.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, September 19, 2008

Krisis subprima

model pinjaman subprima

Pinjaman gadai janji subprima adalah skim pinjaman gadai janji perumahan kepada golongan yang dijangkakan mungkin gagal menjelaskan hutang pinjaman.Peminjam ini diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan berpendapatan rendah.

Dengan segala insentif yang disediakan oleh pemberi pinjaman dan situasi pasaran hartanah yang meningkat menggalakkan pasaran pinjaman gadai janji sub prima.

Namun pada tahun 2006 hingga penghujung 2007 ,pasaran hartanah di Amerika Syarikat mula menurun secara sederhana , manakala kadar faedah perumahan mula meningkat dan menyaksikan pinjaman tidak berbayar meningkat sekitar US$200-US$300 billion.

Masalah ini menyebabkan pemberi pinjaman mula memindahkan risiko kredit kepada pihak ke-3 melalui mortgage- backed securities(MBS) dan collateralized debt obligation (COD).Pelabur-pelabur yang yang memegang MBS dan COD akan mengalami kerugian kerana nilai aset pasaran hartanah mula merosot.

Berikutan risiko kekurangan kredit menyebabkan pemberi pinjaman mula mengurangkan pemberian pinjaman dan mula menaikkan kadar faedah pinjaman.

Kesan daripada masalah kredit ke atas sistem gadai janji subprima menyaksikan bank pelaburan ke-4 terbesar di Amerika Syarikat iaitu Lehman Brothers yang  menanggung hutang AS$613 billion terpaksa mendapatkan perlindungan bagi status muflis 3 hari lepas.

Keputusan ini dibuat kerana rundingan pengambilalihan Lehman oleh dua bank lain iaitu Barclays dan Bank of America menemui jalan buntu.

Barclays menarik balik usahanya kerana ia tidak mendapat jaminan daripada kerajaan serta firma Wall Street lain bagi melindunginya daripada kerugian aset Lehman.

Bank of America pula yang pada mulanya berminat dengan Lehman menarik diri dan berkata ia akan mengambil alih Merrill Lynch pada harga AS$50billion.

John Thain, Pengerusi dan CEO Merrill Lynch, berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Bank Of America bagi mewujudkan 'institusi kewangan terkemuka di dunia'.

Dibawah pengambilalihan ini , Bank Of America akan menukar 0.8595 daripada sahamnya bagi setiap saham biasa Merrill Lynch.Urus niaga itu telah diluluskan oleh para pengarah kedua- dua syarikat itu tetapi masih memerlukan kelulusan pemegang saham dan juga pihak berkuasa. Ia dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Dengan pembelian Merrill Lynch itu, Bank Of America akan mempunyai firma broker terbesar di dunia dengan lebih 20,000 penasihat kewangan dan AS$2.5 trilion aset pelanggan.

Ia juga akan memberikan bank itu 50 peratus taruhan dalam firma kewangan BlackRock, yang dimiliki Merrill, dengan aset pengurusan yang mencapai AS$1.4 trilion.

Simpanan Persekutuan Amerika syarikat menyatakan kelmarin, ia akan memberikan bantuan pinjaman sebanyak AS$85 bilion bagi menyelamatkan American International Group Inc. 

Tindakan itu dilakukan bagi mengelak AIG daripada mengalami nasib sama seperti Firma Lehman Brothers Inc., yang memiliki bank pelaburan Lehman Brothers pada Isnin lalu.

Sebelum ini, pada 7 September lalu, kerajaan AS bertindak menyelamatkan dua lagi syarikat gergasi gadai janji, Fannie Mae dan Freddie Mac.


No comments:

rujukan