.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, December 19, 2009

GST = Golongan Susah Tertindas ?





Rang Undang-Undang berkaitan dengan GST telah pun dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 16 Disember yang lalu.Ia adalah Rang Undang-Undang bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang pada masa ini dikenakan dan dipungut di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Pada masa kini , tarif Cukai Jualan adalah pada kadar 5 peratus - 25 peratus manakala tarif Cukai Perkhidmatan pula adalah pada kadar 5 peratus.[ rujuk di sini ] Cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan terpilih , antaranya hotel dan restoran.

Kerajaan dikatakan bercadang melaksanakan GST pada kadar 4 peratus. [ rujuk di sini ]

GST adalah akronim bagi Goods and Services Tax iaitu satu sistem percukaian di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan dan dibayar oleh pengguna terkandung elemen cukai di dalamnya. Untuk itu GST juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan ataupun consumption tax.

Dengan mengandaikan GST 4 peratus , perjalanan percukaian GST daripada pengilang kepada pengguna adalah seperti berikut :

Pengilang A menjual produknya kepada pemborong B pada harga RM104 ( termasuk GST RM4 ) . Pemborong B pula menjual produk tersebut kepada peruncit C pada harga RM 108.16 ( termasuk GST RM4.16 ).Manakala peruncit C menjual pula barangan tersebut kepada pengguna D pada harga RM 112.49 ( termasuk GST RM4.33 ) .

Sebenarnya , Pengilang A menjual produknya pada harga RM 100 ditambah dengan GST RM 4 ( 4 peratus ) . GST RM 4 itu akan diserahkan oleh pengilang A kepada Pihak Berkuasa Percukaian. Pemborong B yang membeli produk tersebut dari pengilang A tadi telah pun dikenakan GST sebanyak RM 4 dan menjual pula produk tersebut kepada Peruncit C dengan mengenakan GST sebanyak RM 4.16 . Bagi jual beli ini , Pemborong B perlu menyerahkan RM 0.16 kepada Pihak Berkuasa Percukaian ( RM4.16 ditolak dengan RM 4 ) . Peruncit C yang dikenakan GST RM 4.16 kerana membeli produk tersebut dari pemborong B kemudiannya menjual produk tersebut kepada pengguna D dengan mengenakan GST RM4.33 . Setelah ditolak kredit cukai ( RM4.33 ditolak dengan RM 4.16 ) , Peruncit C perlu menyerahkan RM0.17 kepada Pihar Berkuasa cukai .

Jadi jumlah GST yang diserahkan kepada Pihak Berkuasa Percukaian oleh Pengilang A ( RM4 ) , Pemborong B ( RM0.16 ) dan Peruncit C ( RM0.17 ) berjumlah RM4.33 bersamaan dengan jumlah GST yang dibayar oleh pengguna D.

Oleh kerana GST adalah sistem percukaian pelbagai tahap , GST akan membantu kerajaan menyekat pengelakan cukai dengan lebih cekap. Apabila wujudnya transaksi jual beli GST akan diguna pakai .

Pada masa kini , sekitar 10 % sahaja warga Malaysia membayar cukai . Apa yang menjadi kebimbangan warga marhain adalah mereka yang dahulunya tidak layak membayar cukai kini terpaksa membayar cukai akibat dari pengenalan GST ini .Mungkinkah waktu yang paling tepat untuk memperkenalkan GST adalah apabila kebanyakkan warga Malaysia adalah pembayar cukai ?

Menteri Kewangan kedua , Ahmad Husni Hanadzlah semasa membentang rang undang - undang mengenai GST berkata GST akan dikecualikan bagi produk pertanian termasuk padi , sayur - sayuran , beras , gula , tepung , minyak masak , ikan , daging dan ayam .

Pengecualian juga diberikan kepada syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM500,000 . 70 % perusahaan kecil dan sederhana juga tidak dilibatkan dengan GST.

Perkhidmatan kesihatan dan pendidikan juga wajar bebas GST.

Bagi pembayar cukai individu , golongan ini pada hemat saya ,benar - benar berharap agar pengenalan GST diselaraskan dengan penurunan cukai pendapatan agar GST tidak menjadi beban berganda kepada mereka .

Halangan paling besar kerajaan dalam memperkenalkan GST adalah persepsi negatif terhadap cukai . Tiada individu yang yang gembira jika terpaksa membayar lebih.Kerajaan perlu juga memastikan tidak wujud sebarang manipulasi daripada pihak pengilang sehingga produk tiba kepada pengguna.

Jika benarlah GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM 1 Billion setelah setahun diperkenalkan [ rujuk di sini ] , diharapkan ia akan benar - benar bermanfaat kepada warga marhain keseluruhannya .Kerajaaan seharusnya beramanah mengurangkan pembaziran dan ketidak telusan dalam perbelanjaan.

7 comments:

Unknown said...

Salam sejahtera Bro,
Baru nampak clear GST ini dgn penerangan ringkas ini.Walaupun baru peringkat bacaan pertama,amatlah diharapkan agar cukai ini dapat(?)memberi kebaikan kepada semua terutamanya pengguna.Mudah2an la...

azhar said...

salam..

Bermanfaat jika Kerajaaan beramanah serta mengurangkan pembaziran dan ketidak telusan dalam perbelanjaan.

Motivasi Kerja said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Azhar terima kasih kerana menghurai apa yang ramai di kalangan rakyat tidak tahu. Saya pun tak tahu GSt ni sebenarnya. Alhamdulillah terus berkongsi untuk membuka minda orang lain.

azhar said...

w'salam..

terima kasih kembali..

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah blogger Sosialis Hijau. Saya mohon pada tuan untuk keluarkan link saya dari blog tuan kerana blog, email dan FB saya telah di ceroboh. Bukan saya yang menulis blog bermula pada 2/3/10. Saya mohon sangat2 jasa baik tuan keluarkan blog saya dengan segera.

Sila hubungi saya di 019-4342479 untuk apa2 pertanyaan.

Terima kasih

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah blogger Sosialis Hijau. Saya mohon pada tuan untuk keluarkan link saya dari blog tuan kerana blog, email dan FB saya telah di ceroboh. Bukan saya yang menulis blog bermula pada 2/3/10. Saya mohon sangat2 jasa baik tuan keluarkan blog saya dengan segera.

Sila hubungi saya di 019-4342479 untuk apa2 pertanyaan.

Terima kasih

azhar said...

Sosialis Hijau

Permintaan ditunaikan..

rujukan