.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, January 23, 2009

Singapura : Kemelesetan Ekonomi Terburuk


Kerajaan Singapura menurunkan lagi ramalan pertumbuhan ekonomi negara berkenaan kepada negatif 5% hingga  negatif 2% bagi tahun 2009.Atas sebab itu,Kerajaan singapura membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara tersebut bernilai  $20.5 bilion.

"Pakej Daya Tahan" menurut Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam adalah bagi menyelamatkan pekerjaan ke tahap maksimum dan membantu syarikat terus bertahan dan yang lebih penting lagi adalah bagi membantu Singapura menjadi lebih kukuh apabila persekitaran ekonomi dunia pulih.

Pertama kali dalam sejarah juga, Kerajaan Singapura akan menggunakan rizab negara sebanyak $4.9 bilion bagi membiayai 2 inisiatif 'luar biasa' yang terdapat di dalam Pakej Daya Tahan bernilai $20.5 bilion itu.

Pakej Daya Tahan ini akan menyebabkan Singapura menghadapi defisit belanjawan besar bagi tahun fiskal tahun 2008 dan 2009.

Belanjawan ini ,yang akan dilaksanakan pada Mac 2009 akan menyebabkan keseluruhan kedudukan belanjawan bagi tahun fiskal 2008 kini menunjukkan defisit sebanyak $2.2 bilion atau 0.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

Bagi tahun fiskal tahun 2009, defisit asas mencecah 6% daripada KDNK.

Secara keseluruhan, Singapura akan menghadapi defisit belanjawan sebanyak $8.7 bilion atau 3.5% daripada KDNK bagi tahun fiskal 2009.








No comments:

rujukan