.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Wednesday, January 25, 2012

Perang Harga Minyak




Mungkinkah Iran menutup Selat Hormuz selepas Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan import minyak Iran dalam usaha menyekat kononnya dana bagi kegiatan nuklearnya.
Penutupan Selat Hormuz walaupun untuk jangka masa singkat, sudah pasti akan menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak dunia.

Kesatuan Eropah serta-merta melarang pengimportan minyak mentah Iran dan pemberhentian kontrak sedia ada secara perlahan-lahan yang bertarikh 23 Januari hingga 1 Julai ini.


Purata eksport minyak mentah dari negara- negara Teluk dan eksport barangan yang berkaitan dengan petroleum adalah sekitar 17.7 juta tong sehari dan dianggarkan 16 juta tong daripadanya melalui Selat Hormuz. Bakinya adalah eksport minyak Iraq menerusi Turki dan eksport minyak Arab Saudi menerusi Yanbu di Laut Merah.

Selain itu, Kesatuan Eropah turut bersetuju mengenakan sekatan ke atas bank pusat Iran dan melarang perdagangan bahan petrokimia, emas, logam berharga, berlian, wang kertas serta duit syiling.

Kini , Iran mengeksport kira-kira 20 % minyak mentahnya ke Kesatuan Eropah, Greece, Sepanyol dan Italy adalah pembeli utama.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji sekatan baru yang diperkenalkan Kesatuan Eropah, sambil berkata Amerika akan turut mengenakan sekatan tambahan. Amerika Syarikat kini mengenakan sekatan ke atas Bank Tejerat, yang merupakan bank ketiga terbesar di Iran.Sekatan ini akan menyekat akses Iran kepada sistem perbankan antarabangsa yang diperlukan bagi menerima bayaran bagi eksport minyaknya.

Pakar tentera sebelum ini telah mempersoalkan sama ada angkatan laut Iran mempunyai keupayaan bagi melaksanakan sekatan ke atas Selat Hormuz.Amerika dan sekutunya bagaimanapun berkata mereka akan mengambil tindakan segera jika selat selebar 50 kilometer itu disekat.


Kapal Amerika, USS Abraham Lincoln dan USS John C Stennis telah memasuki perairan teluk itu sejak Ahad lalu.


Sumber:

Kapal Perang Amerika Melalui Selat Hormuz

India Bayar Emas Untuk Minyak

Tentera Amerika Di Teluk Masih perlu

Eropah haram beli Minyak Iran

Perang Mungkin Tidak Dpat Dielakkan


1 comment:

aubout vita said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Loading...
Loading...
Loading...

rujukan