nilai sebenar tetapi hanyalah nilai yang dicetak."wang ini sah diperlakukan dengan nilai".

Jadi bagaimanakah bentuk sistem kewangan baru yang diperkatakan oleh Najib..??!!

Bolehkah direalisasikan..??!!Bila..??!! 



Friday, November 14, 2008

Lembu , beruang ,babi


 
Di dalam pasaran saham ada 3 ekor binatang yang selalu disebut-sebut . Nama 3 ekor binatang ini adalah istilah biasa bagi pemain pasaran , Bull(lembu jantan) , Bear(beruang) dan Pig(babi).

Sifat binatang-binatang ini selalu diterjemahkan dengan keadaan pasaran .

Bull sangat optimis.Yakin pasaran saham sentiasa menaik.Bear pula adalah berlawanan dengan Bull , pesimis , berkeyakinan bahawa pasaran sentiasa menurun.Pig pula sangat gelojoh dan tamak.

Jika anda seorang pemain pasaran,mana satukah anda.?Yang pasti tabiat 3 ekor binatang ini tidak sesuai dijadikan ikutan.

Keputusan seharusnya dibuat secara rasional.Keadaan naik turun pasaran bukanlah faktor terpenting memasuki pasaran.

Sebagai seorang pelabur anda seharusnya :

1.Mempelbagaikan pelaburan
Kepelbagaian pelaburan juga penting.Harus diingat, pasaran tidak selama-lamanya bersifat bullish.Pelaburan dalam sektor-sektor lain juga perlu umpamanya hartanah,saham amanah dan pelaburan emas.
Selain itu bagi mengurangkan risiko kerugian,sebaik-baiknya melaburlah di dalam banyak kaunter dalam pelbagai sektor pasaran dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu kaunter atau satu-satu sektor sahaja.

2.Membeli saham pada harga murah atau fair price.
Saham-saham murah akan mudah diperolehi semasa pasaran tidak aktif dan semasa pasaran bersifat bullish.

3.Tetapkan matlamat.
Sikap tamak sukar dibendung apabila seseorang pelabur sedang memegang lot-lot saham yang tren harganya sedang menaik.Pelabur ini akan memegang terus sahamnya dengan harapan saham itu akan terus naik lebih tinggi.Begitu juga sebaliknya pada saham-saham yang harganya dalam tren menurun.Pelabur akan terus memegang sahamnya dengan harapan satu hari nanti harganya akan naik.
Cara yang lebih baik adalah menetapkan matlamat harga untuk menjual saham tersebut.Umpamanya menjual saham tersebut pada fair price apabila harganya sedang menaik dan juga tetapkan risiko kerugian umpamanya 10%  , menjualnya jika harga saham tersebut jatuh pada kadar 10% atau lebih.

4.Jauhi saham popular (fad stock)
Apabila ramai pelabur mula memberi perhatian kepada satu-satu kaunter ia akan menyebabkan kaunter itu enjadi sangat popular.Jika ingin mengurangkan risiko kerugian jauhi kaunter-kaunter popular , kerana kenaikan harganya sama dengan kejatuhan harganya .Dalam bahasa mudahnya,cepat naik,cepat turun.

5.Jangan gunakan Tip 'panas'(hot tips)
Mengapa perlu rahsia ini dibocorkan untuk pelabur lain mengetahuinya?Elakkan membeli berasaskan hot tips.

6.Memahami Break even psychology(Psikologi pulangan modal)
Pelabur ini menunggu terlalu lama untuk saham yang dipegangnya kembali meningkat harganya.Kerana telah terlepas peluang mengaut keuntungan , kini modal pun tak dapat , sepatutnya pelabur telah lama menjual saham ini dan membeli saham lain.

7.Jangan menggunakan analisis jangka panjang untuk membuat spekulasi jangka pendek.
Kadang-kadang pelbagai pihak mengeluarkan laporan sesuatu syarikat beserta sasaran harga saham syarikat tersebut.Disebabkan pasaran lambat bertindak balas terhadap laporan tersebut,ia tidak seperti dijangkakan.Banyak faktor lain perlu diambil kira , umpamanya keadaan ekonomi , kepercayaan pelabur dan lain-lain.

8.Bijak menggunakan kaedah Averaging down
Encik A membeli 1 lot saham X pada harga RM2.oo/unit , tetapi saham X terus jatuh kepada RM1.50/unit.Encik A membeli 1 lot lagi saham X , dengan harapan mendapat harga purata seunit rendah dan mengurangkan risiko kerugian yang besar.Berhati-hati , masalah akan menjelma apabila harga terus turun.

9.Berhati-hati menggunakan kaedah pyramiding
Teknik ini berlawanan kepada kaedah averaging down.Pyramiding digunakan dengan harapan pasaran akan bullish.Masalah jika pasaran bearish.


Thursday, November 6, 2008

RM7billion Pakej rangsangan ekonomi

4 November 2008 , Menteri Kewangan , Datuk Seri Najib Tun Razak ,mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion sebagai tambahan kepada bajet 2009.Dengan keadaan pertumbuhan ekonomi dunia semakin perlahan,Kerajaan melalui pakej ini masih menggunakan pendekatan yang sama seperti bajet 2009 iaitu terus menggalakkan perbelanjaan domestik dengan harapan ia akan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Projek-projek infrastruktur yang dekat dengan rakyat seperti pembinaan rumah kos rendah ,sekolah , jalan-jalan raya di beri tumpaan agar sektor pembinaan terus rancak dan rakyat mendapat manfaatnya.

Berikut adalah intipati pakej ransangan ini :

1.RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

2.RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.

3.RM600 juta diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

4.M500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

5.RM500 juta akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan  dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

6.RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah iaitu sekolah agama bantuan kerajaan,"mission school", SJK Cina dan SJK Tamil.

7.RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan.

8.RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

9.RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta.

10.RM400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

11.RM200 juta untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan.

12.RM100 juta untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru.

13. RM200 juta untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.

14.RM100 juta untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara.

15.RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

16.Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi eluaran besi keluli panjang akan dikecualikan.

17.Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih.

18.Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung epada pekerja tersebut. 

19.Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan “Graduate Employability Management Scheme” (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. 

20.Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam.

Tuesday, November 4, 2008

dilema sistem perbankan islam terutamanya di malaysia


Krisis kredit di Amerika mula menyedarkan ramai umat-manusia bahawa keruntuhan sistem ekonomi kapitalis saat ini wajar dijadikan pengajaran.Namun ramai juga mula memikirkan apakah sistem ekonomi ataupun sistem kewangan yang seharusnya diterapkan untuk digunapakai.Ramai mula mencari alternatif , antara yang dilihat sedang hangat di pasaran adalah sistem kewangan Islam.

Antara sebahagian ciri-ciri yang dilihat lebih adil dan saksama dalam kewangan Islam adalah :

1.Penglibatan secara pasaran nyata aset bukan secara pembiayaan hutang dan berriba'.
2.Perkongsian modal dan keuntungan bersama .
3.Tidak wujud total pasaran bebas tanpa sebarang kawalan .

Namun kini adakah Umat Islam itu sendiri bersedia untuk membangunkan sistem kewangan yang benar-benar berlandaskan syariah..??

Persoalan di atas masih ada optimis dan pesimisnya.

Salah satu contoh yang paling dekat dengan kita adalah keputusan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail pada 18 Julai 2008 yang lalu membuat penghakiman bahawa kontrak yang menggunakan kaedah pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil(BBA) yang digunakan dalam urusan pembelian rumah adalah terbatal kerana menyalahi dan bertentangan dengan Akta Perbankan Islam 1984.Namun begitu , Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia sedang menunggu keputusan rayuan berhubung perkara ini.

Hanya melihat dari segi sudut yang sempit pun sudah menampakkan senario sebenar.

Beberapa persolan mungkin bermain difikiran :

1.Adakah kini sistem kewangan dan sistem ekonomi berteraskan Islam benar-benar Islamik.?
2.Adakah sistem kewangan Islam yang ada sekarang dipantau oleh mereka yang benar-benar mahir selok-belok syariah.?
3.Tiadakah atau bolehkah sistem kewangan Islam dibangunkan sendiri tanpa perlu disesuaikan seakan-akan menyerupai sistem konvensional.?
4.Adakah ruang dan waraskah untuk bank-bank Islam itu sendiri menggunakan matawang syariah umpamanya Dinar Emas.? 


Wednesday, October 29, 2008

Asal usul perkataan Bursa(stock exchange)?


Secara amnya bursa adalah satu pasaran yang sentiasa berterusan di mana di situ bertemunya penjual yang ingin memasarkan barang dagangan dan pembeli yang ingin membeli. Di bursa adanya satu peraturan berasaskan permintaan yang menentukan harga barang dagangan.

Dari mana asalnya perkataan bursa?Ada 3 sumber yang boleh dipercayaai mengatakan :

1.Bursa(bahasa Latin ) manakala burse (bahasa Perancis) bermaksud beg berisi wang. Perkataan bursa digunakan dengan mengambil sejarah pedagang yang datang ke pasar dengan membawa beg-beg berisi wang.

2.Ada sebuah hotel di Burge , Belgium dimana dibahagian depan hotel tersebut  dipaparkan lambang matawang yang menggunakan 3 simbol beg-beg duit.Di hotel inilah berkumpulnya ejen-ejen bank dan para hartawan berurusniaga.

3.Di Burge , Belgium pada masa dahulu ada satu keluarga kaya yang terkenal iaitu Van Der Burse.


Friday, October 24, 2008

SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009


Bertemakan "Menangani kemelut ekonomi dan memulih keyakinan" beberapa cadangan dan penambahbaikan terhadap bajet Kerajaan Persekutuan 2009 yang telah dibentangkan 29 ogos lalu diutarakan oleh Pakatan Rakyat semalam.

Berikut adalah beberapa cadangan dan penambahbaikan :

1. Dengan menjangkakan pengurangan terhadap pendapatan kerajaan    akibat kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan ekonomi global,Perbelanjaan mengurus dikurangkan dari RM154 billion kepada RM129 billion .Ini selaras dengan dasar berjimat cermat.

2.Peruntukan terhadap Pendidikan berjumlah RM11.86 billion , RM2 billion lebih dari cadangan kerajaaan BN.

3.Guru-guru diberi kenaikan gaji purata 20% bg menarik lebih ramai yang terbaik menyertai profesyen perguruan.

4.Peruntukan RM10juta bagi menyelesaikan masalah 7.7% pelajar buta huruf di sekolah rendah.

5.Satu pelan dasar untuk "Lingkaran Lembah Kelang " untuk memperbaiki jaringan antara bandar kecil bagi mengurangkan kesesakan di bandarraya Kuala Lumpur.

6.RM1 billion sediaka untuk projek perumahan.2 kali ganda dari apa yang dicadangkan oeleh Kerajaan BN.

7.AP dilelong kepada mereka yang mahu mengimport kereta.Dijangka proses ini mampu memberi pendapatan sebanyak RM1.75billion kepada perbendaharaan.Ini adalah sumber pendapatan baru kepada kerajaan.

8.Cukai carbon RM25 bagi setiap tan CO2 diperkenalkan menjelang 2010.Cukai 5% untuk penggali mineral & keluaran hasil hutan sebagai dasar mesra alam.

9.Rundingan semula kontrak monopoli seperti tol & IPP , sebagai salah satu proses penjimatan kepada kerajaan.

10.Kerajaan menjamin pendeposit di bank-bank.

11. Membentuk koordinasi negara ASEAN memantau keadaan pasaran keluar modal.Meneliti krisis subprima.

12.Pemotongan KWSP dari 11% dikurangkan kepada 9% .Proses ini dijangka dapat menyuntik RM2 billion dalam pasaran.

13.Pemotongan atau penghapusan caj perkhidmatan dalam pendidikan dan kesihatan.

14.Pemotongan atau Penghapuasan bayaran lesen pasar dan pasar malam. 

15. Mengurangkan cukai dan duti import bagi input bagi barangan makanan , barangan akhir dan pertanian.

16.Penurunan segera harga petrol.

17.Menyemak mekanisme kawalan harga.

18."Dasar Persaingan Kebangsaan " diwujudkan bagi menghapuskan monopoli.

19.Kadar cukai IKS diturunkan dari 20% kepada 18%.

20.Semua projek mega RM1billion dan keatas dinilai semula.

21.Semua projek kerajaan ditender secara terbuka.


Laporan penuh boleh diperolehi di sini. 

Thursday, October 23, 2008

Datuk Shah Rukh Khan-Pelaburan baru Kerajaan Negeri Melaka



Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata,sebagai sebuah negeri yang bergantung pada pelancongan, Melaka berharap dengan penganugerahan itu lebih ramai pelancong dari India datang ke negeri itu.

Ujar beliau lagi ,''Kita beri anugerah kerana menghargai sumbangan Shah Rukh Khan dan ia juga satu pelaburan kita dalam menarik pelancong dari India." Beliau berharap pelaburan itu bukan sahaja akan mempopularkan Melaka dan mampu memperkenalkannya sebagai lokasi penggambaran filem tetapi juga bakal menjadi perkampungan filem satu hari nanti.


3 langkah merangsang ekonomi negara

3 langkah baru merangsang ekonomi diumumkan semalam oleh Menteri Kewangan , Datuk Seri Najib Tun Razak :

1. Kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn. Bhd.Dana tambahan ini adalah bagi membeli saham-saham berpotensi yang berada di bawah nilai sebenar.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn Bhd.

2.Perbelanjaan projek-projek kerajaan pada tahun depan tidak akan dipotong walaupun sesetengah projek utama akan disemak semula.

3.Menilai kembali anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini yang sebelum ini dianggarkan sebanyak 5.4 peratus. Perincian kadar baru KDNK akan diumumkan dalam penggulungan Bajet 2009 pada 4 November ini.


Tuesday, October 21, 2008

Mungkinkah Harga minyak mentah cecah AS$50..??!!



Harga minyak mentah dunia mungkin akan terus jatuh sekiranya krisis kredit  berlarutan tetapi harganya tidak akan kekal lama berada di bawah paras purata kos operasi industri minyak iaitu sebanyak AS$50 setong, para penganalisis berpendapat.Harga itu adalah harga anggaran kos operasi atau kos tunai, bagi syarikat utama minyak dunia.

 Ahli-ahli OPEC seperti Vanezuela dan Iran sedang memaksa pertubuhan itu melakukan langkah agresif. Vanezuela memerlukan harga minyak berada pada paras AS$95  setong untuk mengimbangi akaun semasanya manakala Arab Saudi, pengeluar utama, mahukannya berada pada paras AS$55 setong.

Bagi tujuan ini OPEC dijangka akan mengumumkan pengurangan pengeluaran minyaknya Jumaat ini bagi membantu melonjakkan semula harga komoditi itu yang menjunam 55 % berbanding paras harga tertinggi Julai lalu.

Ramai penganalisis menjangka Opec akan mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya satu juta tong sehari ataupun  pengurangan mungkin dihadkan 500,000 tong sehari.

sumber : internet 

Shamsiah Fakeh meninggal dunia


Shamsiah Fakeh ,84 menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya
akibat sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.

Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang juga ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah British. 

Selepas AWAS diharamkan penjajah British pada tahun 1948 ,Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya(PKM). 

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang pada waktu itu masih di bawah penjajahan. 

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. 

Beliau kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989. 


sumber : malaysiakini , wikipedia ,10tahun .




rujukan