.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, August 9, 2009

Amanah Saham 1Malaysia



Amanah Saham 1Malaysia ialah dana berharga tetap dengan saiz 10 bilion unit yang ditawarkan pada harga RM1 seunit.Daripada saiz 10 billion ini , 50% adalah untuk Bumiputera,30% Cina , 15% India dan 5% lagi untuk lain-lain .Sepanjang tempoh tawaran(5 Ogos sehingga 3 September 2009) had langganan sebanyak 50,000 unit untuk mereka yang berumur di bawah 55 tahun dan 100,000 unit untuk mereka yang berumur lebih 55 tahun.

Harga jual dan beli bagi Amanah Saham 1Malaysia adalah tetap pada harga RM1 seunit. Oleh itu, pelabur boleh membeli atau menjual semula unit berkenaan pada RM1 seunit pada setiap masa. Jualan balik bagaimanapun, hanya boleh dilakukan selepas tamat tempoh tawaran selama 30 hari.

Amanah Saham 1Malaysia tidak disebut sebagai 'dana modal terjamin' kerana berdasarkan kepada definisi Panduan Unit Amanah, 'dana modal terjamin' akan menjamin modal yang dilaburkan hanya apabila unit yang dibeli pelabur dipegang hingga tempoh matang. Dana harga tetap pula tidak mempunyai tempoh matang, dan berikutan itu, unitnya ditetapkan pada RM1 seunit pada setiap masa.

Amanah Saham 1Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bayaran jualan atau belian .Amanah Saham 1Malaysia menggunakan purata pulangan 5-tahun Sekuriti Kerajaan Malaysia sebagai penanda aras yang kini memberikan pulangan sekitar 3.72%.



7 comments:

Basuh Baju said...

banding dgn ASB mana lg bgs?

azhar said...

Bagus dari segi pulangan ke??

Amanah Saham 1Malaysia belum kita tahu..

tapi sisi lain ASB boleh rujuk kat sini..

http://azharsalleh.blogspot.com/2009/03/asb-ni-pelaburan-apa.html

Pyanhabib said...

selamat meraikan ramadan yang barakah.

Pyanhabib said...

selamat hari raya

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Saudara Azhar sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat apa jua keterlanjuran.
Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

Gedung Akal said...

persoalannya adakah AS1M ini dari segi syaraknya tiada syubahat

辣妹護理師俱樂部影片 said...

人妻成人視訊
av情色性愛視頻
情色成人視訊聊天室
av情色性愛視頻
應招女郎內射影片
成人情侶自拍的性愛影片
成人情侶自拍的性愛影片
免費直播視訊聊天
人妻自拍生活照

rujukan