Kertas dicetak menjadi wang.Kertas ini juga dikenali sebagai Wang Fiat. Ia adalah satu nota jaminan bahawa kertas ini memang mempunyai nilai jika nilainya dituntut.
Kelemahan terbesar kertas yang dicetak ini atau wang fiat adalah kehilangan nilai akibat inflasi.Inflasi akan menyebabkan sesuatu barangan atau perkhidmatan menjadi mahal.Secara mudahnya , harga gula sekilo tidak mampu kekal pada harga sekarang untuk masa-masa akan datang.Harganya akan meningkat selagi mana wang fiat digunakan.Begitu juga barangan lain.Wang fiat baru dicipta setiap kali bank memberi hutang kepada pelanggannya berasaskan wang yang didepositkan ke bank tersebut.Sistem Fractional Reserve Banking atau di Malaysia ia dikenali sebagai Statutory Reserve Requirement ( Keperluan Rizab Berkanun ) menggandakan wang atau mencipta wang baru.
Apabila semakin banyak wang dicipta , nilainya akan turun .Semua barangan atau perkhidmatan bertambah mahal kerana wang di dalam pasaran semakin banyak dari hari ke hari.Oleh kerana itu , ada yang mula melindungi nilai sebenar kekayaan mereka . Emas dilihat sebagai komodi yang stabil dan melambangkan kekayaan.
Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 5 tahun kebelakang
Harga emas meningkat lebih kurang 125% dalam tempoh 5 tahun iaitu purata 25% setahun
Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 10
tahun kebelakang
Harga emas meningkat lebih kurang 200% dalam tempoh 10 tahun iaitu purata 20% setahun
Carta menunjukkan harga emas (dalam US Dollar ) 1 aun (31.1035 gram) dalam tempoh 1
tahun kebelakang
Daripada sejarah harga emas yang ditunjukkan di dalam carta di atas bolehlah diandaikan bahawa emas adalah satu alternatif simpanan ataupun pelaburan untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Bagaimana menukarkan wang anda kepada emas ???Beberapa produk emas disenaraikan di bawah ini :
3 comments:
salam ziarah...
menarik dan saya tertarik.
slm ziarah :)
Sudah tahu apa itu wang fiat....
wang fiat terdedah kepada inflasi, lihat apa yg berlaku kepada Zimbabwe baru2 ini.... wang tidak bernilai...
Selamatkan ringgit anda, tukarkan simpanan anda dari ringgit kepada dinar/emas
Post a Comment