Saturday, January 31, 2009
VSS dan Penstrukturan Semula Organisasi
Friday, January 30, 2009
S&P Turunkan Penarafan Kredit Titan
Penarafan itu kekal pada CreditWatch dengan implikasi negatif, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Titan ialah pengeluar bersepadu olefina dan poliolefina dengan kemudahan pengeluaran di Malaysia dan Indonesia.
"Penurunan penarafan itu mencerminkan kelemahan selanjutnya Titan dalam prestasi operasi kepada lima peratus bagi tiga bulan hingga 30 Sept, 2008, apabila kelembapan ekonomi serantau mulai menjejaskan permintaan untuk mendapatkan petrokimia," kata penganalisis kredit S&P Andrew Wong.
S&P tidak mempunyai butiran terperinci mengenai kemudahan bank yang didapati Titan kini.
Kecairan Titan tidak mencukupi, setakat 30 Sept, 2008, wang tunai dan persamaan tunai Titan sebanyak RM87 juta dan RM166 juta dalam pelaburan jangka pendek tidak mencukupi untuk meliputi kematangan hutang jangka pendeknya sebanyak RM901 juta, di mana sebahagian yang besar merupakan kemudahan kredit modal kerja yang tidak diperuntukkan, katanya.
"Kami percaya bahawa kejatuhan yang lebih mendadak dan lebih berpanjangan bagi pasaran petrokimia mungkin menjejaskan keupayaan Titan untuk menggulung matang kemudahan modal kerjanya. Sebarang pembaharuan kemudahan ini berkemungkinan menghasilkan kos pembiayaan lebih tinggi dan syarat pinjaman lebih ketat," katanya.
Friday, January 23, 2009
2009:Pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 0.5% sehingga 5.1%
"Adalah penting untuk kita menyegerakan pakej rangsangan berkenaan," kata ketua pengarahnya Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
"Jika kesannya perlahan, saya rasa paling tinggi kita boleh capai ialah 2.5%. Kita mesti pastikan yang pakej rangsangan itu dilaksanakan dengan cekap.
Singapura : Kemelesetan Ekonomi Terburuk
Thursday, January 22, 2009
Penanda aras indeks Malaysia KLCI akan menggunapakai standart global FTSE
OPR & SRR turun lagi
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara dalam mesyuaratnya hari ini memutuskan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bank pusat itu kepada 2.5 peratus daripada 3.25 peratus. Keperluan Rizab Berkanun (SRR) bank juga dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada 2 peratus berkuat kuasa 1 Februari ini.
Wednesday, January 21, 2009
Barack Obama Presiden Amerika ke-44

Barack Obama menempa sejarah apabila dilantik sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.
Obama, 47 tahun, yang bapanya berasal dari Kenya dan ibunya seorang kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-44 Amerika di bangunan Capitol di sini.Ikrar yang dilafazkan ".. akan menjalankan tugas sebagai presiden dan sedaya upaya memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan Amerika Syarikat".
Sebelum itu,Obama dan isteri beliau Michelle, telah menemui Presiden George W. Bush, dan isterinya, Laura Bush, di Rumah Putih.
Dalam pilihan raya presiden pada November 2008, Obama, daripada Parti Demokrat, mengalahkan Senator John McCain daripada Parti Republikan.
Majlis mengangkat sumpah yang bermula sekitar 10 pagi waktu tempatan dihadiri hampir 2 juta rakyat Amerika, yang terpaksa berdiri berjam-jam dalam keadaan cuaca sejuk.Kawalan keselamatan ketat diberikan sepanjang acara ini dengan puluhan ribu polis dan askar mengawal semua lokasi sekitar Washington.
Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negara Amerika dan pihak berkuasa lain berkata mereka tidak melihat wujud ancaman serangan yang kukuh tetapi mereka bersedia menghadapi potensi malapetaka lebih luas, termasuk serangan senjata kimia dan cuaca sejuk keterlaluan.
Ia adalah majlis pengangkatan presiden baru pertama sejak serangan 11 September 2001, yang menimbulkan kebimbangan memuncak mengenai serangan dalam negara di kalangan rakyat Amerika.
Kos majlis mengangkat sumpah itu dilaporkan mencecah AS$150 juta dan adalah yang tertinggi dalam sejarah negara itu.
Obama mengambil alih pentadbiran 8 tahun Bush.Selain masalah dasar luar Amerika, Obama akan mewarisi defisit belanjawan Amerika yang mencecahi USD1.2 triliun.
Pelantikan Obama merupakan kemuncak dalam perjalanan politik seorang anggota Parti Demokrat yang pandai berpidato.
Dalam tempoh kurang 5 tahun, Obama daripada seorang Senator di Illinois,kini seorang pemimpin negara kuasa dunia.
Dalam satu kenyataan sempena memperingati wira kulit hitam Dr Martin Luther King Jr kelmarin, Obama berkata,"Esok kita akan bersama sebagai satu bangsa di atas landasan sama yang menjadi impian Dr King. Kita mengiktiraf bahawa di Amerika matlamat kita sama.Kita membina keazaman bahawa jika kita berjalan, kita akan berjalan bersama dan ketika kita bergerak maju kita akan maju bersama.Kita akan memperbaharui janji kepada negara ini, marilah kita bersama mengingati apa yang diajar Dr King bahawa impian kita yang berbeza sebenarnya adalah satu".
Tuesday, January 20, 2009
Menjelang Belanjawan Singapura 2009/2010
Bagi tahun 2009 ini pula,gaji menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam Singapura akan dipotong antara 12% hingga 20 %, sejajar dengan kemelesetan ekonomi.Berbanding tahun 2008, jumlah sebenar gaji bagi Menteri Gred 4 (MR4) tahun ini akan berkurangan sebanyak 20%kepada $1.54 juta setahun, sementara gaji permulaan pegawai tinggi pemerintah Singapura(SR9) pula akan berkurangan 12% kepada $351,000 setahun.
Sunday, January 18, 2009
Anugerah Juara Lagu ke-23..Ramalan Siapa Pemenang..??
2.Lagu Kita (Aizat) balada
3.Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) etnik kreatif
4.Cuba (Faizal Tahir/Audi Mok) balada
5.Yang Pernah (Estranged) pop rock
6.Bila Nak Saksi (Spider/Tam/Loloq) balada
7.Doa Dalam Lagu (Zahid&Heliza/Ajai/Loloq) etnik kreatif
8.Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok) balada
9.Hanya Di Mercu (Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan) balada
10.Aku Stacy (Stacy/Intan Norul Azlin/Layla Ismail) pop rock
11.Dingin (Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea) balada
12.Kalis Rindu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad) pop rock
13.Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman&Izza Rosley) etnik kreatif
14.Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) pop rock
Monday, January 5, 2009
Jangan membeli barangan keluaran Amerika & Yahudi
''OIC perlu bersatu dengan negara-negara anggota, bukan setakat memboikot barang-barang dari Israel tetapi juga memboikot barang yang dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa Yahudi di AS,'' katanya.