.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, June 1, 2010

Subsidi..Rasionalkah..?




Kita seharusnya percaya bahawa kerajaan sudah tidak tertanggung lagi segala bentuk subsidi yang dinikmati oleh warga Malaysia kini . Salah satu sebabnya adalah hutang Kerajaan Persekutuan yang kini mencecah RM362.5 Billion yang jika dinisbahkan kepada KDNK adalah sebanyak 52.4 %.

Dinyatakan bahawa jumlah keseluruhan subsidi bagi tahun 2009 adalah RM74 Billion atau secara puratanya RM12 900 seisi rumah. Kerajaan tidak seharusnya terlalu bergantung kepada usaha pemansuhan dan pengurangan subsidi semata - mata bagi mengurangkan defisit belanjawan serta hutang negara. Mungkin ada dasar - dasar yang disalah guna yang pasti membuka ruang untuk rasuah serta salah guna kuasa. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan sistem tender terbuka bagi semua projek kerajaan dan kajian semula subsidi kepada IPP di Malaysia.Subsidi untuk industri juga perlukan kajian .Nilai untuk wang harus menjadi keutamaan kini .

Kita sememangnya sangat memahami bahawa subsidi adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan di dalam usaha bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan yang kurang berkemampuan. Namun begitu , kelemahan sistem subsidi yang diguna pakai di Malaysia menyebabkan subsidi juga dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi serta warga asing yang bekerja di Malaysia.




Idris Jala , Pegawai Eksekutif PEMANDU mencadangkan subsidi TOL ,Bahan api / tenaga , gula , tepung serta minyak masak dikurangkan secara berperingkat dan akhir sekali dimansuhkan. Pemansuhan subsidi barangan - barangan ini menjelang tahun 2012 atau 2014 .

Adalah sesuatu yang pelik apabila cadangan memansuhkan subsidi diutarakan.Subsidi harus ada tetapi diagihkan kepada golongan yang memerlukan sahaja.Pengurangan subsidi wajar jika kerajaan boleh menjanjikan sesuatu yang baik untuk rakyat .

Di Malaysia , 40 % pekerja berpendapatan di bawah RM1500. Manakala 40 % lagi berpendapatan diantara RM1500 - RM5000 . Hanya 20% pekerja dikatakan berpendapatan tinggi . Pemansuhan tergesa-gesa subsidi menjelang tahun 2014 pasti menjejaskan kualiti hidup majoriti rakyat yang berpendapatan sederhana serta rendah.

Dicanangkan bahawa visi kerajaan kini adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat kepada berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 , maka adalah lebih sesuai dipertimbangkan pemansuhan subsidi menjelang 2020 , iaitu ketika warga Malaysia sudah berpendapatan tinggi .

Penghapusan subsidi petrol menjelang 2015 pasti mengundang masalah . Di kebanyakkan tempat di Malaysia pengangkutan awam jauh dari memuaskan . Jadual perjalanan yang tidak kerap serta kawasan liputan yang terhad antara masalah utama . Ketika harga petrol dan tol masih dalam kemampuan , pengangkutan awam bukanlah satu masalah . Berkereta berseorangan ke tempat kerja perkara biasa , sangat individualistik . Sanggup terperangkap di dalam kesesakan jalanraya berjam - jam . Namun segala- galanya bakal berubah . Tanpa subsidi petrol dan tanpa pampasan kepada pengendali lebuhraya keperluan kepada pengangkutan awam di seluruh negara kian mendesak .

Pemansuhan subsidi memerlukan azam politik yang kuat . Senario politik semasa perlu bijak dibaca kerajaan memerintah . Secara rasionalnya , rakyat tidak mudah melepaskan segala yang dinikmati . Namun , yang waras mengakui , subsidi hanya untuk yang memerlukan sahaja.



2 comments:

Duniaku said...

setuju dengan saudara...subsidi masih wajar kepada mereka yang memerlukan.Kita khuatir jika pemansuhan dilaksanakan juga maka akan bertambah susah dan perit bagi mereka yang berpendapatan rendah.Dan ini wajar dipertimbangkan.

Kamus Bahasa Inggeris Malay said...

Betul... Subsidi masih wajar bagi golongan yang memerlukan... Harap kerajaan juga bersikap berjimat cermat dan jangan membazirkan wang rakyat...

rujukan