.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, December 25, 2008

Syarat Jualan Singkat mungkin dilonggarkan tahun 2009



BURSA Malaysia dijangka melonggar kegiatan jualan singkat dalam tempoh separuh pertama 2009 untuk menjadikan pasaran saham tempatan lebih menarik. 

Sebelum ini, Bursa Malaysia hanya membenarkan jualan singkat terkawal ke atas bursa saham tempatan bermula 3 Januari 2007 ,tertakluk kepada syarat serta kawalan seperti sekuriti yang dipinjam perlu menerima kelulusan Bursa Malaysia dan juga mempunyai modal pasaran harian yang berjumlah RM500 juta.

Sekuriti-sekuriti yang memenuhi syarat ini tertakluk juga kepada rangka kerja pengawalseliaan bagi aktiviti jualan singkat terkawal iaitu pengenalan "uptick rule" (peraturan jualan tinggi) di mana jualan singkat terkawal hanya boleh dilakukan pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran terkini dan aktiviti jualan singkat terkawal adalah dihadkan kepada 10 peratus modal berbayar.

Langkah lain yang diperkenalkan ialah had harian jualan singkat terkawal ditetapkan pada 3% modal berbayar dengan had keseluruhan jualan singkat terkawal ditetapkan pada 10 % modal berbayar.

Apa itu jualan singkat?? Ia melibatkan pinjaman sesuatu saham dan kemudian menjualnya dengan andaian saham itu boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya bagi mendapat keuntungan hasil perbezaan harga tadi.


Pelabur akan meminjam sejumlah saham melalui agensi pinjaman pusat yang dilantik SC dan menjualnya di pasaran. Agensi ini akan memberi tempoh had masa kepada pelabur untuk membeli dan memulangkan semula saham itu kepadanya.

Pelabur akan memperoleh keuntungan apabila harga saham itu jatuh.


Contohnya:

Pelabur menjual saham itu pada harga RM 3.00 kemudian apabila harganya turun , katakanlah RM 2.00,pelabur bertindak membelinya semula. Ini bermakna pelabur memperoleh keuntungan sebanyak RM 1.00. 





5 comments:

Pyanhabib said...

pandai bisnis ye? :)

Jackie Lee said...

Bursa Malaysian ini kedekut dan takut. Apa jua peraturan yang akan dikenakan semuanya susah untuk pelabur bertindak.

Biasanya ianya akan mengenakan banyak peraturan sebelum sesuatu dapat dilaksanakan.

Aiiii... Bursa Malaysia ..... biasalah....

azhar said...

Jackie Lee :

mungkin sedikit menyusahkan...tapi jualan singkat secara total mungkin boleh menyebabkan spekulasi yang keterlaluan..

Pyanhabib :

Nie bisnes baru gua...Lu tak tau lagi ke..?? :)

Ahmad nazrimi said...

Assalamualaikum..
Saya Nazrimi..Nak bertanya Mr Azhar skit..You asal org Penang ke?dulu study kat UTM ke?Block C...
Saya member lama...
kalau salah Org..saya minta maaf...
Please give your mail address..tak pun...
imirzan_a@yahoo.com & http://ahmadnazrimi.blogspot.com/
saya tgk dalam shift D titan blog..cam lagi muka...sorang lagi..Nazri Wahab..

Zamz said...

tak paham kenapa diorang benarkan jualan singkat dlm masa gawat camni...

diorang nak bskl jatuh lagi ke..

bukan ke sume org nak indeks naik?

rujukan