.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, October 17, 2008

kereta sport



Semua orang mula mengejar untuk memiliki pendapatan tinggi.Orang yang berpendapatan tinggi adalah orang kaya???Mungkin ya , mungkin tidak.

Sudah menjadi kebiasaan , semakin tinggi pendapatan semakin tinggi kemahuan dan keinginan untuk menikmati hidup.Manusia jarang dan tidak mahu menikmati kehidupan dengan apa yang mereka miliki.Mereka mula berpendapat mereka akan menikmati keseronokan dengan memiliki apa yang mereka belum miliki.

Sebagai contoh , mereka yang memiliki kereta kancil mula mengimpikan memiliki kereta persona.Mereka yang berkereta persona mula mengimpikan kereta Honda city.Begitulah seterusnya.Keinginan menyebabkan kepuasan dan keseronokan memiliki kereta terasa hambar.

Namun , setelah memiliki kereta yang diinginkan , ia tidak berakhir disitu . Mereka mula berminat kepada kereta lain pula. 

Setelah pendapatan mereka menghadkan keinginan mereka memiliki kereta yang dianggap lebih hebat dan bergaya , mereka mula menukarkan kereta yang mereka miliki sekarang menjadi kereta sport.Walaupun mereka bukanlah terlibat secara langsung dengan sukan lumba kereta , tetapi tetap mahu mempamerkan kereta mereka yang kononnya sangat laju dan sporty itu .

Banyak wang dibelanjakankan untuk menukar sport rim , enjin turbo ,tayar , spoiler dan bermacam-macam lagi agar kereta mereka menjadi lebih sport dari kereta orang lain.

Namun harus diingat , kereta sport itu tidak langsung menarik minat sesiapa pun kecuali tuannya sahaja.Malang sekali.

Bersyukurlah atas apa yang anda miliki.Jika kereta itu jenis saloon , biarkan ia kekal menjadi seperti ciptaan asalnya.Pandulah ia menurut kemampuannya.Jangan menukar nasib kereta anda menjadi mimpi buruknya supaya ia mampu memecut selaju roket.

Nikmati kereta anda kerana ia membantu dan  menjimatkan wang anda.



 

No comments:

rujukan