Ahli-ahli OPEC seperti Vanezuela dan Iran sedang memaksa pertubuhan itu melakukan langkah agresif. Vanezuela memerlukan harga minyak berada pada paras AS$95 setong untuk mengimbangi akaun semasanya manakala Arab Saudi, pengeluar utama, mahukannya berada pada paras AS$55 setong.
Bagi tujuan ini OPEC dijangka akan mengumumkan pengurangan pengeluaran minyaknya Jumaat ini bagi membantu melonjakkan semula harga komoditi itu yang menjunam 55 % berbanding paras harga tertinggi Julai lalu.
Ramai penganalisis menjangka Opec akan mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya satu juta tong sehari ataupun pengurangan mungkin dihadkan 500,000 tong sehari.
sumber : internet
No comments:
Post a Comment