.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009




Bajet 2009 yang bertemakan "Kerajaan Prihatin" dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermatlamat menjana pertumbuhan ekonomi negara kerana pelbagai insentif yang disediakan akan meningkatkan perbelanjaan bolehguna rakyat dan pelaburan swasta.3 strategi utama digariskan iaitu menjamin kesejahteraan rakyat,membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh dayatahan negara. Ini semua bagi menghadapi keaadaan inflasi yang tinggi dan kesan daripada kelembapan ekonomi global ke atas pertumbuhan ekonomi negara.


Bajet ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, terutama yang berpendapatan sederhana apabila kerajaan mengurangkan cukai pendapatan individu dengan menaikkan rebat cukai dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah, memberi pengecualian cukai ke atas simpanan dan beberapa barang makanan. Pengurangan cukai import beberapa barang pengguna dapat mengurangkan harga keperluan asas terutama makanan, sekali gus meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan inflasi.


Insentif yang diberikan kepada rakyat dan sektor perniagaan dalam bajet 2009 akan memastikan pelaburan dan perbelanjaan domestik tidak akan terjejas. Bajet 2009 berjumlah RM207.9 billion menyaksikan defisit fiskal diunjurkan lebih tinggi iaitu sekitar 3.6% .Defisit ini masih terkawal kerana anggaran pertumbuhan ekonomi negara dijangka berada pada 5.4%.

Sesuatu yang dianggap mustahak di dalam bajet ini adalah langkah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.Perbelanjaan tambahan bagi pembangunan projek prasarana, terutama yang berkaitan dengan pengangkutan awam seperti pembinaan landasan rel tambahan di beberapa tempat di Lembah Kelang dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas serta Ipoh-Padang Besar bakal merancakkan lagi sektor pembinaan.


Apa yang paling" istimewa" di dalam bajet 2009 ini adalah kerajaan secara terus memperuntukan bajet yang agak besar bagi penduduk sabah dan Sarawak iaitu RM3 billion bagi Sabah dan RM3.3 billion Bagi Sarawak.
Secara keseluruhan Bajet 2009 adalah baik tetapi apa yang penting kini adalah perlaksanaannya. Kerajaan perlu bertindak segera dalam melaksanakan perancangan ekonomi kerana amat sukar untuk menentukan keadaan persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah.


No comments:

rujukan