.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, October 10, 2008

Pelan Menyelamat berikutan krisis kredit

Beberapa bank pusat utama dunia, mula mengumumkan pelan menyelamat berikutan krisis kredit yang melanda Amerika Syarikat. Sebelum itu , Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan AS$700 bilion namun sehingga kini gagal meredakan kebimbangan akan berlakunya krisis kewangan global yang akan mengancam pertumbuhan ekonomi dunia. 

Bank of England mengumumkan pelan penyelamat bernilai 50 bilion pound (RM306 bilion) bagi memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam 8 bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.Satu dana kredit bernilai 200 bilion pound (RM1.22 trilion) untuk bank negara itu termasuk Royal Bank of Scotland, HSBC dan Barclays turut disediakan

Di Frankfurt pula pihak Bank Pusat Eropah (ECB) mengakui akan menyuntik  AS$70 bilion ke dalam pasaran wang antara bank bagi pinjaman sehari dalam usaha meningkatkan jumlah hariannya sebanyak AS$20 bilion bagi mengekalkan mudah tunai dalam saluran sistem kewangan utama. 

Swiss National Bank pula terus menyediakan kecairan sedia kepada pasaran, menawarkan AS$10 bilion ke dalam sektor perbankannya, manakala bank pusat Sweden  mengumumkan bersedia memberi pinjaman sehingga 5 bilion kronor (AS$701 juta) kepada cawangan Bank terbesar Iceland di negara itu, Kaupthing Bank

India juga mengumumkan kesediaannya menyuntik tunai ke dalam pasaran kewangannya. 

Di Jepun, dewan rakyat negara itu semalam meluluskan bajet rangsangan kecemasan bernilai AS$18 bilion untuk merangsang ekonominya, selepas kegagalan pakej penyelamat awal sebelum ini.

Rizab Persekutuan AS pula berkata, ia akan membeli hutang jangka pendek, dan Pengerusi bank pusat AS itu, Ben Bernanke membayangkan akan mengurangkan kadar faedah. 

Jepun dan Australia juga telah menyuntik berbilion dolar ke dalam sistem perbankan negara masing-masing, manakala Hong Kong menurunkan kadar faedah, dan Bank Indonesia pula menaikkan kadar faedahnya suku mata peratusan. 

Namun segala langkah ini gagal  menghentikan kesengsaraan pasaran.

sumber : Berita harian

1 comment:

Martha Roland said...

APAKAH ANDA BUTUHKAN A:
· Pinjaman untuk investasi yang lebih besar?
. Pinjaman untuk ekspansi bisnis?
· Pinjaman untuk investasi baru?
· Pinjaman untuk melunasi hutang dan tagihan jangka panjang?
· Apakah Anda memiliki kredit buruk?
· Apakah bank Anda gagal?
kami adalah kreditor dalam kaitannya dengan bank dan menjamin penawaran transparan, menawarkan pinjaman berbunga rendah (2%), tanpa jaminan dan jaminan. Kami di sini untuk mengakhiri kemiskinan dan pengangguran dan semua itu untuk membantu Anda memulai kehidupan yang lebih baik setelah pandemi 19 ini karena semua orang memiliki potensi sendiri.
Hubungi kami hari ini dan Anda akan menjadi salah satu pelanggan terhormat kami. martharolandloancompany@gmail.com

Terima kasih
Nyonya Martha Roland.
Balasan:

rujukan