.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, January 1, 2009

Cabaran ekonomi 2008-2009


Tahun 2008 sudah meninggalkan kita, menoleh sejenak sorotan suasana tahun 2008.Peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia sehingga menghampiri USD$150 adalah satu kejutan besar.Impak daripada itu , warga Malaysia menerima kenaikan harga petrol serta diesel tertinggi dalam sejarah.Kenaikan harga petrol dan diesel turut mendorong kenaikan harga barang makanan serta barangan pengguna yang lain.

Kadar inflasi dalam negara pada Ogos 2008 mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 27 tahun.Biar pun saat ini sudah menurun.

Namun September menyaksikan ledakan krisis kredit di Amerika Syarikat sampai ke kemuncaknya.Lehman Brothers ,Merrill Lynch , American International Group Inc dan Fannie Mae antara beberapa gergasi yang bergoyang serta ada antaranya tersungkur.

Berikutan daripada ini kita menyaksikan penurunan harga minyak mentah secara mendadak di pasaran dunia akibat kekangan kredit dan kini harga berlegar di bawah USD$40.Indeks pasaran saham dunia juga menyaksikan penurunan.

Untuk tahun 2009 ,Amerika menjangkakan pengucupan ekonominya pada kadar negatif 0.9%.Malah Eropah , Jepun ,China dan Singapura mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang rendah daripada tahun 2008.Kesemua negara-negara ini adalah antara negara utama yang mengimport produk dari Malaysia.Oleh itu,adalah munasabah untuk menjangkakan penurunan eksport tahun 2009 ini.Barangan elektrik dan elektronik,minyak sawit dan petroleum mentah antara produk utama yang dieksport.

Eksport yang rendah memperlahankan sedikit sebahagian aktiviti syarikat-syarikat di Malaysia.Mungkin ada syarikat-syarikat yang akan memberhentikan pekerjanya kerana keadaan ekonomi yang perlahan.MEF menganggarkan sekitar 200-400 ribu orang akan kehilangan pekerjaan.

Kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan fiskal awal RM7 billion bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik.

Malaysia menjangkakan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009 pada kadar 3.5%.

Bank Negara Malaysia November lalu sudah menurunkan kadar faedah dan meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan dengan menurunkan OPR serta SRR.Ini bagi meringankan beban pemiutang serta menggalakkan pinjaman baru serta sedikit sebanyak menyokong aktiviti ekonomi .

Pengurus-pengurus dana asing di Bursa Malaysia mungkin berkurangan.Namun sudah kedengaran ura-ura jualan singkat terkawal dilonggarkan syaratnya.Penglibatan Valuecap Sdn.Bhd dengan tambahan RM5 billion dari wang KWSP antara langkah yang sudah di ambil.Semua ini adalah bagi menyokong aktiviti di Bursa Malaysia.

Yang masih perlu ditangani secara serius adalah kejatuhan harga komoditi temasuk getah dan kelapa sawit mutakhir ini.Masalah barangan pengguna serta perkhidmatan yang ada diantaranya masih mahal dan tidak turun-turun harganya.


















1 comment:

Pyanhabib said...

pandai ekonomi ye?

rujukan