.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, August 23, 2010

China Kuasa Ekonomi Kedua Terbesar Dunia






China kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia , yang sebelum ini dipegang Jepun.Angka yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun menunjukkan suku kedua 2010 , KDNK China bernilai USD$1.337 trillion manakala Jepun sedikit di bawah iaitu USD$1.288 trillion.


Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar memberi impak yang besar kepada pemulihan ekonomi dunia dan ini melegakan negara - negara seperti Amerika Syarikat , Jepun serta Eropah.

Sejak tahun 1968 , Jepun menduduki tangga kedua ekonomi terbesar yang diambil alih olehnya dari Jerman Timur.Jepun mula bangkit dari kemusnahan dan kehancuran kesan dari Perang Dunia Kedua .Gelembung Ekonomi yang dihadapi Jepun akibat kejatuhan harga hartanah mula meletus pada awal 1990an menyaksikan sehingga kini Jepun masih bergelut untuk pulih .

Dari tahun 1978 sehingga kini , purata pertumbuhan ekonomi China adalah 9.5 % , antara yang tertinggi di dunia.Namun begitu rakyat China kurang mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi yang pesat .

Pendapatan perkapita China yang rendah iaitu sekitar USD$3600 , setara dengan negara - negara miskin lain seperti Albania dan El Salvador . Angka ini masih jauh berbanding negara - negara pesaingnya seperti Jepun USD$40 000 dan Amerika Syarikat USD$47 000. China juga mempunyai kira - kira 150 juta warganya yang masih hidup dalam kemiskinan. Masalah hutang yang kian membukit serta dilema mengekalkan nilai Yuan pada kadar yang rendah masih membelenggu China.


1 comment:

Anonymous said...

Peradaban Cina adalah antara yang tertua. Hang Li Po adalah bukti betapa Cina telah lama membelah lautan untuk berdagang dengan negara luar.

Makanya logiklah kalau mereka menjadi kuasa ekonomi utama, setidak-tidaknya untuk rantau di sebelah sini.

Hujah yang sama terpakai di Singapura. Negara bintik selatan ini telah lama dikenalpasti oleh Stanford Rifles sebagai mempunyai lokasi strategik untuk menjadi hub perdagangan serantau.

Makanya, tidak hairanlah kalau Singapura boleh membangun sebagaimana Pulau Pinang juga membangun bermula dengan penemuan oleh Francis Light hingga ke hari ini.

rujukan