Bajet 2009 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Badawi pada 29 ogos 2008.Disebalik kekangan inflasi disebabkan kenaikan kos sumber tenaga dan bahan makanan,pembangunan harus diteruskan,rakyat mesti diberi keselesaan mungkin ada perkara-perkara yang dijangka menjadi fokus.
1.Perbelanjaan operasi kerajaan mungkin menjadi lebih tinggi berikutan peningkatan dalam kos, terutama bagi pembinaan projek pembangunan manakala dijangkakan defisit fiskal kembali melebar melebihi 3.2%.
2.Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi insentif dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman modal dan menikmati insentif cukai yang menarik.
3.Syarikat-syarikat pengeluar rokok pula menaruh harapan agar kerajaan sedia mempertimbangkan untuk mengenakan cukai tembakau yang 'seimbang' .
Langkah itu penting kerana peningkatan cukai tembakau akan hanya mendorong berlaku penyeludupan rokok dan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil.
4.Orang ramai meminta kerajaan bertindak serius meningkatkan kualiti pengangkutan awam terutama di bandar-bandar bagi mengurangkan beban kewangan rakyat ekoran kenaikan kos bahan bakar. Sesuai dengan peningkatan harga minyak mentah yang menjerut golongan berpendapatan sederhana yang rata-ratanya mempunyai kenderaan sendiri, perancangan pembangunan pengangkutan awam yang lebih efisyen adalah perlu.Mengimbau belanjawan tahun lalu yang memperuntukan kira-kira RM12 bilion untuk penambahbaikan sektor pengangkutan awam, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila rakyat kebanyakan mempersoalkan pembaharuan yang telah dilakukan kepada sektor tersebut dan sehingga kini gagal menampakkan perubahan.
5. Kerajaan harus memberi definisi baru bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK).Berdasarkan kiraan pada tahun 2005,PGK purata untuk seluruh Malaysia adalah RM691 bagi keluarga seramai 5 anggota.Diharap tafsiran kemiskinan diberi wajah baru dan progarm pembasmian kemiskinan diperluaskan kepada lebih ramai warga malaysia.
6.Kadar caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan bagi membolehkan masyarakat memiliki lebihan pendapatan yang boleh digunakan bagi menjalani kehidupan seharian.
7. Mengurangkan cukai pendapatan individu kepada maksium 25% seperti yang dinikmati oleh warga korporat, rebat cukai dan pemberian beberapa insentif serta pelepasan cukai yang lebih tinggi.
8.Kerajaan juga diharap untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan baru dengan cara melonggarkan syarat kadar yang patut dikenakan cukai seperti pendapatan pertama sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 tidak akan dikenakan cukai.
9.Elaun sebanyak RM300 yang kini diterima oleh golongan pekerja orang kurang upaya (OKU) dinaikkan.Bantuan warga emas melalui Jabatan Kebajikan masyarakat yang kini sebanyak RM300 juga dinaikkan.
10.Peruntukan tambahan kepada sektor pertanian terutamanya kepada sektor tanaman padi.
11.Bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang ibubapa atau penjaga berpendapatan RM1500 sebulan dan kurang.
12.Sedikit kelonggaran ke atas peralihan modal asing keluar masuk negara, monopoli-monopoli dalam sektor telekomunikasi , kewangan dan bahan makanan perlu diberi perhatian ke arah mewujudkan pasaran yang lebih terbuka.
13.Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang pernah diutarakan sedikit masa dahulu perlu diberi tarikh akhir bagi komuniti peniaga bersedia .GST bertujuan meningkatkan kadar pematuhan pembayaran cukai, sekali gus menambah jumlah kutipan hasil kerajaan kerana ia lebih menyeluruh, cekap, telus dan berkesan.
No comments:
Post a Comment