.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, June 30, 2009

Liberalisasi Untuk Model Ekonomi Baru!!


Dasar membuka pasaran(liberalisasi) bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) mungkin sebahagian dan permulaan bagi model ekonomi berasaskan pendapatan tinggi yang kali pertama dikatakan oleh Perdana Menteri pada sambutan Hari Pekerja,3 Mei 2009 yang lalu.Model ekonomi baru ini dijangka adalah intipati kepada kerangka bajet 2010 dan asas kepada polisi dan program di dalam Rancangan malaysia ke-10 (2011-2015)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan hari ini membuat beberapa pengumumam pada persidangan Invest Malaysia 2009, antaranya :


1.Pelabur asing kini boleh memiliki hartanah milik Bumiputera atau kerajaan di Malaysia dengan mudah tanpa perlu kelulusan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC). Transaksi ini hanya membabitkan hartanah bernilai RM20 juta dan ke bawah saja, manakala bagi RM20 juta ke atas kelulusan daripada FIC diperlukan. Penyahkawalseliaan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) tidak membabitkan penjualan tanah Melayu.Penjualan tanah Melayu tidak di bawah FIC, oleh itu nyahkawal selia itu tidak terlibat. Jualan tanah terletak di bawah perkara negeri dan negeri mempunyai kuasa untuk memutuskan mengenai semua dasarnya.

2.Had pemilikan asing dalam syarikat broker saham sedia ada akan dinaikkan kepada 70% daripada 49% sekarang.

3. Sebuah institusi pelaburan dikenali Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) akan ditubuhkan dengan modal awal RM500 juta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia akan menumpukan pelaburannya dalam sektor ekonomi yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi sejajar Model Ekonomi Baru.

4. Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan kaji semula semua permohonan visa bagi industri pasaran modal dan perkhidmatan kewangan tempatan bagi tujuan menggalakkan lagi kemasukan pakar asing dan mengekalkan pakar asing yang ketika ini berada di Malaysia.

5.Peraturan dalam garis panduan pelaburan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC) ditarik balik secara menyeluruh bagi menarik minat pelaburan asing di negara ini. Ia termasuk menguatkuasakan serta merta garis panduan FIC, misalnya menghapuskan dalam soal pengambilalihan ekuiti saham.





3 comments:

Basuh Baju said...

salam

aku rasa langkah najib ni tepat. walaupun secara idealistiknya aku tak menyokong kapitalis..

tp dari segi realistiknya, ia membesarkan lagi kek kekayaan negara.

FOC merupakan sistem di mana kroni2 Melayu akan duduk diam goyang kaki dapat duit. Jadi dgn hapuskan FOC, melayu2 yg senang lenang tanpa susah payah ni akan dihapuskan.. Ini bagus.

kedua, EKUINAS juga adalah entiti yg bgs dalam melabur ke dalam syarikat Bumi yg unlisted. aku sgt fhm masalah kompeni2 bumi yg tak besar mana tapi sentiasa tiada modal. sedangkan mereka ada bakat..

azhar said...

liberalisasi akan membuka pasaran..pasaran yang terbuka menggalakkan ramai pemodal (kapitalis-yea la kot-gamaknya) hadir..

Namun aku rasa ramai yang berpendapat ekonomi seharusnya menjaga kepentingan warga marhain lebih dari yang lain.Menolak pemilikan individu(kapitalis yang menghisap darah),monopoli pasaran,penswastaan,projek mega(untuk kontrak) dan macam2 lagilah.Kearah sistem ekonomi sosialis mungkin.

Tapi kita di Malaysia sudah dasar kerajaannya begitu.Liberalisasi mungkin hampir sama maknanya dengan kapitalisme.
Jadi,berpijak di bumi yang nyata.Hidup mesti terus.

Tahniah kerana tidak menyokong kapitalisme.

patahati said...

wah, saye tumpang lewat je, tak tau nak koment ape, salam kenal je bagi kawan2 kat sana....

rujukan