.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, July 21, 2008

Anwar Lawan Shabery


Shabery menggunakan pentas debat menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar turut menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.

Anwar menjelaskan tentang ‘langkah awal’ yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. 'Langkah awal'nya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.

Shabery pula hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini.

Masa perdebatan yang singkat, menyukarkan kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk “hari ini memerintah, esok turun harga minyak”.

Langkah Anwar untuk menurunkan harga minyak dengan menyekat pembaziran dan ketirisan wang kerajaan dilihat sebagai hujah kuat tetapi shabery mempertahan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak kerana harga minyak dunia juga naik...Hmm...siapa yang menang agaknya..????

No comments:

rujukan