.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, July 13, 2008

Mau makan pun susah

Kenaikan harga barang makanan menjadi semakin ketara kebelakangan ini.Bertambahnya bilangan penduduk dunia,penukaran bahan makanan kepada biofuel & bencana alam yang menjejaskan pengeluaran makanan antara faktor-faktor biasa yang dianggap waras.

Spekulasi yang berlebihan dalam Pasaran Hadapan Komodi tidak boleh dinafikan.Kemerosotan pasaran kewangan derivetif mendesak kapitalis-kapitalis spekulator untuk mendapat pulangan segera.Kesan krisis sub-prima di Amerika Syarikat sedikit sebanyak telah memaksa spekulator-spekulator ini menukar pelaburan sekuriti berasaskan ekuiti,emas & minyak kepada soft commodities iaitu komoditi bahan makan.

Sejak 2 tahun lepas harga bahan makan seperti gandum ,jagung & kacang soya telah meningkat melebihi 100% manakala beras telah mengalami peningkatan melebihi 200%.

Ketamakkan golongan spekulator berfahaman kapitalis ini mengancam manusia sejagat.

No comments:

rujukan