.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, December 25, 2008

Syarat Jualan Singkat mungkin dilonggarkan tahun 2009



BURSA Malaysia dijangka melonggar kegiatan jualan singkat dalam tempoh separuh pertama 2009 untuk menjadikan pasaran saham tempatan lebih menarik. 

Sebelum ini, Bursa Malaysia hanya membenarkan jualan singkat terkawal ke atas bursa saham tempatan bermula 3 Januari 2007 ,tertakluk kepada syarat serta kawalan seperti sekuriti yang dipinjam perlu menerima kelulusan Bursa Malaysia dan juga mempunyai modal pasaran harian yang berjumlah RM500 juta.

Sekuriti-sekuriti yang memenuhi syarat ini tertakluk juga kepada rangka kerja pengawalseliaan bagi aktiviti jualan singkat terkawal iaitu pengenalan "uptick rule" (peraturan jualan tinggi) di mana jualan singkat terkawal hanya boleh dilakukan pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran terkini dan aktiviti jualan singkat terkawal adalah dihadkan kepada 10 peratus modal berbayar.

Langkah lain yang diperkenalkan ialah had harian jualan singkat terkawal ditetapkan pada 3% modal berbayar dengan had keseluruhan jualan singkat terkawal ditetapkan pada 10 % modal berbayar.

Apa itu jualan singkat?? Ia melibatkan pinjaman sesuatu saham dan kemudian menjualnya dengan andaian saham itu boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya bagi mendapat keuntungan hasil perbezaan harga tadi.


Pelabur akan meminjam sejumlah saham melalui agensi pinjaman pusat yang dilantik SC dan menjualnya di pasaran. Agensi ini akan memberi tempoh had masa kepada pelabur untuk membeli dan memulangkan semula saham itu kepadanya.

Pelabur akan memperoleh keuntungan apabila harga saham itu jatuh.


Contohnya:

Pelabur menjual saham itu pada harga RM 3.00 kemudian apabila harganya turun , katakanlah RM 2.00,pelabur bertindak membelinya semula. Ini bermakna pelabur memperoleh keuntungan sebanyak RM 1.00. 





Saturday, December 20, 2008

Skim Ponzi dan Skim Piramid


Bekas Pengerusi NASDAQ , Bernard L Madoff ditangkap di rumahnya  pada 11 Disember lepas, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin USD$10 juta dan dikenakan tahanan rumah, kerana mengendalikan Skim piramid yang dipanggil Skim Ponzi .Skim Ponzi Madoff berjaya memperdaya bank-bank eropah, antaranya :

1. Bank Satender (Sepanyol)  - USD$3 billion . 
2.BNP Paribas (Perancis )  -USD$470 juta .
3.HSBC -USD$1.5 billion.
4.MAN Group-USD$360 juta.
5.BBVA(Sepanyol) - USD$404 juta.
6.ASCOT PARTNERS-USD$1.8 billion
7.ACCESS INTERNATIONAL ADVISORS-USD$1.4 billion
8.AXA SA - USD$200 juta.
9.UNION BANCAIRE PRIVEE(Switzerland)-YSD$850 juta
10.BARCLAYS(Britain)-Tidak diketahui
11.ROYAL BANK OF SCOTLAND GROUP-USD60 juta.
12.NATIXIS-USD$602 juta.
13.REICHMUTH & CO(switzerland)-USD$325 juta
14.NOMURA HOLDINGS - USD$303 juta.
15.UNICREDIT SpA-USD$101 juta.
16.SOCIETE GENERALE
17.MAXAM CAPITAL MANAGEMENT-USD$280 juta
18.EIM GROUP-USD$230 juta.
19.FAIRFIELD SENTRY LTD-USD$7.3 Billion
20.KINGATE GLOBAL FUND-USD$2.8 billion
21.BENEDICT HENTSCH(Switzerland)-USD$47 juta.

Madoff merupakan pengasas firma pelaburan Bernard L.Madoff Investment Securities LLC di mana dia menguruskan berbilion-bilion dolar dalam satu dana.Firma pelaburan madoff adalah antara firma pelaburan paling berjaya di Wall Street.Akhirnya tembelangnya pecah akibat tidak lagi mampu membayar keuntungan kepada pelabur lama,yang mana keuntungannya datang dari pelabur baru berpunca dari krisis kewangan global yang melanda Amerika sekarang ini.

Sementara itu pada 19 Disember lalu , Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertindak terhadap 3 koperasi yang dipercayai menjalankan perniagaan bercirikan skim piramid atau skim cepat kaya dengan berselindung di sebalik pengiktirafan kerajaan, mereka bertindak mengabui mata masyarakat dengan mengumpul dana termasuk melalui skim pinjaman bercorak Islam, Al-Mudharabah.

Koperasi berkenaan dalam promosinya menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 12 % atau dividen setiap bulan.Lebih 5,000 pelanggan menjadi mangsa dengan kerugian pelaburan berjumlah RM80 juta.

Klik di bawah untuk mengetahui perbezaan mengenai kedua-dua skim ini :

1.Skim Piramid

2.Skim Ponzi



Tuesday, December 9, 2008

Caruman KWSP 11% atau 8% ?


Mungkin ada yang masih dalam dilema . Mungkin ada yang telah buat keputusan tapi tidak tahu apa kesannya.

Kerajaan membuat keputusan potongan wajib caruman KWSP 8% adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat.Dengan mengandaikan kesemua pencarum aktif yang berjumlah kira-kira 5 juta orang mencarum wajib 8%,KWSP kehilangan caruman kira-kira RM4.8 billion.Jumlah sebesar ini dikembalikan kepada pencarum dengan harapan dibelanjakan bagi menggalakkan permintaan domestik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah krisis kewangan global sekarang ini.

Jika anda ingin membantu negara ,mencarumlah 8% , wang 3% dari pendapatan anda itu berbelanjalah secara berhemah.

Sebagai pekerja pula , pendapatan kita adalah tertakluk kepada Akta Percukaian 1967 , secara mudahnya wajib mencarum di KWSP . Pekerja juga tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 , wajib mencarum kepada PERKESO.

Jumlah caruman kedua-dua ini serta jadual potongannya boleh didapati dibawah ini :



Berdasarkan kedua-dua jadual di atas sedikit pengiraan telah dibuat untuk perbandingan bagi kiraan pendapatan berasaskan caruman 11% dan 8 %

1.Kategori Bujang,pendapatan tidak kena cukai adalah sehingga RM2550 sebulan bersih.

RM2550 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM280.50 - RM12.75  = RM2256.75

RM2550 - (potongan 8% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM204 - RM12.75 = RM2333.25

Pendapatan meningkat RM76.50(3.4%) jika memilih caruman KWSP 8%

2.Kategori bujang, gaji pokok pada RM2800 sebulan 

RM2800 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2800- RM308 - RM13.75 = RM2478.25(tiada potongan cukai) 

RM2800 - (potongan 8 % KWSP) - (PERKESO) 
RM2800 - RM224 - RM13.75 = RM2562.25-(PCB RM21)
= RM2541.25

Pendapatan meningkat RM63(2.5%) dan pendapatan LHDN juga bertambah RM21


2 pengiraan diatas menunjukkan bahawa mereka yang bujang dan bergaji pokok sehingga RM2799 boleh lah membuat pilihan untuk caruman samaada 11% atau 8%.Tepuk dada tanya selera .Jika membuat caruman 8% pendapatan anda bertambah 3.4% tetapi bagi mereka yang bujang memiliki gaji pokok RM2800 membuat pula caruman KWSP 8% pendapatan mereka hanya meningkat 2.5% dan terpaksa lagi membayar PCB sebanyak RM21.

Contoh pengiraan di atas jika buat kepada mereka yang sudah berkahwin , juga memberi kesan yang sama walaupun jumlah dan peratusannya berbeza.

Secara matematiknya , mereka yang bergaji besar jika membuat caruman 8% kepada KWSP meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan peratusan pendapatan boleh guna agak kurang biar pun jumlahnya agak lumayan.

Jadi , keputusan di tangan anda






China dijangka tambah peruntukan perbelanjaan kerajaan 2009




Menteri Kewangan China,Xie Xuren mencadangkan untuk menaikkan perbelanjaan kerajaan kepada 280 bilion Yuan (AS$40.7 bilion) tahun 2009 berbanding 180 bilion Yuan(AS$26.2 billion) sepanjang 2008.China bulan lalu mengumumkan pakej rangsangan bernilai 4 trilion Yuan bagi menggalakkankan perbelanjaan domestik akibat kejatuhan nilai eksport  di tengah-tengah krisis ekonomi global.

Pemimpin tertinggi China kini sedang membincangkan cadangan meningkatkan perbelanjaan pada persidangan ekonomi tahunan yang bermula Isnin dan dijangka berakhir Rabu ini. 

Pertumbuhan ekonomi China dijangka akan terus jatuh kepada paras terendahnya dalam tempoh 19 tahun pada 7.5% tahun 2009 daripada 11.9% tahun 2007.

  

Friday, December 5, 2008

Al-Bai Bithaman ajil dan Musyarakah Mutanaqisah


Pembiayaan perumahan secara Islamik di malaysia menggunakan kaedah Al bai bithaman ajil(BBA).Kontrovesi mengenai konsep pinjaman ini sudah lama diperkatakan sehingga ke mahkamah.Mari kita cuba memahami apa sebenarnya BBA dan apakah alternatif lain bagi menggantikan konsep BBA ini.Untuk memperkatakan tentang BBA ni , kurang arif la sikit aku ni.Jadi aku pun google lah BBA . Posting terbaru nie adalah kombinasi 8 artikel yang aku ambil kat cyberspace.

Pembiayaan Al bai bithaman ajil adalah konsep pembiayaan perumahan atau jualan dengan bayaran tertunda.BBA ini popular dan digunakan oleh bank-bank Islam di negara-negara di nusantara.

Kaedah pembiayaan ini dikatakan kombinasi 2 konsep bai al-inah (jual-beli semula) dan bai muajjal(jualan dengan bayaran tertangguh dan bayaran ansuran).

Bagaimana yang disebut bai-alinah. Penjual menjual barang jualannya kepada pembeli dengan harga yang sudah diketahui , bayaran secara ansuran sehingga tempoh tertentu.Kemudian si penjual membeli semula barangan tersebut dari pembeli tadi dengan harga yang lebih murah.

Perbahasan agama mengenai bai al-inah boleh dibaca disini.

Bai muajjal salah satu dari kaedah pembayaran dalam ghairu naqdan.Barangan diserah secara berperingkat sama ada barangan diperolehi setelah wang dibayar ataupun bayaran secara ansuran sehingga cukup jumlah kemudian baru barangan diserahkan.

Namun begitu konsep BBA ini  Ditolak oleh Pakar Syariah dari timur tengah atas alasan manipulasi riba.Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan Musyarakah mutanaqisah (MM).

Apa yang menjadi masalah dalam amalan BBA adalah pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dan membayar 10% wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan bank.

Kemudian bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh termasuk kadar keuntungan.

Persoalannya, jika rumah itu masih dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh bank dan apa dijualnya kembali kepada pelanggan?

Dalam Islam, sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual ketika akad dilakukan. 

Jika barang yang diakad tidak wujud ketika akad, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan mengenai kemampuan penjual menyerahkan aset itu kepada pembeli. 

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat. 

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan. 

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musyarakah Mutanaqisah pula terdapat 2 bahagian ,pertama bank dan pembeli akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki bank, manakala pelanggan menjadi pemilik minoriti.

Contohnya, bank 90%  manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki bank ke atas rumah tersebut melalui bayaran ansuran bulanan untuk memiliki saham bank dan pada akhir tempoh kontrak, rumah itu akan menjadi milik penuh pelanggan.

Disamping itu pada bahagian ke dua ,bank melalui konsep ijarah(pajakan),memajak saham pemilikan rumahnya berasaskan nisbah pemilikan saham.Dibawah konsep pajakan ini,pelanggan akan membayar sewa kepada bank bersama-sama bayaran ansuran pemilikan saham rumah tadi.Bayaran sewa semakin berkurang kerana nisbah saham pemilikan bank dibeli oleh pelanggan.

Jadi,ini ajelah posting terbaru aku mengenai al-bai bithaman ajil & musyarakah mutanqisah.Sokonglahlah produk kewangan Islam yang bebas riba'.Pasal BBA tu ,kita tunggu keputusan mahkamahlah,sah ke tak sah,islamik ke tidak.Apakah bank-bank Islam serta perundangan di Malaysia ini bersedia menggantikan BBA dengan MM..??Kita tunggu dan lihat. 
 
    
(dikemaskini 2 April 2009) Bai'Bithaman Ajil Sah



rujukan