.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, April 6, 2009

G-20 : Biasa-Biasa Saja






Apakah pertemuan 20 komuniti ekonomi terbesar dunia atau G-20 di London yang berakhir 2 April lalu dapat merangsang dan memberi hala tuju kearah pemulihan ekonomi  dunia ? Jawapan yang tidak jelas.G-20 perlu memiliki tekad politik untuk mengotakan janji. Hanya dengan kerjasama erat , ekonomi dunia dapat dipulihkan semula.

Pemimpin G-20 bersetuju  untuk cuba memulihkan keyakinan,meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan, membetulkan sistem kewangan dan mengembalikan pinjaman, memperkukuhkan peraturan kewangan , memberikan dana dan reformasi institusi kewangan antarabangsa bagi mengatasi krisis serta mengelakkan daripada ia berulang, mempromosi dagangan global dan pelaburan dan menolak perlindungan kewangan.

Disebalik Kemelesetan ekonomi dunia anggota G-20 hanya sanggup menyediakan sekitar AS$1.1 trilion yang akan disalurkan melalui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk membantu negara-negara yang teruk dilanda kemelesetan.

Di dalam usaha untuk menyelesaikan masalah krisis ekonomi dunia kini,beberapa negara jelas menunjukkan perbezaan,Perancis dan Jerman inginkan peraturan dan pengawalan kewangan yang lebih ketat sementara Amerika Syarikat dan United Kingdom inginkan lebih banyak suntikan wang dalam ekonomi.

Apa yang menarik perhatian adalah janji dan komitmen China untuk bekerjasama mengatasi krisis ekonomi global. China komited untuk terus membeli bon perbendaharaan Amerika  (surat hutang) .Kini China merupakan pemegang utama bon tersebut  diikuti Jepun.

Sebagai balasan, Presiden Amerika Syarikat ,Obama menjanjikan China  suara lebih besar di dalam  IMF. Langkah ini dilihat akan memecah dominasi Amerika dalam badan tersebut.Ini secara tidak langsung menunjukan Amerika mula akur bahawa kuasa besar mereka dalam ekonomi mula pudar. Antara negara G20 yang dilihat mempunyai potensi ekonomi yang sedang berkembang adalah  China, India, Brazil, Russia, Afrika Selatan, Turki, Arab Saudi dan Indonesia.



1 comment:

Pyanhabib said...

ini blog penuh `ekonomi'. gua baca saja, gua tak reti baca graf yang dok turun dok naik.

rujukan