.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, April 24, 2011

Mahalnya Gaji Ahli politik..!!


Ada sesetengah parti politik di dunia memilih calon-calon yang kaya untuk diketengahkan sebagai pemimpin bagi dipilih oleh rakyat.Terdapat juga sesetengah negara membayar pemimpin nombor satu mereka gaji yang sangat mahal untuk mengurangkan risiko pemimpin itu mencuri wang rakyat.

Senarai di bawah adalah sebagai maklumat am.



Perdana Menteri Singapura , Lee Hsian Loong dikhabarkan sebagai ahli politik yang bergaji paling tinggi di dunia . Pendapatan tahunan beliau adalah US$2.8 juta iaitu lebih 40 kali ganda KDNK perkapita negaranya.



Orang nombor 1 Hong Kong,Donald Tsang,berpendapatan US$513,000 setahun , lebih 10 kali ganda KDNK perkapita Hong kong .




Ahli politik Kenya , Raila Amollo Odinga yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri dibayar US$427,000 setahun untuk khidmatnya.Jumlah bayaran ini bersamaan 240 kali ganda KDNK perkapita negaranya.





Presiden Amerika ke 44 , Barack Hussein Obama , dibayar gaji US$400,000 setahun .Jumlah ini adalah 8 kali ganda KDNK perkapita warga Amerika.






Perdana Menteri Australia , Julia Gillard , bergaji US$286,000 setahun iaitu 7 kali ganda KDNK perkapita warganya.




Perdana Menteri Malaysia dibayar gaji bulanan RM22,826.65 . Setahun , Perdana Menteri Malaysia dibayar RM273,919.80 iaitu sekitar US$ 91,100 . Jumlah ini adalah 6 kali ganda KDNK perkapita Warga Malaysia.


3 comments:

Rashid a.k.a apex said...

tu belum termasuk elaun-elaun lagi tu..

Anonymous said...

tu la sebabnya ada sorang tu tak habih lagi gilanya nak jadi PM16sept walaupun ternyata dia tak layak langsung! tambahan lagi dna nya sah dibuktikan dia yg empunya! skrg peguamnya cuma dpt pusing2 fakta nak cari technical error sj...kan baik kalau lawyernya suruh dia bertobat kali kesepuluhnya!

hafiz said...

Nak jadi PM kena pikir beratus kali..
tak guna kalau duit banyak tapi asyik takut jer..tak bebas..

rujukan