.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, January 31, 2009

VSS dan Penstrukturan Semula Organisasi


Krisis kelembapan ekonomi yang melanda dunia menyaksikan permintaan yang perlahan terhadap barangan dan perkhidmatan dalam semua sektor industri .Ini menyebabkan banyak majikan mula memikirkan langkah-langkah bagi mengurangkan kos operasi di tengah-tengah pendapatan hasil perniagaan yang berkurangan.

Antara langkah yang diambil adalah mengurangkan waktu kerja, memendekkan minggu bekerja, memanjangkan cuti umum sempena perayaan, mengurangkan kerja lebih masa dan giliran kerja, membekukan pengambilan pekerja baru, mengurangkan pekerja kontrak,mengurangkan elaun dan langkah terakhir dan dilihat agak kompleks adalah menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela atau pun voluntary separation scheme (VSS).

Kepada majikan dan pekerja yang terlibat dengan VSS Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menyediakan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan :


Semua langkah-langkah ini dilihat sebagai langkah sementara bagi membolehkan syarikat terus bernyawa .Namun disebalik segala apa yang berlaku,Syarikat yang berdaya maju seharusnya mengambil peluang ini untuk pengstrukturan semula organisasi syarikat.Pengstrukturan semula organisasi perlu dibuat dari pekerja di peringkat bawahan sehinggalah pekerja di peringkat yang paling tinggi.Penggabungan bahagian-bahagian sokongan syarikat adalah perlu bagi mengoptimumkan tenaga kerja yang ada.

Konsep empowerment,seharusnya mula diperkenalkan.Melalui konsep ini , separation of power ataupun pemisahan kuasa seharusnya lebih jelas.Empowerment menuntut kesediaan pihak decision maker(pembuat dasar) dalam organisasi syarikat memberi kebenaran kepada pekerja di peringkat bawahan atau pelaksana(executor) berfikir , bertindak dan membuat keputusan secara bebas , di dalam lingkungan visi dan misi serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pembuat dasar(executor) ini tadi.Melalui konsep ini , pemimpin di peringkat atasan dilihat tidak terlalu mengongkong dan proses kerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan lancar.Langkah ini sesuai bagi bahagian pengeluaran(production) di mana pergantungan yang keterlaluan terhadap supervisor(penyelia) seharusnya dikurangkan ataupun ditiadakan.

Salah satu lagi aspek yang perlu juga dilihat adalah hierarki organisasi dan bagaimana setiap jawatan itu berperanan.Semakin banyak tingkat hierarki ataupun tingkat jawatan menjadikan sesuatu keputusan ataupun tindakan yang diambil kurang berkesan.Hierarki dari pekerja di peringkat bawahan sehingga ke peringkat paling tinggi seharusnya dipendekkan seoptimum mungkin.Hierarki yang lebih pendek menggalakkan kerja berpasukan dan integrasi yang lebih pantas.

Rancangan pewarisan(succession planning) seharusnya menjadi keutamaan mana-mana syarikat pada bila-bila masa sekali pun.Pekerja datang dan pergi.Pergantungan syarikat hanya kepada individu tertentu dalam membuat sesuatu pekerjaan adalah satu langkah kebelakang.Succession planning seharusnya pantas dan peluang untuk semua pekerja seharusnya sama rata dan sama taraf.Kelewatan atau pilih kasih dalam melaksanakan program ini akan menyebabkan ketidakupayaan atau pun kurangnya kakitangan berpengalaman mengendalikan sesuatu pekerjaan setelah pekerjaan asal ditinggalkan oleh penjawatnya.Harus diingat,tanpa plan yang baik,pengganti ekspres atau pun bidan terjun tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efisyen.

Kesemua langkah-langkah ini mungkin melibatkan penstrukturan semula organisasi.Yang nyata penstrukturan semula organisasi syarikat mungkin menyebabkan pemberhentian pekerja.Adakah ini yang diperlukan oleh organisasi syarikat anda?? 

  

1 comment:

mn said...

salam bro,

Alhamdulillah kerana sekurang2nya saya dah berpencen. Ada la sikit bekal untuk makan.

T.kasih kerana sudi menjengok blog saya.

Selamat Maju Jaya.

rujukan