.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, December 9, 2008

Caruman KWSP 11% atau 8% ?


Mungkin ada yang masih dalam dilema . Mungkin ada yang telah buat keputusan tapi tidak tahu apa kesannya.

Kerajaan membuat keputusan potongan wajib caruman KWSP 8% adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat.Dengan mengandaikan kesemua pencarum aktif yang berjumlah kira-kira 5 juta orang mencarum wajib 8%,KWSP kehilangan caruman kira-kira RM4.8 billion.Jumlah sebesar ini dikembalikan kepada pencarum dengan harapan dibelanjakan bagi menggalakkan permintaan domestik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah krisis kewangan global sekarang ini.

Jika anda ingin membantu negara ,mencarumlah 8% , wang 3% dari pendapatan anda itu berbelanjalah secara berhemah.

Sebagai pekerja pula , pendapatan kita adalah tertakluk kepada Akta Percukaian 1967 , secara mudahnya wajib mencarum di KWSP . Pekerja juga tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 , wajib mencarum kepada PERKESO.

Jumlah caruman kedua-dua ini serta jadual potongannya boleh didapati dibawah ini :



Berdasarkan kedua-dua jadual di atas sedikit pengiraan telah dibuat untuk perbandingan bagi kiraan pendapatan berasaskan caruman 11% dan 8 %

1.Kategori Bujang,pendapatan tidak kena cukai adalah sehingga RM2550 sebulan bersih.

RM2550 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM280.50 - RM12.75  = RM2256.75

RM2550 - (potongan 8% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM204 - RM12.75 = RM2333.25

Pendapatan meningkat RM76.50(3.4%) jika memilih caruman KWSP 8%

2.Kategori bujang, gaji pokok pada RM2800 sebulan 

RM2800 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2800- RM308 - RM13.75 = RM2478.25(tiada potongan cukai) 

RM2800 - (potongan 8 % KWSP) - (PERKESO) 
RM2800 - RM224 - RM13.75 = RM2562.25-(PCB RM21)
= RM2541.25

Pendapatan meningkat RM63(2.5%) dan pendapatan LHDN juga bertambah RM21


2 pengiraan diatas menunjukkan bahawa mereka yang bujang dan bergaji pokok sehingga RM2799 boleh lah membuat pilihan untuk caruman samaada 11% atau 8%.Tepuk dada tanya selera .Jika membuat caruman 8% pendapatan anda bertambah 3.4% tetapi bagi mereka yang bujang memiliki gaji pokok RM2800 membuat pula caruman KWSP 8% pendapatan mereka hanya meningkat 2.5% dan terpaksa lagi membayar PCB sebanyak RM21.

Contoh pengiraan di atas jika buat kepada mereka yang sudah berkahwin , juga memberi kesan yang sama walaupun jumlah dan peratusannya berbeza.

Secara matematiknya , mereka yang bergaji besar jika membuat caruman 8% kepada KWSP meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan peratusan pendapatan boleh guna agak kurang biar pun jumlahnya agak lumayan.

Jadi , keputusan di tangan anda






rujukan