Saturday, December 19, 2009
GST = Golongan Susah Tertindas ?
Thursday, December 3, 2009
Model Ekonomi Baru
Saturday, November 21, 2009
KDNK suku ketiga dan IHP Oktober 2009

Saturday, October 17, 2009
Ada Apa Dengan Bajet 2010 ?
Friday, September 25, 2009
Ekonomi Malaysia mula pulih
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri
Sunday, August 9, 2009
Amanah Saham 1Malaysia

Tuesday, August 4, 2009
Titan Chemicals : Shares Buy Back

Friday, July 31, 2009
Adakah jaminan semua rakyat mendapat akses kepada makanan asasi ?

Saturday, July 25, 2009
Nasionalisasi tol
Sunday, July 12, 2009
100 HARI , 11 HADIAH , 1 MALAYSIA

Tuesday, June 30, 2009
Liberalisasi Untuk Model Ekonomi Baru!!
Sunday, June 21, 2009
Emas
Tuesday, June 2, 2009
Kerajaan Amerika Ambil Alih General Motor

Syarikat yang berpangkalan di Detroit ini menyaksikan penguasaan pasarannya di Amerika Syarikat susut daripada 54 % pada 1954 kepada hanya 22 % pada tahun 2008. Kali terakhir GM merekodkan keuntungan adalah pada 2004 dengan pendapatan sebanyak AS$2.8 bilion. Syarikat ini kerugian hampir AS$88 bilion daripada 2005 hingga suku pertama tahun 2009.
Pengisytiharan muflis ini adalah sebahagian daripada pelan Kerajaan Amerika untuk mencergaskan semula GM iaitu dengan mengecilkan saiz operasinya dan meletakkannya di bawah penguasaan kerajaan. GM juga dijangka mengumumkan cadangan penutupan 14 kilangnya.
Melalui pelan pemulihan ini , Kerajaan Amerika akan menyediakan dana tambahan bernilai AS$30 bilion bagi menyusun semula GM agar lebih berdaya saing setanding firma pengeluar automobil kos rendah di Asia.
Kerajaan Amerika akan menguasai 60% saham dalam GM.Canada dan Ontario juga bersetuju menyuntik dana tambahan sebanyak AS$9.5 billion kepada GM di bawah pakej muflis tersebut.
Pemilikan saham GM terbaru lain-lain adalah United Auto Workers akan memegang 17.5 % saham, Kerajaan Canada 12.5 % dan para pemegang bon tidak bercagar GM 10%. Pemegang saham GM sedia ada pula dijangka akan melupuskan pegangan saham masing-masing.
Pentadbiran Barack Obama tidak mempunyai banyak pilihan selain mengambil alih kepentingan didalam GM.Di Amerika Syarikat sahaja GM menggajikan kira-kira 92,000 pekerja.
Kesediaan GM jatuh muflis sekali gus menyelesaikan masalah yang dialami oleh syarikat dari Detriot ini , terumbang-ambing sejak gagal mendapat untung apabila penjualan kenderaannya terjejas teruk disebabkan oleh keadaan ekonomi global lemah, harga minyak yang tinggi dan krisis kredit.
sumber berita : pelbagai sumber di internet